Pelayan proksi

Dua komputer yang bersambung melalui pelayan proksi. Komputer pertama berkata kepada pelayan proksi: "tanya komputer kedua jam berapa sekarang".
Komunikasi antata dua komputer (ditunjuk kelabu) bersambung melalui komputer ketiga (ditunjuk merah) yang bertindak sebagai pelayan proksi. Bob tidak tahu kepada siapa maklumat itu pergi, yang merupakan sebab proksi boleh digunakan untuk melindungi privasi.

Dalam perangkaian komputer, pelayan proksi ialah aplikasi pelayan atau perkakas yang bertindak sebagai perantara untuk permohonan daripada pelanggan yang menjangkau sumber dari pelayan yang membekalkan sumber ini. Pelayan proksi oleh itu berfungsi bagi pihak pelanggan apabila memohon perkhidmatan, berpotensi menopengkan asal sebenar permohonan kepada pelayan sumber.

Daripada berhubung langsung dengan pelayan yang boleh memenuhi sumber yang dipohon, seperti fail atau laman sesawang sebagai contoh, pelanggan meneruskan permohonan kepada pelayan pelanggan, yang menilaikan permohonan dan menjalankan urus niaga rangkaian yang diperlukan. Hal ini berkhidmat sebagai kaedah memudahkan atau mengawal kerumitan permohonan, atau membekalkan manfaat tambahan seperti pengimbangan muatan, privasi, atau keselamatan. Proksi direka menambah struktur dan pengkapsulan kepada sistem teragih.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ World-Wide Web Proxies, Ari Luotonen, April 1994
  2. ^ "A Survey of Techniques for Improving Efficiency of Mobile Web Browsing", Concurrency and Computation: Practice and Experience, 2018
  3. ^ , Marc Shapiro. Structure and Encapsulation in Distributed Systems: the Proxy Principle. Int. Conf. on Distr. Comp. Sys. (ICDCS), 1986, Cambridge, MA, USA, United States. pp.198--204, 1986, Int. Conf. on Distr. Comp. Sys. (ICDCS).

Pautan luar