Bahasa Lithuania | |
---|---|
lietuvių kalba | |
Asli kepada | Lithuania, kawasan sekeliling, dan lain-lain |
Penutur bahasa | 4 juta |
Indo-Eropah
| |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Lithuania, Kesatuan Eropah, Kommune Puńsk di Poland |
Dikawal selia oleh | Suruhanjaya Bahasa Lithuania |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | lt |
ISO 639-2 | lit |
ISO 639-3 | lit |
Bahasa Lithuania (lietuvių kalba) merupakan bahasa rasmi Lithuania, dituturi oleh kira-kira 4 juta penutur ibunda.
Ia difahamkan beberapa ahli bahasa Eropah sebagai antara bahasa paling konservatif yakni memelihara ciri-ciri Bahasa Proto-Indo-Eropah induk hampir semua bahasa-bahasa tuturan Eropah yang telah gugur pada bahasa-bahasa turunannya selain bahasa Sanskrit dan Yunani Purba.
Bahasa Lithuania merupakan salah satu daripada dua bahasa Baltik yang masih wujud, bersama dengan Bahasa Latvia. Satu lagi bahasa Baltik Prussia lama telah pupus pada abad ke-19; bahasa-bahasa Baltik Barat, iaitu Bahasa Curonia dan Bahasa Sudovia, telah pupus sebelum itu.
Bahasa ini menggunakan abjad Rumi yang telah diubahsuai. Bahasa ini terdiri daripada 32 huruf. Susunannya agak mengejutkan : "Y" dipindah ke antara "Į" (I ogonek) dan "J" kerana "Y" sebenarnya mewakili /iː/ yang dipanjangkan.
A | Ą | B | C | Č | D | E | Ę | Ė | F | G | H | I | Į | Y | J | K | L | M | N | O | P | R | S | Š | T | U | Ų | Ū | V | Z | Ž |
a | ą | b | c | č | d | e | ę | ė | f | g | h | i | į | y | j | k | l | m | n | o | p | r | s | š | t | u | ų | ū | v | z | ž |
Dz dz (dzė), Dž dž (džė), Ch ch (cha).
...linguist generally accepted that Lithuanian is the most archaic among living Indo-European languages...
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday=
ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |work=
(bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)Wikipedia Bahasa Lithuania, ensiklopedia bebas |