Nicolás Maduro | |
---|---|
Presiden Venezuela | |
Memegang jawatan 19 April 2013 Pemangku: 5 March 2013 – 19 April 2013 | |
Naib Presiden | Jorge Arreaza (2013–16) Aristóbulo Istúriz (2016–17) Tareck El Aissami (sejak 2017) |
Didahului oleh | Hugo Chávez |
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-Negara Berkecuali | |
Memegang jawatan 17 September 2016 | |
Didahului oleh | Hassan Rouhani |
Presiden pro tempore Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan | |
Memegang jawatan 23 April 2016 | |
Didahului oleh | Tabaré Vázquez |
Naib Presiden Venezuela | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2012 – 5 Mac 2013 | |
Presiden | Hugo Chávez |
Didahului oleh | Elías Jaua |
Digantikan oleh | Jorge Arreaza |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 9 Ogos 2006 – 15 Januari 2013 | |
Presiden | Hugo Chávez |
Didahului oleh | Alí Rodríguez Araque |
Digantikan oleh | Elías Jaua |
Presiden Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 5 January 2005 – 7 August 2006 | |
Didahului oleh | Francisco Ameliach |
Digantikan oleh | Cilia Flores |
Butiran peribadi | |
Lahir | Nicolás Maduro Moros 23 November 1962 Caracas, Venezuela |
Parti politik | Parti Sosialis Bersatu (2007–kini) Gerakan Republik Kelima (Sebelum 2007) |
Pasangan | Cilia Flores |
Anak-anak | Nicolás Maduro Guerra |
Kediaman | Istana Miraflores |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Laman rasmi |
Nicolás Maduro Moros (Sebutan Sepanyol: ; lahir 23 November 1962) ialah seorang ahli politik Venezuela yang kini menjadi Presiden Venezuela sejak 2013. Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden dan Menteri Luar Negeri Venezuela. Maduro menjadi pemangku Presiden selepas kematian Hugo Chávez. Beliau seterusnya terpilih sebagai Presiden pada 14 April 2013.
Kedudukan beliau kini dalam keadaan yang genting apabila beliau mengangkat sumpah di hadapan Tribunal Agung Venezuela buat kali kedua sebagai Presiden pada 10 Januari 2019. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Pertubuhan Negara-Negara Amerika yang melihat perkara tersebut sebagai tidak sah serta menuntut pilihan raya baru diadakan; Perhimpunan Kebangsaan Venezuela membalas dengan mengisytiharkan darurat manakala ada beberapa negara yang membawa balik duta-duta dari negara tersebut. Perhimpunan Kebangsaan turut melantik Juan Guaidó sebagai Presiden interim yang turut diiktiraf beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.
Nicolás Maduro Moros lahir pada 23 November 1962 di Caracas, Venezuela; beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pekerja.
Maduro menghadiri sekolah awam Liceo José Ávalos di El Valle, di mana beliau diperkenalkan kepada selok-belok siasah apabila menganggotai kesatuan pelajar sekolahnya. Beliau dicatatkan tidak menghabisi persekolahannya di sana.
Beliau mengambil pekerjaan sebagai seorang pemandu bas untuk syarikat Caracas Metro selama bertahun-tahun. Dalam pekerjaan inilah beliau mula terlibat secara aktif dalam politik apabila mewakili para pekerja syarikat itu secara tidak rasmi sebagai seorang ahli kesatuan sekerja pada tahun 1980-an. Beliau turut diupah sebagai pengawal peribadi José Vicente Rangel sewaktu kempen pencalonan presiden tokoh tersebut pada tahun 1983.
Beliau mewakili Wilayah Ibu Negara Venezuela dalam sebuah parti politik sosialis, Pergerakan Republik Kelima (Movimiento V República) di mana beliau diundi masuk Dewan Perwakilan Venezuela pada tahun 1998, Dewan Undangan Negara Venezuela pada tahun 1999, dan akhirnya Perhimpunan Kebangsaan Venezuela pada tahun 2000, at all times representing the Capital District. Beliau memegang jawatan Speaker dari 2005 hingga 2006, di mana beliau beralih memegang portfolio Menteri Luar Negeri pada 2006.
Selepas kematian Chávez pada 5 Mac 2013, sebagai Naib Presiden, Maduro menjadi pemangku Presiden. Satu pilihan raya khas diadakan pada 14 April 2013 bagi melantik presiden baharu, yang dimenangi Maduro dengan margin tipis sebagai calon Parti Sosialis Bersatu, mendapat 50.8% undi popular. Lawan utamanya dalam pemilihan itu ialah Henrique Capriles, Gabenor Miranda yang mendapat 49%.
Maduro banyak melanjutkan polisi-polisi yang dimulakan mendiang Chávez sehingga menyebabkan turunannya status sosioekonomi di Venezuela di mana kadar jenayah, inflasi, kemiskinan dan kebuluran meningkat dengan pesatnya. Hal ini mencetuskan suatu tindakan tunjuk perasaan besar-besaran yang bermula pada 2014 yang kemudiannya memburuk menjadi rusuhan yang merebak ke seluruh Venezuela. Maduro dianggap seperti Chávez, yang menerapkan gaya kepemimpinan otoriter.
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan aljazeera2
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan elmundo20122
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan GUARD2013
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan GUARD20132
tidak disediakan|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)
|dead-url=
(bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nicolás Maduro |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Alí Rodríguez Araque |
Menteri Luar Negeri 2006–2013 |
Diikuti oleh: Elías Jaua |
Didahului oleh Elías Jaua |
Naib Presiden Venezuela 2012–2013 |
Diikuti oleh: Jorge Arreaza Sementara |
Didahului oleh Hugo Chávez |
Presiden Venezuela 2013–kini |
Pemegang jawatan kini |