Kebebasan bersuara

Kebebasan
Konsep

Falsafah · Kebebasan
Kebebasan negatif
Kebebasan positif
Hak

Bidang

Sivil · Ekonomi
Intelek · Politik

Jenis

Berhimpun
Berpersatuan
Bergerak
Media
Beragama
Bersuara
Maklumat
Berfikir

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks "kebencian". Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.

Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat". Di samping itu, kebebasan bersuara diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah, benua-benua Amerika, dan Afrika.

Hak mendapatkan kebebasan bersuara dan penyataan pendapat

Kebebasan bersuara atau menyatakan pendapat diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dunia dan perantauan. Hak ini digariskan dalam Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivik dan Politik, Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia dan Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat.

Kebebasan bersuara boleh dijumpai dalam dokumen-dokumen hak asasi manusia awal, seperti Magna Carta British (1215) dan Perisytiharan Hak-Hak Manusia (1789), dokumen penting Revolusi Perancis. Berdasarkan hujah John Stuart Mill, hak kebebasan bersuara kini difahami sebagai hak yang beraneka muka yang termasuk tidak hanya hak untuk menyata, atau menyebar, maklumat dan idea tetapi tiga aspek lainnya juga:

  • Hak mencari maklumat dan idea;
  • Hak mendapatkan maklumat dan idea;
  • Hak menyebarkan maklumat dan idea.

Piawaian antarabangsa, perantauan dan negara juga mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara termasuk sebarang medium, termasuk pertuturan, penulisan, pencetakan, atau melalui Internet dan bentuk kesenian. Ini bermaksud perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak tidak termasuk hanya kandungan, tetapi jenis medium penyataan.

Kaitnya dengan hak-hak lain

Hak mendapatkan kebebasan bersuara berkait dengan hak-hak lain, dan boleh dihadkan apabila berkonflik dengan hak lain (lihat Pengehadan kebebasan bersuara). Hak untuk mendapatkan kebebasan bersuara amat penting bagi media massa, yang memainkan peranan penting sebagai pendukung am kebebasan berpendapat bagi semua (lihat kebebasan media).

Asal dan kebebasan akademik

Kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat mempunyai sejarah panjang sebelum instrumen hak asasi manusia antarabangsa kini. Dalam etika Islam kebebasan bersuara mula diistiharkan dalam khulafah A-Rashidun iaitu oleh kalifah Umar pada abad ke-7. Pada zaman khulafah Abbasid, kebebasan bersuara juga diistiharkan oleh al-Hashimi (sepupu Kalifah al-Ma'mun) dalam satu surat perutusan kepada pesaing agamanya yang hendak diserunya memasuki Islam melalui penggunaan kewajaran. Mengikut kata George Makdisi dan Hugh Goddard, "idea kebebasan akademik" di universiti "didasarkan piawaian Islam" sebagaimana dilakukan pada sistem Madrasah" pada kurun ke-9. Pengaruh Islam "semestinya jelas pada asas universiti yang dirancangkan di Eropah, iaitu Universiti Naples Federico II yang diasaskan oleh Maharaja Rom Suci, Frederick II pada tahun 1224.

Kebebasan bersuara dan kebenaran

Muka surat pertama Areopagitica pada edisi pertamanya pada tahun 1644

Satu pertahanan awal Barat mengenai kebebasan bersuara adalah karya Areopagitica (1644) oleh penyajak dan penulis politik Inggeris John Milton. Milton menulis sebagai reaksi kepada parlimen republik England pada masa itu untuk menghalang "risalah-risalah yang menghasut, tidak boleh dipercayai, tidak wajar dan tidak dibenarkan". Milton menamakan beberapa hujah untuk melindungi kebebasan bersuara: perpaduan negara dibentuk melalui pencampuran perbezaan individu-individu berbanding memaksa penyatuan dari atas; bahawa kebolehan mencari dalam pelbagai idea tentang satu isu adalah penting untuk proses pembelajaran dan kebenaran tidak boleh didapati sekiranya semua pandangan dipertimbangkan; dan dengan menimbangkan kebebasan berfikir, menapis adalah pertentangan dengan kemajuan material. Milton juga berhujah bahawa sekiranya fakta-fakta diketengahkan, kebenaran akan menjuarai kepalsuan, tetapi ini tidak boleh didasarkan mana-mana satu individu tertentu. Mengikut kata Milton, ia haruslah diputuskan oleh individu masing-masing untuk mencari kebenaran mereka sendiri; tiada siapa pun yang cukup pengalaman untuk menapis bagi semua pihak.

