Kerangka | |
---|---|
Kependekan | WB |
Cogan kata | Working for a World Free of Poverty |
Jenis/bentuk sah | Perkhidmatan kewangan |
Status undang-undang | Perjanjian dengan Kumpulan Bank Dunia |
Tujuan | Pinjaman kredit |
Industri | Development aid |
Keanggotaan | 189 negara |
Anggota bagi | Confederation of Open Access Repositories, DataCite |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol |
Tapak web | https://www.worldbank.org |
Sejarah | |
Dibentuk | 04 Julai 1944 |
Pengurusan | |
Pemilik | UN |
Pengerusi | Ajaypal Singh Banga |
Presiden | David Malpass |
Pengarah/pengurus | Kristalina Georgieva |
Organisasi utama | |
Organisasi induk | Kumpulan Bank Dunia |
Gabungan | Kumpulan Bank Dunia |
Maklumat lain | |
Lokasi | |
Ibu pejabat | 1818 H Street NW, Washington, DC, Amerika Syarikat |
Lokasi | |
Koordinat | 38°53′56″N 77°2′33″W |
Kawasan perkhidmatan | Ahli negara |
sunting · sunting di Wikidata |
Bank Dunia merupakan satu institusi perkhidmatan kewangan antarabangsa dan berfungsi sebagai sebuah agensi kepada Kumpulan Bank Dunia yang menawarkan pinjaman kepada negara-negara miskin dengan cita-cita mengurangi kemiskinan.
Ia merujuk kepada Bank Rekonstruksi dan Pembangunan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa yang berada di dalam Kumpulan Bank Dunia.
Bank Dunia bertujuan secara rasminya mengurangan kemiskinan. Menurut Perkara-Perkara Dipersetujui (Articles of Agreement) Bank Dunia, sebagaimana telah diubah, efektif sejak 16 Februari 1989, seluruh keputusannya harus diarahkan oleh sebuah komitmen untuk mempromosikan pelaburan luar negeri, perdagangan antarabangsa dan kemudahan pelaburan modal.
Pengoperasian bank ini dijaga melalui pembayaran sebagaimana diatur oleh negara-negara anggota. Kegiatan institusi Bank Dunia saat ini bertumpu kepada bidang-bidang tertentu seperti pendidikan, pertanian dan industri. Bank tersebut memberi pinjaman dengan tarif ditentukan kepada negara negara anggota yang dibantu serta berada dalam kesusahan. Sebagai balasannya, pihak Bank juga meminta bahwaa langkah-langkah menjaga perekonomian perlu ditempuhi, misalnya pembanterasan korupsi dapat diatasi atau demokrasi dikembangkan.
Bank Dunia ditubuhkan bersama-sama Tabung Kewangan Antarabangsa dalam Persidangan Bretton Woods tahun 1944. Maskipun banyak negara terlibat dalam persidangan ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan negara paling berpengaruh dari segi kewangan lalu mendominasi perbincangan dan perundingan yang dilakukan dalam rangka kerja institusi ini;:52–54 malah hampir semua presiden yang mengepalai institusi ini meurpakan seorang warga Amerika Syarikat, dan institusi ini juga berpangkalan dengan IMF di Washington, DC, ibukota negara tersebut.