Bernard Lewis, FBA (lahir 31 Mei 1916 - 19 Mei 2018) adalah seorang ahli sejarah dan sarjana British-Amerika dalam kajian Oriental, serta pengulas politik. Beliau merupakan Profesor Emeritus Cleveland E. Dodge bahagian Pengajian Timur Dekat di Princeton University. Beliau mengkhususi bidang sejarah Islam dan interaksi antara Islam dan Dunia Barat, dan terkenal dalam lingkungan akademik kerana karyanya berkenaan sejarah Empayar Uthmaniyyah.
Lewis dianggap sebagai pakar bacaan meluas Timur Tengah khususnya Empayar Uthmaniyah, dan dianggap sebagai salah seorang sarjana ulung Barat di rantau itu.