Majlis Anugerah Akademi ke-88 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2015. Majlis ini berlangsung pada Februari 28, 2016 di Teater Dolby, Hollywood, California. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumunya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh David Hill serta Reginald Hudlin dan diarahkan oleh Glenn Weiss.Chris Rock mengacarakan majlis ini buat kali kedua dimana sebelum ini beliau mengacarakan Anugerah Akademi ke-77 pada tahun 2005.
Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-7 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 14, 2015. Pada Februari 14, 2016, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Olivia Munn dan Jason Segel.
Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-88 diumumkan pada Januari 14, 2016 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh pengarah Guillermo del Toro dan Ang Lee, presiden Akademi Cheryl Boone Isaacs dan pelakon John Krasinski.The Revenant menerima pencalonan terbanyak dengan dua belas pencalonan diikuti Mad Max: Fury Road dengan sepuluh pencalonan. Untuk tahun kedua berturut-turut, sebuah filem yang diarahkan oleh Alejandro G. Iñárritu menerima pencalonan terbanyak.
Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 28, 2016. Dengan dua kemenangan Oskar, Spotlight merupakan Filem Terbaik kedua dengan anugerah paling sedikit, menjadikan ia filem pertama sejak filem 1952, The Greatest Show on Earth untuk memenangi anugerah Filem Terbaik dengan hanya satu anugerah lain.Alejandro G. Iñárritu menjadi pengarah ketiga untuk memenangi dua anugerah Pengarah Terbaik berturut-turut selepas John Ford pada tahun 1940-1941 dan Joseph L. Mankiewicz pada tahun 1949-1950.
^Parker, Ryan (October 21, 2015). "It's Official: Chris Rock to Host Oscars". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. Dicapai pada October 21, 2015. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
‡ Tarikh dan tahun yang disenaraikan untuk setiap majlis ialah tempoh kelayakan keluaran filem di Los Angeles County. Untuk lima upacara pertama, tempoh kelayakan dilakukan secara bermusim, dari Ogos hingga Julai. Untuk upacara keenam yang diadakan pada tahun 1934, tempoh kelayakan berlangsung dari 1 Ogos 1932 hingga 31 Disember 1933. Sejak majlis ketujuh yang diadakan pada tahun 1935, tempoh kelayakan menjadi tahun kalendar penuh dari 1 Januari hingga 31 Disember. Untuk upacara ke-93, dijadualkan diadakan pada tahun 2021, tempoh kelayakan akan berlangsung dari 1 Januari 2020, hingga 28 Februari 2021.