Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Alexandre Rodrigues da Silva | ||
Tarikh lahir | 2 September 1989 | ||
Tempat lahir | Pato Branco, Brazil | ||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 11 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Villarreal | ||
Nombor | 10 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2006 | Internacional | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2007 | Internacional | 10 | (6) |
2007–2012 | Milan | 117 | (51) |
2013–2016 | Corinthians | 30 | (9) |
2014–2015 | → São Paulo (pinjaman) | 59 | (19) |
2016 | → Chelsea (pinjaman) | 2 | (1) |
2016– | Villarreal | 6 | (1) |
Pasukan kebangsaan | |||
2007 | Brazil B20 | 12 | (8) |
2008–2012 | Brazil B23 | 9 | (3) |
2008–2013 | Brazil | 27 | (10) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 November 2016 |
Alexandre Rodrigues da Silva (lahir 2 September, 1989, di Pato Branco, Paraná), lebih dikenali sebagai Alexandre Pato, merupakan pemain bola sepak Brazil yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Sepanyol, Villarreal.
Alexandre mula bermain futsal di usia 4 tahun. Kebolehannya kemudian diketahui di seluruh kawasan selatan Brazilian iaitu di Paraná. Setelah menerima pujian oleh ramai jurulatihnya, remaja tersebut telah pergi ke Porto Alegre, Rio Grande do Sul, untuk mencuba nasib bersama Internacional. Pada 2001, dalam usia 11 tahun, beliau berpindah ke sana dan mula berkongsi rumah dengan 83 orang remaja lain, yang juga sepertinya, ingin mencipta nama dalam skuad utama Internacional.
Pada 2000, sewaktu Alexandre berusia 10 tahun, x-ray dari tulang yang patah telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai ketumbuhan pada lengannya. Para doktor menyedari bahawa ketumbuhan itu boleh menyebabkan kanser dalam dua bulan sekiranya tidak dibuang. Keluarga Alexandre tidak mampu menampung kos untuk pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu, tetapi doktor tersebut, Paulo Roberto Mussi, merupakan kenalan rapat keluarga beliau, dan telah menjalankan pembedahan tanpa bayaran. Peristiwa ini penting kerana ia terjadi pada tahun Alexandre sedang berusaha menggerakkan karier profesionalnya bersama Internacional.
Beliau mengambil nama gelaran Alexandre Pato ("Alex sang Itik"), sempena nama tempat kelahirannya.
Pato memulakan kariernya bersama Internacional di Porto Alegre, di mana beliau bermain untuk kedua-dua pasukan belia dan senior sekitar 2001 dan 2007. Dalam penampilan sulungnya bersama skuad senior, di usia 17 tahun, Pato membantu Internacional untuk menang 4-1 ke atas Palmeiras pada 26 November, 2006. Beliau membantu mencipta tiga daripada gol tersebut dan menjaringkan satu lagi.
Pato menjaringkan gol kedua Internacional dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2006 pada 13 December menentang Al-Ahly Cairo, dan membantu pasukan untuk menang 2–1 dan mara ke final. Dengan gol ini, Pato telah mengatasi rekod Pelé sebagai penjaring termuda dalam kejohanan rasmi FIFA (17 tahun dan 102 hari, berbanding rekod Pelé 17 tahun dan 239 hari pada Piala Dunia FIFA 1958 FIFA menentang Wales). Beliau telah digantikan dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut, sebelum rakan sepasukan Adriano Gabiru menjaringkan gol kemenangan, yang membolehkan Internacional menjadi juara.
Pato kemudiannya dikaitkan dengan beberapa kelab ternama termasuklah Benfica, Juventus, Inter, Chelsea dan Arsenal.
Juara Eropah A.C. Milan dengan rasminya telah mengesahkan pengambilan Pato pada 2 Ogos, 2007. Beliau telah menyatakan sebelum itu bahawa Ronaldo dan Kaká adalah idolanya. Bayaran perpindahan telah menepati klausa bayaran minimum dalam kontrak Pato dengan SC Internacional iaitu €22 juta.
Disebabkan peraturan bola sepak Itali mengenai pemain bawah umur bukan EU, Pato tidak dapat diturunkan dalam permainan rasmi bersama Milan sehinggalah 3 Januari, 2008, apabila tingkap perpindahan Itali dan pendaftaran dibuka semula. Walaubagaimanapun, AC Milan dibenarkan untuk menurunkan pemain tersebut dalam perlawanan persahabatan dan latihan bermula 3 September, 2007, sehari selepas ulang tahunnya yang ke-18. Pato membuat kemunculan sulungya dalam perlawanan persahabatan yang berakhir seri 2–2 menentang Dynamo Kiev pada 7 September, 2007 dan telah menjaringkan satu gol menerusi tandukan. Pada 4 Januari, 2008, perpindahan Pato ke Milan menjadi rasmi.
Pato menjaringkan gol pertamanya untuk Milan dalam kemunculan sulungnya di Serie A menentang S.S.C. Napoli dalam kemenangan 5–2 di tempat sendiri pada 13 Januari, 2008. Beliau juga menjaringkan dua gol untuk Milan dalam kemenangan 2–0 ke atas Genoa C.F.C. di San Siro pada 27 January, 2008.
Beliau membantu Brazil memenangi Kejohanan Belia Amerika Selatan 2007, yang melayakkan negara tersebut ke Piala Dunia Bawah-20 FIFA 2007, dan telah dipilih oleh Dunga untuk Sukan Olimpik 2008. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior dalam kemunculan sulungya sewaktu menentang Sweden di Stadium Emirates pada 26 Mac, 2008.
Kelab | Musim | Liga Domestik |
Piala Domestik |
Kejohanan Anatarabenua1 |
Kejohanan Lain2 |
Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | ||
Internacional | 2006 | 1 | 1 | ||||||||
2 | 1 | 3 | 2 | ||||||||
2007 | 9 | 5 | |||||||||
7 | 4 | ||||||||||
16 | 9 | ||||||||||
Jumlah | 10 | 6 | - | - | 7 | 4 | 2 | 1 | 19 | 11 | |
A.C. Milan | 2007-08 | 18 | 9 | ||||||||
2 | 0 | ||||||||||
20 | 9 | ||||||||||
Jumlah | 18 | 9 | - | - | 2 | 0 | - | - | 20 | 9 | |
Jumlah karier | 28 | 15 | - | - | 9 | 4 | 2 | 1 | 39 | 20 |
1Kejohanan Antarabenua termasuklah Copa Libertadores, Recopa Sudamericana dan Liga Juara-Juara UEFA
2Kejohanan Lain termasuklah Piala Dunia Kelab FIFA
# | Tarikh | Tempat | Lawan | Jaringan | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 26 Mac, 2008 | London, England | Sweden | 0–1 | Menang | Persahabatan |
Internacional
Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil
Individu
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate=
dan |date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)