Cells at Work! | |
Fail:Cells at Work v1 cover.jpg | |
はたらく細胞 (Hataraku Saibou) | |
---|---|
Genre | Komedi |
Manga | |
Pengarang | Akane Shimizu |
Penerbit | Kodansha |
Penerbit Lain | Kodansha USA |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Monthly Shōnen Sirius |
Tarikh Pengeluaran | Mac 2015 – kini |
Jilid | 5 |
Manga | |
Bacteria at Work | |
Ilustrasi | Haruyuki Yoshida |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal | Nakayoshi |
Tarikh Pengeluaran | Mei 2017 – kini |
Manga | |
Cells that Don't Work | |
Ilustrasi | Moe Sugimoto |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Monthly Shōnen Sirius |
Tarikh Pengeluaran | 26 Julai 2017 – kini |
Manga | |
Cells at Work! BLACK | |
Pengarang | Shigemitsu Harada |
Ilustrasi | Issei Hatsuyoshi |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Seinen |
Majalah Asal | Morning |
Tarikh Pengeluaran | 7 Jun 2018 – kini |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Kenichi Suzuki (musim 1) Hirofumi Ogura (musim 2) |
Penerbit | Yuma Takahashi |
Skrip/Penulis |
|
Lagu/Muzik | Kenichirō Suehiro |
Studio | David Production |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, BS11, GYT, GTV, MBS, TV Aichi, RKB, HBC |
Penyiaran bahasa Inggeris | |
Tarikh tayangan | 7 Julai 2018 – kini |
Episod | 13 + 2 episod khas |
Manga | |
Cells that Don't Work | |
Ilustrasi | Moe Sugimoto |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Monthly Shōnen Sirius |
Tarikh Pengeluaran | 26 Julai 2017 – kini |
Novel ringan | |
Pengarang | Yui Tokiumi |
Ilustrasi | Akane Shimizu |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōnen |
Terbitan | 12 Julai 2018 |
Jilid | 1 |
Manga | |
Cells at Work! Friend | |
Pengarang | Kanna Kurono |
Ilustrasi | Mio Izumi |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōjo |
Majalah Asal | Bessatsu Friend |
Tarikh Pengeluaran | 12 Januari 2019 – kini |
Jilid | 2 |
Manga | |
Platelets at Work | |
Pengarang | Yuuko Kakihara |
Ilustrasi | Yasu |
Penerbit | Kodansha |
Demografik | Shōnen |
Majalah Asal | Monthly Shōnen Sirius |
Tarikh Pengeluaran | 21 Mei 2019 – kini |
Jilid | 1 |
Siri televisyen anime | |
Cells at Work! Code Black | |
Pengarah | Hideyo Yamamoto |
Skrip/Penulis | Hayashi Mori |
Lagu/Muzik | Yugo Kanno |
Studio | Liden Films |
Tarikh tayangan | 9 Januari 2021 – (dirancang) |
Cells at Work! (Jepun: はたらく細胞, Hepburn: Hataraku Saibō) (Bahasa Melayu: Sel Bekerja) merupakan siri manga Jepun ditulis dan diilustrasikan oleh Akane Shimizu. Ia menampilkan antropomorfisme bagi sel-sel dalam tubuh manusia, dengan dua protagonis utama iaitu sel darah merah dan neutrofil yang kerap ditemuinya. Manga ini diterbitkan secara bersiri dalam majalah manga shōnen Kodansha, Monthly Shōnen Sirius bermula dari Mac 2015. Ia dilesenkan di Amerika Utara oleh Kodansha USA. Sebuah siri anime televisyen adaptasi oleh David Production mula bersiaran pada 7 Julai 2018.
Ceritanya bertempat dalam tubuh manusia, di mana bertrilion-trilion sel-sel antropomorfik yang melakukan kerja masing-masing bagi memastikan tubuh tersebut kekal sihat. Siri ini tertumpu kepada dua sel seumpamanya; sel darah merah baharu, AE3803, yang sering tersesat semasa melakukan penghantaran dan dan sel darah putih, U-1146, yang tidak henti-henti berlawan dengan mana-mana kuman yang cuba menakluk tubuh tersebut tanpa belas kasihan.
