Bendera Kanada

Bendera Kanada
NamaDaun Maple, l'Unifolié
KegunaanBendera kebangsaan dan bendera kapal awam dan kerajaan
Nisbah1:2
Diterima pakai15 Februari 1965
RekaanJenis menegak yang mempunyai warna merah, putih dan merah dengan nisbah 1:2:1, di bahagian tengah terdapat daun maple.
Direka olehGeorge F.G. Stanley

Bendera Kanada ataupun dikenali sebagai Maple Leaf (dalam bahasa Inggeris) dan l'Unifolié (Bahasa Perancis) merupakan bendera kebangsaan Kanada. Sebelum 1965, Kanada menggunakan bendera yang terdapatnya Union Jack seperti Bendera Australia dan New Zealand. Bendera Merah Kanada telah digunakan secara rasmi sejak 1890an dan telah diluluskan oleh Perlembagaan Kanada pada tahun 1945 dan untuk "di mana terdapat satu majlis rasmi, di situ megahnya bendera Kanada".

Pada tahun 1964, Perdana Menteri ketika itu Lester B. Pearson merancang untuk mengubah bendera Kanada sebagai bendera yang baru. Daripada tiga pilihan, reka bentuk daun maple dari George Stanley berdasarkan bendera Maktab Tentera Diraja Kanada. Bendera tersebut telah digunakan secara rasmi pada 15 Februari 1965 dan pada tarikh tersebut, seluruh rakyat Kanada meraikan Hari Kebangsaan Bendera Kanada.

Reka bentuk

Perlambangan

Warna-warna merah dan putih dijadikan warna rasmi negara Kanada setelah pengisytiharan Jata Diraja negara tersebut pada tahun 1921, masing-masing diambil daripada Salib Santo George milik England dan jata Kerajaan Perancis yang wujud sejak zaman pemerintahan Charles III dari Perancis lalu mewakili sejarah para peneroka yang menduduki dan menjajah kawasan lingkungan Kanada sebelum penyatuan jajahan-jajahan dalam satu "Gabungan Kanada".

Daun mapel telah dijadikan suatu simbol mewakili Kanada sejak abad ke-18, di mana ia pertama kalinya digunakan pada jata-jata negeri Ontario dan Quebec. Daun ini kemudiannya dimasukkan dalam rekaan jata negara Kanada pada tahun 1921. Bilangan bucu pada daun tersebut tiada makna signifikannya serta ditetapkan setelah ujian angin kencang dijalankan bagi melihat rekaan daun mana yang paling mudah dilihat apabila dikibar dengan lajunya.

Spesifikasi

Tatarajah melukis bendera Kanada secara tepat.

Jabatan Warisan Kanada (Canadian Heritage Department menyenaraikan jenis warna yang dibolehkan untuk menghasilkan bendera rasmi seperti berikut:

Merah Putih
RGB 255/0/0 255/255/255
Hexadecimal FF0000 FFFFFF
Pantone Red 032 White
CMYK 0/100/100/0 0/0/0/0

Sejarah

Rekaan bendera pernah digunakan

Keperluan adanya suatu bendera melambangkan jajahan Kanada yang baharu semakin digesa dengan tertubuhnya Gabungan Kanada pada tahun 1867. Suatu Bendera Merah Brtish yang menampilkan Jata kecil dominion Kanada dipersetujui untuk pengunaan tidak rasmi pada tahun 1870. rekaan jata kecil ini sendirinya berubah-ubah dengan bertambahnya provinsi yang masuk dalam gabungan dominion Kanada sehingga suatu jata ringkas ditampilkan pada rekaan ketiga bendera ini, seperti di bawah:

Pengubahan bendera yang baru (The Great Canadian Flag Debate)

Bendera ini tidak begitu mendapat perhatian sehingga tahun 1963 apabila Lester B. Pearson dari Parti Liberal menjadi Perdana Menteri sebuah kerajaan minoriti. Beliau mendapat ilham mahu menukar rupa bendera Kanada yang dilihat tidak mencerminkan imej kebangsaan sendiri semasa pengalamannya terlibat dalam Krisis Suez 1956 di mana beliau mengetahui kerumitan dihadapi para pengaman arahannya yang dihalang pihak Mesir kerana bendera lama Kanada mempunyai Union Jack iaitu simbol pihak United Kingdom yang dimusuhi Mesir, maka Pearson berijtihad mahu adanya bendera kebangsaan yang betul-betul menunjukkan pengelanan atau jatidiri sebenar Kanada yang asing daripada Empayar British itu sendiri. Tindakan ini mula diperdebatkan secara hebat pada tahun berikutnya.

