Amadou Toumani Touré | |
---|---|
Presiden Mali | |
Dalam jawatan 8 Jun 2002 – 22 Mac 2012 | |
Perdana Menteri | Ahmed Mohamed ag Hamani Ousmane Issoufi Maïga Modibo Sidibé Cissé Mariam Kaïdama Sidibé |
Didahului oleh | Alpha Oumar Konaré |
Digantikan oleh | Amadou Sanogo (Pengerusi CNRDR) |
Dalam jawatan 26 Mac 1991 – 8 Jun 1992 | |
Perdana Menteri | Soumana Sacko |
Didahului oleh | Moussa Traoré |
Digantikan oleh | Alpha Oumar Konaré |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mopti, Sudan Perancis (kini Mali) | 4 November 1948
Meninggal dunia | 10 November 2020 Istanbul, Turkey | (umur 72)
Parti politik | Bebas |
Pasangan | Lobbo Traore |
Amadou Toumani Touré (4 November 1948 - 10 November 2020) ialah seorang ahli politik Mali yang menjadi Presiden Mali dari 2002 hingga 2012. Beliau menggulingkan Presiden Moussa Traoré dalam satu rampasan kuasa tentera pada Mac 1991 dan menaungi peralihan satu-tahun kepada pilihan raya berbilang parti; beliau menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada Jun 1992. Sepuluh tahun kemudian, selepas bersara daripada tentera, beliau memasuki politik sebagai orang awam dan memenangi pilihan raya presiden 2002 dengan sokongan meluas.
Beliau terpilih semula pada 2007 dengan mudah untuk penggal kedua dan terakhirnya. Beberapa bulan sebelum dijadualkan tamat jawatan, anggota tentera Mali yang tidak berpuas hati memulakan rampasan kuasa yang memaksa beliau menyembunyikan diri.
Amadou Toumani Touré lahir pada 4 November 1948 di Mopti.
Beliau melanjutkan pelajarannya ke École normale secondaire de Badalabougou di Bamako antara 1966 hingga 1969 untuk menjadi guru. Beliau kemudiannya menyertai tentera di Maktab Kati dalam Rejimen Payung Terjun ke-33 Angkatan Bersenjata Mali mengikuti banyak latihan di Kesatuan Soviet dan Perancis; beliau mendapat pangkat sebagai komander tahun 1984.
Beliau mengetuai barisan pengawal presiden Mali pada lewat dekad 1980-an.
Pasukan beliau antara pihak yang berpaling tadah pada Mac 1991 memihak bersama rakyat Mali menunjuk perasaan menentang pemerintahan tentera pimpinan Moussa Traoré yang berlarutan selama 23 tahun; malah Amadou sendiri yang memberkas Moussa.
Kolonel Amadou (atau nama samarannya ATT) dilantik sebagai presiden Jawatankuasa Peralihan untuk Kebajikan Rakyat (Comité de transition pour le Salut du peuple) selaku ketua sementara membantu mengalihkan Mali kepada pemerintahan demokrasi; beliau juga teribat dalam penggubalan perlembagaan Mali yang baru serta mengurusan pilihan-pilihan raya peringkat umum dan presiden tahun 1992. Beliau menyerahkan kuasanya kepada Alpha Oumar Konaré selepas Alpha memenangi pilihan raya presiden ini.
Beliau terlibat sebagai envoi utama kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, dalam lawatannya ke Republik Afrika Tengah pada Jun 2001 berikutan suatu percubaan penggulingan kerajaan yang gagal di sana.
Anak saudara Amadou, Oumar Touré membuat suatu pengumuman bahawa Amadou Toumani meninggal dunia pada awal pagi 10 November 2020 di Turki untuk menjalani rawatan lanjutan berikutan suatu pembedahan jantung di Bamako..
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Moussa Traoré |
Presiden Mali 1991–1992 |
Diikuti oleh: Alpha Oumar Konaré |
Didahului oleh Alpha Oumar Konaré |
Presiden Mali 2002–2012 |
Diikuti oleh: Amadou Sanogo |