Manga ini telah dilancarkan majalah manga shōnen oleh Kodansha, Monthly Shōnen Sirius pada Mac 2015. Setakat Oktober 2017, Kodansha telah mengumpulkan manga tersebut kepada lima buah tankōbon. Kodansha USA telah mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan manga tersebut di Amerika Utara pada 21 Mac 2016 dan juga dilesenkan di Taiwan oleh Tong Li Publishing.
Manga itu juga mendapat terbitan turunan dalam isu Nakayoshi Mei 2017 iaitu Hataraku Saikin (はたらく細菌, "Bakteria Bekerja") oleh Haruyki Kichida yang mengisahkan kehidupan bakteria-bakteria baik dan buruk dalam usus. Sebuah lagi selingan bertajuk Hatarakanai Saibō (はたらかない細胞. "Sel Tidak Bekerja") oleh Moe Sugimoto telah dilancarkan dalam siri Monthly Shōnen Sirius September 2017 yang bercerita tentang sel darah merah muda (eritoblas) yang tidak ingin bekerja.
Manga ini juga mendapat sebuah lagi terbitan turunan bertajuk Hataraku Saibō Black (Jepun: はたらく細胞 BLACK), tentang kisah dalam badan manusia yang berada dalam persekitaran "hitam", di mana tuan empunya badan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Manga ini diterbitkan dalam Weekly Morning sejak 7 Jun 2018 dan ditulis oleh Shigemitsu Harada, dengan ilustrasi oleh Isei Hatsuyoshi serta pengawasan daripada Shimizu
No. | Tarikh keluaran original | ISBM Original | Tarikh keluaran bahasa Amerika Utara | ISBN bahasa Amerika Utara | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 9 Julai 2015 | ISBN 978-4-06-376560-1 | 1 November 2016 | ISBN 978-1632363565 | ||
| ||||||
2 | 20 November 2015 | ISBN 978-4-06-376589-2 | 27 Disember 2016 | ISBN 978-1632363572 | ||
| ||||||
3 | 9 Jun 2016 | ISBN 978-4-06-390633-2 | 28 Mac 2017 | ISBN 978-1632363909 | ||
| ||||||
4 | 30 November 2016 | ISBN 978-4-06-390664-6 | 2 Mei 2017 | ISBN 978-1632363916 | ||
| ||||||
5 | 9 Ogos 2017 | ISBN 978-4-06-390720-9 | 21 November 2017 | ISBN 978-1632364265 | ||
|
No. | Tarikh keluaran original | ISBM Original | Tarikh keluaran | ISBN |
---|---|---|---|---|
1 | 9 Februari 2018 | ISBN 978-4-06-510910-6 | — | — |
2 | 9 Julai 2018 | ISBN 978-4-06-512138-2 | — | — |
3 | 9 Oktober 2018 | ISBN 978-4-06-513423-8 | — | — |
No. | Tarikh keluaran original | ISBM Original | Tarikh keluaran | ISBN |
---|---|---|---|---|
1 | 9 Julai 2018 | ISBN 978-4-06-511982-2 | — | — |
No. | Tarikh keluaran original | ISBM Original | Tarikh keluaran | ISBN | ||
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 9 Julai 2018 | ISBN 978-4-06-512067-5 | — | — | ||
| ||||||
2 | 21 September 2018 | ISBN 978-4-06-512760-5 | — | — | ||
| ||||||
3 | 22 Februari 2019 | ISBN 978-4-06-514640-8 | — | — | ||
| ||||||
4 | 21 Jun 2019 | ISBN 978-4-06-516113-5 | — | — | ||
| ||||||
5 | 23 Oktober 2019 | ISBN 978-4-06-517225-4 | — | ISBN — | ||
6 | 18 Ogos 2020 | ISBN 978-1-64651-149-5 | — | ISBN — |
No. | Tarikh keluaran bahasa Jepun | ISBN bahasa Jepun |
---|---|---|
1 | 7 Jun 2019 | ISBN 978-4-06-515522-6 |
2 | 7 November 2019 | ISBN 978-4-06-517636-8 |
3 | 9 Mac 2020 | ISBN 978-4-06-518909-2 |
No. | Tarikh keluaran bahasa Jepun | ISBN bahasa Jepun |
---|---|---|
1 | 9 Januari 2020 | ISBN 978-4-06-518185-0 |
2 | 9 Jun 2020 | ISBN 978-4-06-519798-1 |
No. | Tarikh keluaran bahasa Japan | ISBN bahasa Japan |
