Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Ismaël Bennacer | ||
Tarikh lahir | 1 Disember 1997 | ||
Tempat lahir | Arles, Perancis | ||
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in) | ||
Posisi permainan | Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Milan | ||
Nombor | 4 | ||
Kerjaya remaja | |||
2004–2015 | Arles | ||
2015–2017 | Arsenal | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014–2015 | Arles B | 16 | (0) |
2015 | Arles | 6 | (0) |
2015–2017 | Arsenal | 0 | (0) |
2017 | → Tours (pinjam) | 16 | (1) |
2017–2019 | Empoli | 76 | (2) |
2019– | Milan | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015 | Perancis B18 | 4 | (1) |
2015–2016 | Perancis B19 | 7 | (1) |
2016– | Algeria | 17 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 09:19, 3 Jun 2019 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:46, 23 Julai 2019 (UTC) |
Ismaël Bennacer (Arab: إسماعيل بن ناصر ; lahir 1 Disember 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Algeria yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A Itali, Milan dan pasukan kebangsaan Algeria.
Dalam peringkat kelab, Bennacer telah mewakili pelbagai pasukan yang beraksi di liga negara Perancis, England dan Itali sepanjang kariernya. Dalam peringkat antarabangsa pula, beliau telah melakukan penampilan sulung untuk pasukan Algeria pada tahun 2016 dan telah mewakili negara itu ke dalam dua edisi Piala Negara-Negara Afrika. Beliau sebahagian daripada skuad Algeria yang memenangi Piala Negara-Negara Afrika 2019 dan telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.
Selepas memulakan kariernya dengan kelab Arles di Perancis, Bennacer telah berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal pada Julai 2015. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Arsenal dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Sheffield Wednesday pada 27 Oktober 2015 dengan menggantikan Theo Walcott selepas 19 minit permainan.
Pada 31 Januari 2017, Bennacer telah diumumkan akan menyertai kelab yang beraksi di Ligue 2, Tours secara pinjaman sehingga baki musim 2016–17. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Tours pada 14 April 2017 ketika menentang Sochaux melalui sepakan percuma.
Pada 21 Ogos 2017, Bennacer telah berpindah ke kelab Itali, Empoli. Pada musim 2017–18, Bennacer telah melakukan 39 penampilan dan menjaringkan dua gol yang menyaksikan Empoli menjadi juara liga Serie B dan layak ke Serie A untuk musim hadapan. Walaupun Empoli telah mengalami penyingkiran pada musim berikutnya, persembahan Bennacer telah mendapat perhatian luas yang membuktikan beliau ialah salah seorang pemain muda yang berpotensi di Eropah.
Pada 4 Ogos 2019, Milan mengumumkan bahawa pihak kelab telah membawa masuk Bennacer dari Empoli dengan bayaran perpindahan sebanyak €16 juta. Beliau telah menjalani rawatan pada 23 Julai sebelum menandantangani kontrak lima tahun dan menerima pendapatan sebanyak €1.5 juta bagi setiap musim.
Walaupun beliau telah mewakili Perancis di peringkat remaja, namun pada 31 Julai 2016, Persekutuan Bola Sepak Algeria mengumumkan bahawa Bennacer telah memilih untuk memberikan khidmat kepada pasukan kebangsaan Algeria di peringkat antarabangsa. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Algeria dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2017 ketika Algeria meraih kemenangan 6-0 ke atas Lesotho.
Pada 11 Januari 2017, Bennacer telah dipanggil oleh skuad Algeria untuk menghadapi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2017 untuk menggantikan Saphir Taïder yang telah mengalami kecederaan ketika sesi latihan.
Dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019, Bennacer membantu Algeria untuk meraih kejuaraan tersebut buat kali pertama dalam masa 29 tahun dan menamatkan aksi kejohanan sebagai pembantu jaringan terbanyak bersama dengan Franck Kessié iaitu tiga jaringan. Salah satunya ialah ketika beliau membuat hantaran kepada Baghdad Bounedjah untuk menjaringkan gol kemenangan ketika menumpaskan Senegal dalam aksi final pada 19 Julai. Beliau seterusnya telah diundi sebagai Pemain Muda Terbaik dan Pemain Terbaik Kejohanan.
Bennacer telah dilahirkan di Arles, Perancis. Bapanya merupakan berasal dari Maghribi manakala ibunya merupakan orang Algeria.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain[nb 1] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Arles-Avignon II | 2013–14 | 2 | 0 | — | 2 | 0 | |||||
2014–15 | 14 | 0 | 14 | 0 | |||||||
Jumlah | 16 | 0 | — | 16 | 0 | ||||||
Arles-Avignon | 2014–15 | 6 | 0 | 1 | 1 | — | 7 | 1 | |||
Arsenal | 2015–16 | — | 1 | 0 | 1 | 0 | |||||
Tours | 2016–17 | 16 | 1 | — | 16 | 1 | |||||
Empoli | 2017-18 | 39 | 2 | — | 39 | 2 | |||||
2018-19 | 37 | 0 | 1 | 0 | — | 38 | 0 | ||||
Jumlah | 76 | 2 | 1 | 0 | — | 77 | 2 | ||||
Jumlah kerjaya | 114 | 3 | 2 | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | 117 | 4 |
Pasukan kebangsaan Algeria | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2016 | 1 | 0 |
2017 | 3 | 0 |
2018 | 3 | 0 |
2019 | 10 | 0 |
Jumlah | 17 | 0 |