Noam Chomsky menyatakan bahawa "sekiranya anda percayakan kebebasan bersuara, anda haruslah percayakan kebebasan bersuara untuk pandangan yang anda tidak suka. Goebbels menyokong kebebasan bersuara untuk pandangan yang disukainya. Begitu juga Stalin. Sekiranya anda menyetujui kebebasan bersuara, itu bermakna anda menyokong kebebasan bersuara untuk pandangan yang anda benci." Satu peribahasa yang sering kedengaran mengenai kebebasan bersuara berasal dari Evelyn Beatrice Hall (sering disalahertikan sebagai dari Voltaire) "Saya membangkang apa yang anda katakan, tetapi saya pertahan sampai mati hak anda untuk mengatakannya. (I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it)" sebagai ilustrasi kepercayaan Voltaire. Profesor Lee Bollinger berhujah bahawa "prinsip kebebasan bersuara termasuk tindakan khas menyediakan satu kawasan interaksi sosial untuk halangan diri luar biasa, dengan tujuan mengembangkan dan mendemonstrasikan kebolehan sosial untuk mengawal emosi yang dibarakkan oleh pelbagai faktor sosial." Prinsip kebebasan bersuara ditinggalkan dengan harapan "membentuk karekter intelek masyarakat". Mengikut kata Bollinger, toleransi adalah nilai kemahuan, kalau tidak keperluan, dan melindungi suara yang tidak popular adalah sendirinya perbuatan toleransi. Toleransi sedemikian menjadi modal yang menggalakkan toleransi yang lebih melalui masyarakat. Tetapi pengkritik menyatakan bahawa masyarakat tidak perlu toleransi dengan mereka yang tidak sendirinya mengamalkan toleransi, seperti mereka yang menyokong pembunuhan beramai-ramai dan sebagainya. Mencegah perbuatan-perbuatan yang berbahaya seperti itu dikatakan lebih penting daripada bertoleransi terhadap mereka yang bersikap begitu.

Demokrasi

Satu daripada penyokong-penyokong nyata hubungan antara kebebasan bersuara dan demokrasi adalah Alexander Meiklejohn. Dia berhujah bahawa konsep demokrasi adalah mengenai kerajaan yang dikawal oleh rakyat. Untuk berlakunya sistem sedemikian, pengundi yang mengetahui isu-isu semasa amat penting. Untuk mengetahui pula, tidak harus ada batasan berkenaan laluan maklumat dan idea. Mengikut kata Meiklejohn, demokrasi sebenar tidak boleh wujud sekiranya mereka yang berkuasa boleh memanipulasikan pengundi dengan menghalang maklumat dan menyekat kritikan. Meiklejohn mengiktiraf bahawa kecenderungan menyekat pendapat boleh berlandaskan motivasi untuk melindungi masyarakat. Tetapi, hujah beliau, memilih manipulasi akan menyanggah idea demokrasi. Eric Barendt memanggil untuk melindungi kebebasan bersuara berdasarkan demokrasi sebagai "kemungkinan teori kebebasan bersuara yang paling menarik dan terkini dalam kebanyakan demokrasi Barat moden".

Thomas I. Emerson megembangkan hujah ini dengan menyatakan bahawa kebebasan bersuara membantu keseimbangan antara stabiliti dan perubahan. Kebebasan bersuara punyai peranan sebagai "penjaga" untuk melepaskan geram dan mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Dia berhujah bahawa "prinsip perdebatan terbuka adalah satu kaedah untuk mendapatkan nilai moral dan pada masa yang sama masyarakat yang stabil, menjamin keseimbangan antara pendapat terbuka dan sepersetujuan ramai." Emerson juga menyatakan bahawa "Bangkangan punyai fungsi sosial yang penting dalam memperbaharui proses bureaukrasi yang membasikan." Penyelidikan yang dibuat oleh projek Worldwide Governance Indicators di Bank Dunia, memberikan indikasi bahawa kebebasan bersuara, dan prosis akauntabiliti yang menyusul, mempunyai impak signifikan dalam kualiti kerajaan negara. "Suara dan Akauntabiliti" dalam negara, didefinasikan dengan "kelaziman rakyat sebuah negara boleh memilih kerajaan, dan kebebasan menyatakan pendapat, kebebasan berpenyatuan dan kebebasan media massa" adalah satu daripada enam dimensi kerajaan yang Worldwide Governance Indicators menyukat untuk lebih 200 negara.