---|---|---|
1 | 9 Januari 2020 | ISBN 978-4-06-518231-4 |
2 | 20 Julai 2020 | ISBN 978-4-06-519640-3 |
No. | Tarikh keluaran bahasa Japan | ISBN bahasa Japan |
---|---|---|
1 | 20 Julai 2020 | ISBN 978-4-06-519908-4 |
Sebuah adaptasi berupa siri anime telah diumumkan pada Januari 2018. Siri ini telah diarahkan oleh Kenichi Suzuki dengan animasi oleh David Production. Skripnya ditulis oleh Suziki dan Yūko Kakihara, rekaan watak oleh Takahiro Yoshida dan lagu oleh Kenichirō Suehiro. Siri anime tersebut ditayangkan buat kali pertama pada 7 Julai 2018 menerusi Tokyo MX dan saluran-saluran lain sekitar Jepun. Siri itu memiliki sebanyak 13 buah episod. Aniplex of America telah melesenkan siri tersebut di Amerika Utara dan melakukan tayangan serentak dalam Crunchyroll.
Lagu tema pembukaannya ialah "Mission! Ken - Dō - Dai - Ichi" (ミッション!健・康・第・イチ, "Misi! Kesihatan Diutamakan") oleh Kana Hanazawa, Tomoaki Maeno, Daisuke Ono dan Kikuko Inoue manakala lagu tema penutupnya ialah "CheerS" oleh ClariS.
Musim kedua siri anime ini telah diumumkan pada 23 Mac 2019 menerusi laman Twitter rasmi Cells at Work!. Musim kedua dijangka akan mula disiarkan pada awal 2021. Sebuah adaptasi Cells at Work! Code Black diumumkan pada April 2020 dan dijangka akan disiarkan pada Januari 2021.
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran |
---|---|---|
1 | "Pneumokokus" "Haienkyūkin" (肺炎球菌) | 8 Julai 2018 |
Di dalam sebuah badan manusia, sebuah sel darah merah bernama AE3803 diselamatkan daripada serangan mengejut sekumpulan kuman Pneumokokus oleh sebuah sel darah putih bernama U-1146. Kemudian, apabila AE3803 ingin mencari arah ke peparu untuk penghantarannya, dia menjumpai bahawa salah satu kuman telah terlepas dan merancang untuk menyerang peparu. Oleh itu, dia dan U-1146 bersama-sama ke peparu untuk mencari kuman itu. Setelah tiba ke peparu dan berpisah dari U-1146, dia menemui bahawa kuman itu telah menyorok dalam pakej hantarannya selama ini dan berhasrat menyasarkan sel-sel darah merah untuk merampas nutriennya. Namun, U-1146 yang dapat menghidu rancangan tersebut tiba pada masanya dan memerangkap kuman itu sebelum dibersinkan dari peparu. | ||
2 | "Lelasan Kulit" "Surikizu" (すり傷) | 15 Julai 2018 |
Sel-sel darah merah berada dalam masalah apabila pembuluh darah yang dilalui mereka musnah akibat lelasan kulit, memaksa U-1146 dan sel-sel darah putih lain untuk mengalahkan kuman-kuman yang memasuki badan. Apabila kumpulan kuman berusaha menyingkirkan pasukan neutrofil sebelum tibanya sokongan, sel-sel darah putih dapat menghalang rancangan itu sementara pasukan platelet tiba dan melakukan penggumpalan darah untuk menutup lelasan tersebut dan seterusnya menghalang lebih banyak kuman daripada memasuki badan. | ||
3 | "Influenza" "Infuruenza" (インフルエンザ) | 22 Julai 2018 |
Sel T Naif sedang mengawasi badan untuk mengawal percambahan virus influenza. Namun begitu, dia berada dalam keadaan ketakutan kerana tidak pernah berlawan dengan sebarang musuh. Dia melarikan diri dari tempat pertempuran di mana U-1146 dan sel-sel T sedang giat menyerang. Sel T Naif dipenuhi kekecewaan sehingga Sel Dendritik menjumpainya dan mula berbual dengannya. Kesannya, Sel T Naif berubah menjadi Sel T Efektor yang lebih berani dan kuat lalu menyertai semula pasukan sel imun dalam membasmikan virus influenza. Akan tetapi, sebuah virus yang terselamat mengalami mutasi dan bercambah, memaksa sel-sel imun untuk bersedia untuk sebuah lagi pertempuran. | ||
