Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (September 2022)
Klik pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Eugène Delacroix | |
---|---|
Kelahiran | Ferdinand Victor Eugène Delacroix 26 April 1798 Charenton-Saint-Maurice, Île-de-France, Perancis |
Meninggal dunia | 13 Ogos 1863 Paris, Perancis | (umur 65)
Warganegara | Perancis |
Terkenal kerana | Seni lukisan, litografi |
Karya terkenal | La Liberté guidant le peuple, 1830 |
Gerakan politik | Romantisisme |
Ferdinand Victor Eugène Delacroix (Perancis: ; 26 April 1798 – 13 Ogos 1863) merupakan seorang pelukis Romantisis dari Perancis yang dianggap sebagai pelopor gaya seni ini dalam kalangan pelukis Perancis.
Eugène Delacroix lahir pada 26 April 1798 di Charenton-Saint-Maurice di Île-de-France berdekatan kota Paris. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.
Beliau mendapat pengajian awalnya di Lycée Louis-le-Grand dan Lycée Pierre Corneille di Rouen di mana beliau mendalami seni lukisan kelasik serta memenangi banyak anugerah pencapaian. Beliau memulakan latihan pakarnya bersama Pierre-Narcisse Guérin pada 1815. Beliau mula masyhur dengan lukisan pertamanya La Barque de Dante yang diterima masuk pertunjukan Salon de Paris pada tahun 1822, meskipun tidak begitu diterima khalayak ramai pada ketika itu.
Beliau mula menjadi tersohor dengan lukisan La liberté guidant le peuple ("Kebebasan Memimpin Rakyat", 1830) yang menggambarkan semangat dan keazaman rakyat dalam kejadian Revolusi Julai yang menggulingkan Raja Charles X sambil mereka diiringi figura perlambangan kebebasan (Liberté ) yang mengibarkan bendera Perancis. Lukisan ini dipamerkan kepada Presiden Louis Napoleon (Napoleon III) di muzium Louvre, Paris; ia pernah dipindahlan seketika di Louvre-Lens in Lens, Pas-de-Calais dari Disember 2012 sehingga tahun 2014.
Pada 1832, Delacroix merantau ke Sepanyol dan Afrika Utara bersama diplomat Charles-Edgar de Mornay dalam suatu misi perhubungan dengan negara Maghribi berikutan penjajahan pihak Perancis di Algeria. Beliau mengambil peluang kerja ini untuk keluar dari Paris seketika untuk mempelajari budaya asing yang dilihatnya sebagai "primitif" dan senang-lenang. Di sana, beliau menghasilkan lebih daripada 100 buah lukisan yang menumpukan kepada kehidupan seharian masyarakat Afrika Utara; karya-karya tersebut menjadi faktor penarik kepada bidang kajian Orientalisme dalam kalangan cendekiawan Barat kontemporari ketika itu.
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan wellington_xv
tidak disediakan