Pandemik COVID-19 di São Tomé dan Príncipe | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | São Tomé dan Príncipe |
Tarikh ketibaan | 6 April 2020 (4 tahun, 1 minggu dan 5 hari) |
Kes yang disahkan | 4 |
Sembuh | 0 |
Kematian | 0 |
Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak ke São Tomé dan Príncipe pada April 2020.
Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa koronavirus baru adalah penyebab kepada penyakit pernafasan pada sekumpulan orang di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.
Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah daripada SARS tahun 2003, tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara.
Pada 6 April, empat kes pertama di negara ini telah disahkan.
Untuk mengelakkan penyebaran penyakit itu, kerajaan telah mengenakan pelbagai larangan perjalanan dan langkah kuarantin.