4 | "Keracunan Makanan" "Shokuchūdoku" (食中毒) | 29 Julai 2018 |
Sekumpulan bakteria Vibrio menyerang perut. Sel Basofil memberi amaran kepada sel-sel imun tetapi kata-katanya yang penuh misteri hanya mengelirukan mereka. Sel-sel imun berjaya mengalahkan kumpulan penyerang tetapi Eosinofil tidak dapat melakukan sebarang serangan tepat dan terpaksa diselamatkan sehingga diejek sebagai sel lemah oleh sel-sel lain kecuali AE3803 dan U-1146. Kemudian, perut diserang oleh parasit Anisakis gergasi. Sel-sel imun tiada sebarang keupayaan, tetapi Eosinofil membunuhnya dengan sekali serangan sambil menerangkan bahawa tugas sebenarnya adalah untuk menyerang parasit. Sel-sel imun memohon maaf kerana memperlekehkannya lalu mengangkatnya sebagai seorang wira. | ||
5 | "Alahan Debunga Sedar" "Sugikafun Arerugī" (スギ花粉アレルギー) | 5 Ogos 2018 |
Tuan empunya badan menghirup debunga sedar yang membawa alergen-alergen gergasi. U-1146 berkata bahawa makhluk-makhluk itu tidaklah berbahaya tetapi Sel Ingatan mendakwa mereka membawa kemusnahan. Sel B dengan mudahnya mengalahkan alergen itu, tetapi Mastosit mengeluarkan histamin ke dalam badan, menyebabkan tindak balas alahan yang ganas sehingga menghancurkan persekitaran. Ketika pelbagai pihak mula menyalahkan Mastosit akibat kemusnahan tersebut, tuan empunya badan menelan steroid untuk merawat alahannya. Steroid yang berupa seperti sebuah robot mula memusnahkan persekitaran sehingga kehabisan kuasanya. Pihak yang terselamat mendapat tahu bahawa kesemua yang berlaku adalah disebabkan kerana mengikuti dakwaan-dakwaan Sel Ingatan dan cuba menyerang alergen-alergen tersebut. | ||
6 | "Eritroblas dan Mielosit" "Sekigakyū to Kotsuzuikyū" (赤芽球と骨髄球) | 12 Ogos 2018 |
AE3803 tersesat lagi dan menjumpai dirinya berada di Sumsum Tulang Merah iaitu tempat asalnya. Dia terkenang saat-saatnya sebagai seorang Eritroblas muda yang dilatih oleh Makrofaj untuk menjadi seorang Sel Darah Merah. Pada suatu hari, ketika sedang berlatih melarikan diri dari bakteria, dia tersesat dan terpisah daripada rakan-rakannya yang lain. Dia terperangkap oleh sebuah bakteria Pseudomonas yang ingin membunuhnya sebelum mencari sel-sel darah yang lain. Seorang Mielosit muda datang membantunya dan walaupun tiada kebolehan mementang bakteria itu, dia dapat memberi masa terhadap Makrofaj dan Neutrofil untuk tiba dan membunuh bakteria itu. Dia berterima kasih terhadap Mielosit kerana membantunya lalu berpisah untuk menjalankan kehidupan masing-masing dengan harapan mereka dapat bertemu bersama lagi. Pada masa kini, dia terserempak dengan U-1146. Ketika U-1146 menunjukkan arah ke destinasinya, dia berasa bahawa Mielosit yang menyelamatkannya kini menjadi U-1146. Kemudian, U-1146 menyelamatkan Sel Biasa daripada serangan Sel Kanser. Sel Biasa kemudiannya menjelaskan bahawa terdapat lebih banyak Sel Kanser dalam kompleks rumah pangsanya lalu membawa U-1146, Sel T Pemusnah dan Sel NK ke rumah pangsanya. Namun, Sel T Pemusnah dan Sel NK berterusan bermusuh-musuhan dan tidak ingin bekerja sama. Kumpulan itu berpisah dan ketika bersendirian, Sel NK mendapat tahu bahawa Sel Biasa sebenarnya seorang Sel Kanser. | ||
