Józef Gosławski | |
---|---|
Kelahiran | Józef Jan Gosławski 24 April 1908 Empayar Russia, Polanówka, Opole Lubelskie County |
Meninggal dunia | 23 Januari 1963 | (umur 54)
Warganegara | Poland |
Karya terkenal | Peringatan Frédéric Chopin di Żelazowa Wola, Peringatan "Tiada Perang", Muzik di Warsaw, Peringatan Adam Mickiewicz di Gorzów Wielkopolski, peringatan Józef Piłsudski di Turek, Medal Ulang tahun ke-10 Rakyat Poland, Medal bagi Pengorbanan dan Keberanian |
Anugerah |
Józef Jan Gosławski (24 April 1908 – 23 Januari 1963) adalah pengukir dan artis medal Poland. Dia merupakan pengukir siling (contoh. 5 zł dengan nelayan), peringatan (contoh. Peringatan Frédéric Chopin di Żelazowa Wola) dan pingat (contoh. Tahun 1939). Penghargaan bagi banyak pertandingan artistik; dihiasi dengan Salib Perak bagi Merit.
Józef Gosławski dilahirkan di Polanówka, Opole Lubelskie County berhampiran Lublin, tetapi dibesarkan di Wąwolnica, Lublin Voivodeship bersama keluarganya, dua saudara lelaki (temasuk adiknya Stanisław Gosławski, yang turut menjadi pengukit) dan dua saudara perempuan. Dia mula pendidikan kesenian di Bangunan Sekolah Kraf yang diasaskan oleh Jan Koszczyc-Witkiewicz di Kazimierz Dolny. Selepas tamat sekolah ini dia lulus peperiksaan bagi Akademi Seni Halus di Kraków, tetapi dia terlalu muda untu mula pengajian. Dia meneruskan pengajiannya di Seni Hiasan Kebangsaan dan Sekolah Industri Artistik di Kraków. Dia dipengaruhi oleh Stanisław Szukalski, tetapi dia bukanlah ahli "Horned Heart Tribe".
Pada tahun 1932, dia akhirnya memulakan pengajian di Akademi Seni Halus di Kraków, di mana dia diajar oleh professor Xawery Dunikowski. Kemudian dia berpindah ke Warsaw, di mana dia diajar oleh profesor Tadeusz Breyer. Dia dianugerah bisiswa bagi belajar di Rom, dimana dia tamat dari Akademi DiRaja Seni Halus pada tahun 1937 (dia diajar oelh Angelo Zanelli). Semasa dia tinggal di Kerajaan itali (1861–1946), yangberakhir pada tahun 1939, dia mengambil bahagian dalam pameran persatuan Artis Poland - "The Capitol" – persatuan artis Poland. Dia turut berkhidmat sebagai timbalan pengerusi persatuan.
Ida kembali ke Poland pada Julai 1939 untuk menjadi sebagai konservator bagi Istara DiRaja di Warsaw. Dis tidak memenuhi kedudukan ini disebabkan meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia menghabiskan tempoh penjajahan di Wąwolnica. Selepas perang berakhir dia mengubahsuai, antara lain, rumah kurun ke-17 di bawah St. Nicolaus di Kazimierz Dolny.
Dia memenang Kerusi Pingat dan Ukiran Logam di Sekolah Artis Kebangsaan di Poznań sejak tahun 1947, dan merupakan pengerusi daerah Poznań bagi Persatuan Artis dan Pereka Bentuk Poland (ZPAP) bagi dua penggal jawatan. Berkahwin dengan pelajarnyaWanda Gosławska pada tahun 1948, dia mendapat dua orang anak: Bożena Stefania dan Maria Anna. Dia berpindah bersama keluarganya ke Warsaw pada tahun 1956, di mana dia menjadi pengerusi jabatan Pengukir badan pusat ZPAP. Dia meninggal mengejut di Warsaw pada tahun 1963 pada permulaan fasa artistik baru.
|month=
ignored (bantuan)|month=
ignored (bantuan)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Józef Gosławski |