Interaksi sosial dan komuniti

Richard Moon telah membangunkan hujah yang menyatakan bahawa nilai kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pendapat terletak pada interaksi sosial. Moon menulis bahawa "dengan berkomunikasi suatu individu membentuk perhubungan dan penyatuan dengan yang lainnya - keluarga, sahabat, rakan sejawat, jemaah masjidnya, dan rakyat negaranya. Dengan berhujah dengan orang lain suatu individu terlibat dalam pembangunan pengetahuan dan hala tuju masyarakatnya."

Pengehadan kebebasan bersuara

Untuk contoh negara-negara lihat Kebebasan bersuara mengikut negara dan Suara jenayah.

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak. Sistem perundangan dan masyarakat secara keseluruhannya mengiktiraf pengehadan pada kebebasan bersuara, terutama apabila hak ini berkonflik dengan nilai atau hak lain. Menggunakan kebebasan bersuara selalu dalam konteks nilai yang bercanggah. Pengehadan pada kebebasan bersuara mungkin berasal daripada "prinsip padah" atau "prinsip menyinggung (perasaan)" seperti dalam konteks pornografi atau "suara kebencian". Pengehadan terhadap kebebasan bersuara mungkin bersumberkan tindakan undang-undang atau kepulauan dari segi sosial. Dalam bukunya "On Liberty" (1859) John Stuart Mill berhujah bahawa "...patutnya ada kebebasan penuh kepercayaan dan penghujahan, sebagai manifestasi keimanan, mana-mana doktrin, sebagaimana tidak bermoralnya ia dikatakan." Mill mendakwa bahawa kebebasan penuh menyuarakan pendapat perlu untuk menolak penghujahan pada batas kelogikannya, berbanding mengikuti pengehadan kemaluan dari segi sosial. Akan tetapi Mill juga memperkenalkan apa yang dikenali sebagai "prinsip padah", dalam meletakkan pengehadan berikut: "satu-satunya cara di mana kuasa boleh digunakan pada apa-apa ahli masyarakat bertamadun, untuk menyekat kebebasan hak bersuara adalah untuk mengelakkan berlakunya keburukan pada orang lain. Joel Feinberg pada tahun 1985 memperkenalkan apa yang disifatkannya sebagai "prinsip menyinggung", menghujahkan bahawa prinsip "padah" Mill tidak tidak mencukupi untuk menentang keburuksikuan orang lain. Feinberg menulis bahawa "Ia sememangnya alasan yang baik dalam menyokong usaha membendung salah laku jenayah berbanding cara yang efektif mencegah dakwaan serius (berbanding kecederaan atau padah) kepada manusia-manusia selain daripada petindak, dan ia mungkin satu cara yang wajar." Maka Feinberg behujah bahawa prinsip padah terlalu tinggi dan beberapa jenis penyataan pendapat boleh diharamkan kerana ia menyinggung perasaan orang lain. Tetapi disebabkan menyinggung seseorang tidak seserius mencederakan seseorang, penalti yang dijatuhkan harus lebih ketat. Sebagai kontras, Mill tidak bersetuju dengan penalty undang-undang sekiranya ia tidak membawa padah yang terus. Disebabkan ketidakseimbangan di mana orang boleh tersinggung, atau menjadi mangsa kepada prejudis, Feinberg mencadangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa mengaplikasikan prinsip penyinggungan, termasuk, skop, temboh dan nilai social kesuaraan itu, dan kemungkinan ia boleh dielakkan, motif pencakap, dan jumlah orang yang tersinggung, kebesaran penyinggungan dan kepentingan awam masyarakat..

Internet

Piawaian antarabangsa, kebangsaan, dan rantauan mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara, sebagai sejenis kebebasan ekspresi, beraplikasi kepada apa jua medium, termasuk Internet.