7 | "Sel Kanser" "Gansaibō" (がん細胞) | 19 Ogos 2018 |
Sel NK bertarung dengan Sel Kanser yang dapat berubah bentuk dan menyebarkan diriya ke persekitaran. Sementara itu, U-1146 dan Sel T Pemusnah menjumpai klon-klon Sel Kanser. Sel-sel Kanser tersebut meminta penghantaran nutrien yang amat banyak ke rumah pangsa mereka untuk menjamin kehidupannya, tetapi AE3803 berasa ragu-ragu dan memberi amaran terhadap sistem imun badan. U-1146, Sel T Pemusnah dan Sel NK bimbang kerana dikhuatiri akan dibunuh sebelum tiba-tiba sel-sel imun lain datang membantu. Sel-sel Kanser telah dihapuskan tetapi Sel Kanser bersumpah untuk membalas dendam sebelum menemui ajalnya. | ||
8 | "Sistem Peredaran Darah" "Ketsueki Junkan" (血液循環) | 26 Ogos 2018 |
AE3803 menjadi penat kerana sering tersesat dan membuat keputusan untuk mengelilingi badan tanpa sebarang pertolongan. Setelah melalui perjalanan yang perit, dia dapat melalui jantung dan ke peparu untuk menukarkan karbon dioksida dengan oksigen dan seterusnya ke sel-sel badan untuk menukarkan oksigen dengan karbon dioksida. Secara tersembunyi, U-1146 mengikutinya dan membantunya memulangkan nota dan topinya yang terjatuh serta membunuh beberapa kuman yang ingin menyerangnya. Setelah itu, U-1146 memberitahu Sel T Pemusnah bahawa dia menghargai kerja-kerja keras yang dilakukan Sel-sel Darah Merah setiap hari dan berharap supaya sel-sel imun dapat hidup secara aman damai bersama sel-sel lain, tetapi Sel T Pemusnah bertindak menumbuknya lalu menyuruhnya agar kembali bekerja. AE3803 bertemu U-1146 dan bercerita tentang pengalaman sepanjang hari tersebut manakala Sel T Pemusnah berjalan-jalan sambil melihat sel-sel imun bersahabat dengan sel-sel lain dan menafikan kecemburuannya dengan perasaan geram. | ||
9 | "Timosit" "Kyōsen Saibō" (胸腺細胞) | 2 September 2018 |
Ketika Sel T Pemusnah dan Sel T Pembantu bertengkar tentang kaedah-kaedah latihan, Sel Dentritik berkongsi album gambarnya bersama Sel-sel T Naif dan bercerita tentang masa-masa dahulu kedua-dua sel itu. Ketika latihan di Timus, bakal Sel T Pembantu dan Sel T Pengawal dengan mudahnya lulus dalam kesemua kursus pertarungan dan halangan manakala bakal Sel T Pemusnah mengalami kesukaran. Sel T Pembantu berasa hina terhadapnya tetapi memberi nasihat yang membantunya lulus dalam ujian terakhirnya. Sel T Pemusnah berjanji untuk menjadi pelindung yang bernilai dalam badan dan Sel T Pembantu berkeputusan untuk menjadi ketua. Pada masa kini, Sel T Pemusnah dan Sel T Pembantu terjumpa album foto tersebut. Dengan penuh malu, kedua-dua sel tersebut cuba merampas album tersebut untuk dimusnahkan tetapi gagal. Sel T Pengawal berasa bahawa mereka masih dungu seperti ketika mereka menjalani latihan. | ||
10 | "Staphylococcus aureus" "Ōshoku Budō Kyūkin" (黄色ブドウ球菌) | 9 September 2018 |
