Arkib Web

Arkib web adalah proses mengumpul bahagian dari WWW dan memastikan koleksi tersebut dipelihara dalam suatu arkib, misalnya laman arkib, untuk dicapai penyelidik, sejarawan, dan masyarakat umum pada masa datang. Besarnya saiz Web membuat arsiparis web umumnya menggunakan perangkak web untuk pengumpulan secara automatik. Organisasi pengarkip web terbesar yang menggunakan ancangan perangkak web ini adalah Internet Archive yang berupaya memelihara arkib dari seluruh Web. Perpustakaan kebangsaan, arkib negara, dan pelbagai konsortium organisasi lain juga terlibat dalam usaha arkib kandungan Web yang mempunyai nilai penting bagi mereka. Perisian dan perkhidmatan komersial juga tersedia bagi organisasi yang ingin mengarkibkan kandungan web mereka sendiri untuk pelbagai keperluan.

Rujukan

  1. ^ Habibzadeh, P.; Sciences, Schattauer GmbH – Publishers for Medicine and Natural (January 1, 2013). "Decay of References to Web sites in Articles Published in General Medical Journals: Mainstream vs Small Journals". Applied Clinical Informatics. 4 (4): 455–464. doi:10.4338/aci-2013-07-ra-0055. PMC 3885908. PMID 24454575.

Pautan luar