Kebebasan maklumat

Jo Glanville, penyunting Indeks Penapisan, menyatakan bahawa "Internet telah menjadi revolusi untuk penapisan sebanyak ia menjadi untuk bebas bersuara." Kebebasan maklumat adalah lanjutan daripada kebebasan bersuara di Internet. Kebebasan maklumat boleh juga merujuk kepada hak privasi dalam konteks Internet dan teknologi maklumat. Sebagaimana kebebasan menyuarakan pendapat, hak privasi juga diiktiraf sebagai hak asasi manusia dan kebebasan maklumat berlaku sebagai lanjutan daripada hak ini. Kebebasan maklumat juga merangkumi penapisan dalam konteks teknologi maklumat, iaitu kebolehan mengakses paparan Web, tanpa penapisan atau apa jua sekatan.

Perisytiharan Prinsip World Summit on the Information Society (WSIS) pada tahun 2003 menggariskan demokrasi dan kesejagatan, ketidakbelahbahagian, dan perhubungan kesemua hak asasi manusia dan kebebasan fundametal. Perisytiharan juga membuat rujukan kepada hak kebebasan menyuarakan pendapat untuk Masyarakat Maklumat dengan menyatakan:

"Kami menggariskan sebagai asas Masyarakat Maklumat, dan sepertimana yang telah digariskan Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, bahawa kesemua orang mempunyai hak kebebasan bersuara]]; dan bahawa hak ini merangkumi kebebasan berpendapat tanpa halangan dan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui sebarang media tanpa batasan. Komunikasi adalah proses sosial yang fundamental, dan keperluan manusia yang asas dan asas kepada semua organisasi sosial. Ia adalah penting kepada Masyarakat Maklumat. Semua orang tidak kira di mana harus punyai peluang untuk terlibat dan tidak sesiapa pun harus dikecualikan daripada keuntungan tawaran Masyarakat Maklumat."

Internet membuka peluang baru untuk mengunakan kebebasan bersuara. Keanoniman, pengkalan data seperti Freenet dan laman gripe membenarkan kebebasan suara dengan menjamin bahawa perisian tidak boleh dihapuskan atau ditapis.

Penapisan internet

Konsep kebebasan maklumat muncul sebagai respon pada penapisan internet yang ditaja oleh negara, iaitu memantau dan mengawas internet. Penapisan Internet termasuk mengawal atau menyekat penerbitan atau pengaksesan maklumat di Internet. Yayasan Penyempadanan Internet (Electronic Frontier Foundation, EFF) adalah satu organisasi yang berdedikasi kepada kebebasan bersuara di Internet. Inisiatif Internet Terbuka (ONI) adalah satu kerjasama antara Citizen Lab di Pusat Munk untuk Pengajian Antarabangsa, Universiti Toronto, Pusat Berkman untuk Internet dan Masyarakat di Fakulti Undang-Undang Harvard, Kumpulan Penyelidikan Rangkaian Maju di Program Keselamatan Cambridge di Universiti Cambridge dan Institut Internet Oxford di Universiti Oxford yang bertujuan menyiasat, membongkarkan, dan menganalisa amalan penapisan dan pengawalan Internet secara kredibel dan tidak berpihak. Kumpulan seperti Konsortium Global untuk Kebebasan Internet menyokong kebebasan maklumat untuk apa yang disifatkan mereke sebagai "masyarakat tertutup".

Mengikut kata "senarai musuh internet" Reporters without Borders (RSF) negara-negara berikut mengamalkan penapisan Internet yang menyeluruh: Cuba, Iran, Kepulauan Maldives, Myanmar/Burma, Korea Utara, Syria, Tunisia, Uzbekistan dan Vietnam.