AE3803 diselamatkan daripada seekor kuman oleh sel imun misteri bernama Monosit yang tidak berkata-kata dan memakai sut hazmat. Seterusnya, rongga hidung diserang oleh sekumpulan bakteria Staphylococcus aureus. Berhasrat untuk membalas dendam atas rakannya yang dibunuh dalam episod “Lelasan Kulit”, mereka bergabung menjadi bakteria gergasi yang dapat memerangkap sel-sel darah putih dalam jaringan fibrin. Sepasukan skuad Monosit tiba dan membuka sut hazmat dan terbongkar menjadi Makrofaj. Makrofaj seterusnya membunuh kumpulan penyerang dengan mudah. Ketika sel-sel darah putih berterima kasih kepada pasukan Makrofaj kerana menyelamatkannya, AE3803 menyoal salah satu Makrofaj tentang bagaimana mereka dapat memuatkan pakaian besarnya ke dalam sut Hazmat, tetapi mereka hanya merahsiakannya. | ||
11 | "Strok Haba" "Netchūshō" (熱中症) | 15 September 2018 |
Badan mengalami strok haba, menyebabkan berlakunya gelombang haba melanda bahagian dalam badan dengan bekalan air semakin terhad. Malah, situasi menjadi lebih parah apabila bakteria Bacillus cereum yang tidak terkesan dengan haba menyerang badan tersebut. Ketika sel-sel lain berusaha bertahan dengan haba dalam badan, U-1146 mengejar bakteria itu tetapi mula keletihan. Hanya ketika seolah-olah kesemuanya sudah berakhir, badan mendapat suntikan bendalir, memberi ruang kepada sel-sel untuk pulih dan U-1146 untuk mengalahkan bakteria itu. | ||
12 | "Renjatan Hipovolemik (Bahagian I)" "Shukketsusei Shokku (Zenpen)" (出血性ショック(前編)) | 23 September 2018 |
AE3803 ditugaskan menjadi mentor kepada seorang Sel Darah Merah baharu bernama, NT4201 tetapi menghadapi kesukaran untuk membimbingnya. AE3803 berasa malu kerana sering tersesat jalan dan mendapat tahu bahawa NT4201 lebih mahir tentang badan dan mementingkan kecekapan dalam pekerjaannya. Kemudian, badan mengalami kecederaan di kepala hingga menyebabkan kehilangan darah yang banyak. U-1146 berusaha mengalahkan kuman-kuman yang memasuki bahagian yang tercedera tetapi terkejut apabila mendapati bahawa sel-sel darah merah dalam badan semakin berkurangan. | ||
13 | "Renjatan Hipovolemik (Bahagian II)" "Shukketsusei Shokku (Kōhen)" (出血性ショック(後編)) | 30 September 2018 |
Keadaan dalam badan semakin parah apabila lebih banyak sel darah merah hilang akibat peningkatan tekanan darah serta suhu badan yang menurun hingga berlakunya ribut salji di dalam badan. AE3803 dan NT4201 giat mengantar oksigen, tetapi NT4201 mula hilang harapan dan merungut bahawa segala kerja kerasnya tidak ada gunanya dan berkata bahawa badan akan mati. Kemudian, badan menerima pemindahan darah. Sel-sel darah merah yang diterima badan, meskipun kurang biasa dengan persekitaran baharunya, bekerjasama untuk menghantar oksigen ke seluruh badan sehingga dapat memulihkan badan seperti biasa. Pada pengakhirannya, NT4201 meminta maaf kerana memandang rendah terhadap AE3803 dan sel-sel tersebut kembali bekerja seperti biasa. | ||
Istimewa | "Selesema" "Kaze Shōkōgun" (風邪症候群) | 26 Disember 2018 |
Seorang Sel Biasa yang bosan dengan tugas-tugas biasanya serta diganggu oleh jiran-jiran Sel T Pembunuh berkawan dengan seorang sel aneh yang tidak berkata-kata dan memakai topi yang pelik. Kedua-duanya melakukan jenaka terhadap pelbagai sel. Lama-kelamaan, sel misteri tersebut mendedahkan bahawa dirinya merupakan sel yang dijangkiti virus dengan topinya merupakan virus yang menjalani penggandaan. Dia cuba menjangkiti Sel Biasa tetapi dapat dibasmikan oleh sel-sel imun yang datang. Selepas virus dikenal pasti sebagai rinovirus (virus selesema), sel-sel imun menasihatkan Sel Biasa agar mengenal pasti patogen pada masa akan datang. Sel Biasa yang kini sudah berbaik dengan jirannya mengajak sel-sel imun untuk bermain badminton. |