Terdapat dua rekaan utama yang akhirnya mendapat perhatian Parlimen Kanada:

  1. Pearson Pennant ("Panji Pearson"): tiga daun mapel merah seranting disampingi warna biru di kedua-dua sisi bendera melambangkan cogan kata rasmi Kanada Mare ad usque mare ("Dari laut ke laut") diusulkan bersama Pearson dan Alan Beddoe, pelukis dan presiden Persatuan Heraldri Kanada. Rekaan ini sangat disanggah dalam Dewan Rakyat Kanada kerana dianggap terlalu memihak kepada Quebec - pada ketika itu majoriti penutur bahasa Inggeris yang menjawat kerusi-kerusi utama Kerajaan Kanada sangat memandang serong banyak warga penutur bahasa Perancis yang majoriti di provinsi tersebut.
  2. Red Maple Leaf ("Daun Mapel Merah"): sehelai daun merah atas lapangan putih diapit du jalur merah di kedua-dua sisi bendera, ia direka George Stanley berdasarkan bendera dipakai Maktab Tentera Diraja Kanada (Royal Military College of Canada, RMC) in Kingston, Ontario. Rekaan dari George Stanley pula ada diolah bagi pihak suatu "kumpulan C" di mana dengan bendera Union Jack dan bendera fleur-de-lys Perancis di dua-dua sisi bendera untuk memenangkan kedua-dua pihak setiaraja dan Perancis yang bertelagah, namun rekaan tersebut ditolak kerana dilihat kurang neutral berbanding rekaan asal.

Suatu jawatankuasa memilih rekaan bendera baru Kanada dianggotai semua parti dibentuk pada September 1964 untukmmebincangkan pendapat mengenai pilihan rekaan baru yang sesuai. Satu jawatankuasa yang berasing turut dibentuk untuk mempertimbangkan sebanyak 2,000 rekaan yang dicadangkan daripada orang ramai.

Jawatankuasa yang pertama ini akhirnya mengundi memilih antara dua rekaan yang dicadangkan sama ada rekaan Beddoe dan rekaan Stanley. Wakil-wakil Parti Konservatif kesemuanya mengundi untuk rekaan Stanely atas jangkaan pihak Parti Liberal akan mengundi rekaan yang berlawanan; namun pihak Liberal turut memilih rekaan sama - maka undian sebulat suara diputuskan memihak kepada rekaan Stanley dengan 14 undian setuju.

Rujukan

  1. ^ Richard Foot (Februari 13, 2014). "The Stanley Flag". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 25, 2017. Unknown parameter |encyclopedia= ignored (bantuan)
  2. ^ Department of Canadian Heritage. "Birth of the Canadian flag". Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 24, 2010. Dicapai pada Disember 16, 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ James Minahan (2009). The Complete Guide to National Symbols and Emblems: Volume 2. Greenwood Press. m/s. 17. ISBN 978-0-313-34500-5.
  4. ^ a b Jeanette Hanna; Alan C. Middleton (2008). Ikonica: A Field Guide to Canada's Brandscape. Douglas & McIntyre. m/s. 79–. ISBN 978-1-55365-275-5. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 4, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Department of Canadian Heritage. "You were asking..." Queen's Printer for Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010. Dicapai pada 18 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Matheson, Col. John R. (1980). Canada's Flag: a search for a country. Mika Publishing Company. ISBN 0-919303-01-3.
  7. ^ "Government of Canada FIP Signature". Canadian Heritage Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-30. Dicapai pada 18 Ogos 2016.
  8. ^ a b c d e "National Flag of Canada". The Canadian Encyclopedia. Historica Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 14, 2015. Dicapai pada Februari 13, 2015.
  9. ^ a b Thorner 2003, halaman 524
  10. ^ "The Great Flag Debate". CBC. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 23, 2008. Dicapai pada April 13, 2008.
  11. ^ Reeve, Iain (Mei 21, 2007). "Wrong turns on the road of symbolism". The Peak. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 25, 2012. Dicapai pada April 13, 2008.
  12. ^ "Canadian Heritage Flags". Canadianheritage.gc.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada November 2, 2011. Dicapai pada Oktober 31, 2011.

Pautan luar