Contoh yang diumumkan baru-baru ini adalah "Tembok Api Besar China" (sebagai rujukan kepada fungsinya sebagai peranti rangkaian dan kepada Tembok Besar China). Sistem menghalang paparan Internet dengan menghalang alamat IP dari dihubungkan dan dan terdiri daripada peranti standard dan server proksi di pintu-pintu laluan di Internet. Sistem ini juga secara selektif meracuni DNS apabila sesetengah laman diminta. Kerajaan tidak secara sistematik memantau paparan Internet disebabkan ia tidak praktikal. Penapisan Internet di Republik Rakyat China dilakukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pentadbiran yang pelbagai. Mengikut lunas undang-undang ini, lebih daripada 60 peraturan-peraturan telah dibuat di bawah Kerajaan Republik Rakyat China, dan sistem penapisan diimplementasikan secara ketat oleh ISP-ISP, syarikat-syarikat perniagaan, dan organisasi-organisasi.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ OHCHR
  2. ^ "Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights | Australia & Oceania > Australia & New Zealand from All Business..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-19. Dicapai pada 2009-02-06.
  3. ^ a b c d e Andrew Puddephatt, Freedom of Expression, The essentials of Human Rights, Hodder Arnold, 2005, m/s. 128
  4. ^ http://www.guardian.co.uk/media/2006/feb/05/religion.news
  5. ^ Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies, 11 (4): 429–50
  6. ^ Ahmad, I. A. (June 3, 2002), "The Rise and Fall of Islamic Science: The Calendar as a Case Study", “Faith and Reason: Convergence and Complementarity” (PDF), Al-Akhawayn University, dicapai pada 2008-01-31
  7. ^ Goddard, Hugh (2000), A History of Christian-Muslim Relations, Edinburgh University Press, m/s. 100, ISBN 074861009X
  8. ^ Andrew Puddephatt, Freedom of Expression, The essentials of Human Rights, Hodder Arnold, 2005, pg.127
  9. ^ Manufacturing Consent: Noam Chomsky and the Media, 1992
  10. ^ Boller, Jr., Paul F. (1989). They Never Said It: A Book of Fake Quotes, Misquotes, and Misleading Attributions. New York: Oxford University Press. m/s. 124–126. ISBN 0-19-505541-1. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  11. ^ Lee Bollinger, The Tolerant Society, Oxford University Press, Oxford, 1988
  12. ^ Marlin, Randal (2002). Propaganda and the Ethics of Persuasion. Broadview Press. m/s. 226–227. ISBN 1551113767 978-1551113760 Check |isbn= value: length (bantuan). Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ Marlin, Randal (2002). Propaganda and the Ethics of Persuasion. Broadview Press. m/s. 226. ISBN 1551113767 978-1551113760 Check |isbn= value: length (bantuan). Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ Marlin, Randal (2002). Propaganda and the Ethics of Persuasion. Broadview Press. m/s. 228–229. ISBN 1551113767 978-1551113760 Check |isbn= value: length (bantuan). Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  15. ^ http://info.worldbank.org/governance/wgi2007/pdf/booklet_decade_of_measuring_governance.pdf A Decade of Measuring the Quality of Governance
  16. ^ Marlin, Randal (2002). Propaganda and the Ethics of Persuasion. Broadview Press. m/s. 229. ISBN 1551113767 978-1551113760 Check |isbn= value: length (bantuan). Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  17. ^ When May Speech Be Limited?
  18. ^ Freedom of Speech (Stanford Encyclopedia of Philosophy)
  19. ^ a b c d e Freedom of Speech
  20. ^ a b Philosophy of Law
  21. ^ Glanville, Jo (17 November 2008). "The big business of net censorship". The Guardian.
  22. ^ Protecting Free Expression Online with Freenet - Internet Computing, IEEE
  23. ^ Klang, Mathias; Murray, Andrew (2005). "Human Rights in the Digital Age". m/s. 1. Unknown parameter |Publisher= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  24. ^ "Mission". Global Internet Freedom Consortium. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-07. Dicapai pada 2008-07-29.
  25. ^ List of the 13 Internet enemies RSF, 2006 November
  26. ^ "War of the words". The Guardian.
  27. ^ "II. How Censorship Works in China: A Brief Overview". Human Rights Watch. Dicapai pada 2006-08-30. Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |month=, |accessmonthday=, dan |coauthors= (bantuan)
  28. ^ "Chinese Laws and Regulations Regarding Internet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-30. Dicapai pada 2009-02-06.

Bacaan selanjutnya

  • Sunstein, Cass (1995). "Democracy and the problem of free speech". Publishing Research Quarterly. 11 (4): 58–72. doi:10.1007/BF02680544. Cite has empty unknown parameters: |month= dan |coauthors= (bantuan)
  • Callamard, Agnes (2008). "Speaking Out for Free Expression: 1987-2007 and Beyond". Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar