Air tawar merupakan sebarang cecair semulajadi atau air beku yang mengandungi kepekatan garam terlarut dan jumlah pepejal terlarut lain yang rendah. Walaupun istilah ini secara khusus mengecualikan air laut dan air payau, jenis air yang kaya dengan mineral tetapi bukan masin seperti mata air kalibiat masih termasuk bawah kategori air tawar. Air tawar mungkin merangkumi air beku dan cairan salji dalam lembar ais, litupan ais, glasier, medan salji dan gunung ais, kerpasan semula jadi seperti hujan, salji, hujan batu/hujan beku dan graupel, dan air larian permukaan yang membentuk jasad air pedalaman seperti tanah lembap, kolam, tasik, sungai besar, anak sungai, serta air bawah tanah yang terkandung dalam akuifer, sungai bawah tanah dan tasik. Air tawar merupakan sumber air yang paling banyak digunakan dan segera kepada manusia.
Air adalah penting untuk kemandirian semua organisma hidup. Banyak organisma boleh hidup subur di atas air masin, tetapi sebahagian besar tumbuhan vaskular dan kebanyakan serangga, amfibia, reptilia, mamalia dan burung memerlukan air tawar untuk terus hidup.
Air tawar tidak semestinya merupakan air minuman, iaitu air yang selamat untuk diminum oleh manusia. Sebahagian besar air tawar bumi (di permukaan dan air bawah tanah) adalah pada tahap tertentunya tidak sesuai untuk kegunaan manusia tanpa rawatan tertentu. Air tawar dengan mudah boleh tercemar disebabkan oleh aktiviti manusia atau disebabkan oleh proses semulajadi seperti hakisan. Air tawar membentuk kurang daripada 3% daripada sumber air dunia, dan hanya 1% daripadanya tersedia. Hanya 3% daripadanya diekstrak untuk kegunaan manusia. Pertanian menggunakan kira-kira dua pertiga daripada semua air tawar yang diekstrak daripada alam sekitar.
Air tawar ialah sumber semula jadi yang boleh diperbaharui dan berubah-ubah bentuknya, namun kuantitinya terhad. Air tawar diisi semula melalui proses kitaran air semula jadi, melalui penyejatan air dari laut, tasik, hutan, tanah, sungai dan takungan sehingga membentuk awan, dan akhirnya kembali ke pedalaman dalam bentuk kerpasan. Walau bagaimanapun, jika lebih banyak air tawar digunakan oleh aktiviti manusia setempat berbanding kadar pemulihan air semula jadi, ia boleh mengakibatkan pengurangan ketersediaan air tawar (atau kekurangan air) daripada sumber permukaan dan bawah tanah dan boleh menyebabkan kerosakan serius terhadap persekitaran sekitar dan berkaitan. Pencemaran air juga mengurangkan ketersediaan air tawar.
Sebahagian daripada siri |
Kemasinan air |
---|
Tahap-tahap kemasinan |
Air tawar (< 0.05%) Air payau (0.05–3%) Air masin (3–5%) Air garam (> 5% sehingga ke maksimum 26%–28%) |
Jasad-jasad air |
Air tawar boleh ditakrifkan sebagai air dengan kurang daripada 500 bahagian per juta (ppm) garam terlarut.
Sumber lain memberikan batas atas kemasinan yang lebih tinggi untuk air tawar, contohnya 1,000 ppm atau 3,000 ppm.
Habitat air tawar dikelaskan sebagai sama ada sistem lentik (iaitu air tenang termasuk kolam, tasik, paya dan lumpur), sistem lotik (yang merupakan sistem air mengalir) atau sistem air bawah tanah (yang mengalir dalam batuan dan akuifer). Di samping itu, terdapat zon yang menghubungkan antara sistem air bawah tanah dan sistem lotik, iaitu zon hiporeik, yang mendasari banyak sungai yang lebih besar dan boleh mengandungi lebih banyak air daripada yang dilihat secara terbuka. Ia juga mungkin bersentuhan langsung dengan air bawah tanah di dasarnya.
Sumber asal hampir semua air tawar adalah kerpasan dari atmosfera, dalam bentuk kabus, hujan dan salji. Air tawar yang jatuh sebagai kabus, hujan atau salji mengandungi bahan terlarut dari atmosfera dan bahan sepanjang perjalanan awan pembawa hujan merentasi laut dan darat. Kerpasan akhirnya membawa kepada pembentukan badan air yang boleh digunakan manusia sebagai sumber air tawar: kolam, tasik, hujan, sungai besar, sungai kecil, dan air bawah tanah yang terkandung dalam akuifer bawah tanah.
Di kawasan pantai air tawar mungkin mengandungi kepekatan garam yang ketara yang diperolehi daripada laut jika keadaan berangin yang mengangkat titisan air laut ke dalam awan yang membawa hujan. Hal ini boleh menyebabkan peninggian kepekatan natrium, klorida, magnesium dan sulfat serta banyak sebatian lain yang berkepekatan lebih kecil.
Di kawasan padang pasir, atau kawasan yang mempunyai tanah yang kontang atau berdebu, angin yang membawa hujan akan membawa sekali pasir dan habuk, dan air di angin tersebut boleh dimendapkan di tempat lain dalam bentuk kerpasan, seterusnya menyebabkan aliran air tawar tercemar dengan zat-zat tidak larut dan zat-zat terlarut yang terkandung dalam pasir tersebut. Kuantiti besi yang ketara boleh diangkut dengan cara ini termasuk pemindahan hujan kaya dengan zat besi, dan hal ini didokumentasikan dengan baik di Brazil yang hujan penuh besi tersebut diperoleh sumber besinya daripada ribut pasir di Sahara di utara Afrika.
Di Afrika, kawalan air bawah tanah telah didedahkan kekompleksannya dan tidak berpadanan secara langsung dengan satu faktor semata-mata. Air bawah tanah menunjukkan daya tahan yang lebih besar terhadap perubahan iklim daripada jangkaan, dan kawasan dengan ambang yang meningkat antara 0.34 dan 0.39 indeks kegersangan mempamerkan kepekaan yang ketara terhadap perubahan iklim. Penggunaan tanah boleh menjejaskan proses penyusupan dan larian air. Tahun-tahun paling banyak cas semula bertepatan dengan anomali kerpasan yang paling banyak, seperti semasa peristiwa El Niño dan La Niña. Tiga sensitiviti kerpasan-cas semula telah dikenal pasti: di kawasan amat kering dengan lebih daripada 0.67 indeks kekeringan, terdapat cas semula berterusan dengan sedikit variasi kerpasan; di kebanyakan tapak (kering, separa kering, lembap), cas semula tahunan meningkat apabila kerpasan tahunan kekal melebihi ambang tertentu; dan di kawasan kompleks sehingga 0.1 indeks kegersangan (caj semula terfokus), terdapat cas semula yang sangat tidak konsisten (kerpasan rendah tetapi cas semula tinggi). Memahami hubungan ini boleh membawa kepada pembangunan strategi mampan untuk pengumpulan air. Pemahaman ini amat penting di Afrika, di mana sumber air selalunya terhad dan perubahan iklim menimbulkan cabaran yang ketara.
Nota kecil
|hdl-access=
requires |hdl=
(bantuan)