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran |
---|---|---|
1 | "Gumpalan" "Tankobu" (たんこぶ) | 9 Januari 2021 |
Ketika mengejar suatu kuman, U-1146 menemui seorang platelet baharu bergelar Backward-Cap ("Si Topi Terbalik") yang giat berlatih dirinya. Ketika itu, suatu insiden di bahagian kepala menyebabkan salur darah pecah secara dalaman, dan para platelet mula bekerjasama untuk menghentikan pendarahan itu. Ketua platelet, megakariosit (penghasil platelet) menawarkan ganjaran pingat emas kepada platelet yang cemerlang sebagai motivasi untuk menghalang pendarahan. Dengan itu, para platelet membentuk suatu rangkaian manusia untuk mencapai kawasan yang pecah dan melakukan pembekuan darah untuk menutup kawasan itu. | ||
2 | "Keimunan Terperoleh / Tempelan Peyer" "Kakutoku Men'eki / Paieru-ban" (獲得免疫 / パイエル板) | 16 Januari 2021 |
"Keimunan Terperoleh": Sel Ingatan terbayang babak kebinasaan dan percaya bahawa dia telah memperoleh kekuatan untuk melihat masa depan. Kelenjar parotid diserang oleh virus beguk. Ketika sel imun melawannya, Sel B tidak dapat membuat antibodi tanpa maklumat Sel Ingatan, tetapi Sel itu obses dengan cubaan "melihat" masa depan, tetapi tidak berguna. Ketika Sel B memukulnya dengan kecewa, dia menyedari bahawa dia benar-benar menyaksikan peristiwa masa lalu ketika badan itu menerima vaksin beguk. Sel B mencipta antibodi daripada maklumat itu dan menghapuskan virus. Selepas itu, Sel B menerangkan mengapa dia mengambil masa yang lama untuk ingat perkara itu sehingga sel-sel bertindak menyerang Sel Ingatan. "Tempelan Peyer": U-1146 mengambil AE3083 dan NT4201 dalam suatu lawatan ke usus kecil, tetapi Sel T Pembunuh mengejeknya kerana tidak fokus pada pekerjaannya. Usus kecil kemudiannya diserang oleh bakteria Campylobacter yang mengambil Sel Epitelium pada usus sebagai tebusan. Sel darah putih menyerah dan menuruti tuntutan bakteria untuk mengaibkan diri mereka sendiri. Namun, mereka perlahan-lahan memikat bakteria ke tempelan Peyer di mana bakteria diserang dan dihancurkan. Selepas itu, Sel T Pembunuh meminta maaf kepada U-1146, tetapi menarik balik permintaan maafnya ketika U-1146 menyedari bahawa dia lupa tentang AE3083 dan NT4201 dan bergegas untuk memeriksa mereka. | ||
3 | "Demam Denggi / Jerawat" "Dengu Netsu / Nikibi" (デング熱 / ニキビ) | 23 Januari 2021 |
"Demam Denggi": Sel-sel mengeluh kepada Sel Masta ketika dia melepaskan histamin berlebihan bagi masalah kecil lalu menyebabkan keradangan, membuatnya marah dan bersumpah untuk tidak melakukan tugasnya. Empunya badan kemudian digigit nyamuk yang menghisap beberapa sel darah, kemudian menjangkiti tubuh dengan virus denggi. Virus ini mengambil alih sel Langerhans dan menyerang badan. Walaupun melihat kerosakannya, Sel Masta enggan melepaskan histamin sehingga Basofil menyuruhnya melakukan apa yang menurutnya betul. Histamin mengganggu sel yang dijangkiti dan memberi amaran kepada sel-sel imun sehingga mereka dapat menghapuskan virus. Sel meminta maaf kepada Sel Masta, tetapi dia bersyukur bahawa dia benar selama ini dan tidak melakukan sesuatu yang salah dengan rembesan histamin sebelumnya. "Jerawat": U-1146 menyelidiki liang yang berubah menjadi jerawat dan mendapati bakteria jerawat telah menawan sel penghasil rambut dan sebum untuk memastikan mereka diberi makan sebum. Bakteria juga membunuh beberapa Neutrofil dan mengubah mereka menjadi nanah. Sel rambut muda hampir menyerah dan putus asa dan mengatakan bahawa mereka hanya satu rambut dan tidak penting, tetapi U-1146 memberitahunya bahawa setiap individu itu penting. U-1146 melawan para bakteria, tetapi ketua mereka dapat tumbuh semula sebanyak mungkin kerana sebum yang dimakannya. Dengan menggunakan kata-kata U-1146, anak itu mendorong saudara-saudaranya bahawa mereka dapat membantu dengan menghasilkan sebum yang berlebihan. Ketua menjadi sangat marah sehingga dia hampir tidak dapat bergerak, membolehkan U-1146 membunuhnya. U-1146 hampir lemas di sebum, tetapi berjaya bertahan. | ||
4 | "H. Pylori / Peralihan Antigen" "Pirorikin / Kōgen Hen'i" (ピロリ菌 / 抗原変異) | 30 Januari 2021 |
"H. Pylori": Sel Normal yang bermimpi menyelamatkan seseorang seperti yang dilakukan oleh sel-sel imun, menemui empat bakteria kecil lagi comel dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. AE3083 menyampaikan oksigen kepadanya sementara U-1146 mengesan bakteria dan merampasnya untuk dibuang pada masa depan ketika dia dipanggil ke perut. Sel Normal mengikutinya sambil bimbang dengan bakteria. Perut kemudian diserang oleh H. Pylori. Ketika Sel Normal menyelamatkan bakteria dari serpihan yang jatuh, salah satunya berjaya mengalahkan H. Pylori, yang memungkinkan U-1146 membunuhnya. U-1146 menyedari bahawa mereka ialah bakteria asid laktik yang memanfaatkan tubuh. Bakteria itu tetap di perut sementara yang lain tinggal bersama Sel Normal. U-1146 mengucapkan terima kasih kepada Sel Normal dan mengajaknya untuk bergabung dengannya dalam rondaan. "Peralihan Antigen": U-1146 dan Sel Normal menuju ke usus kecil, yang penuh dengan purina, tetapi salah satu bakteria-bakteria asid laktik memakan purina itu sebelum berkeputusan untuk tinggal di sana. Kemudian, Sel Normal secara tidak sengaja menjatuhkan salah satu daripada dua bakterianya ke longkang. U-1146 dengan sedih menyatakan bahawa dia tidak berkuasa terhadap tindak balas imun sehingga dia tidak dapat memberitahu sel-sel imun tubuh lain untuk tidak menyerang bakteria itu jika mereka menganggap bakteria itu sebagai musuh, menyebabkan Sel Normal menangis sambil mengutuk sel-sel imun kerana "tidak berperasaan". Ketika itu, Sel NK tiba. | ||
5 | "Sitokin" "Saitokain" (サイトカイン) | 6 Februari 2021 |
Sel NK menyerang Sel Normal kerana menghina para sel imun, tetapi U-1146 meredakan keadaan. Sel Dendritik menyelamatkan bakteria asid laktik yang jatuh ke dalam longkang dan merawatnya. Pada masa itu, usus kecil diserang influenza. Tambahan pula, virus itu bermutasi dan tidak terpengaruh oleh serangan sel-sel imun, menyebabkan Sel NK berada dalam keadaan putus asa. Bakteria asid laktik menghasilkan polisakarida yang menguatkan Sel Dendritik dan membantunya menghasilkan sitokin yang digambarkan sebagai gambar-gambar memalukan yang mengejutkan sel-sel imun dan memotivasi mereka untuk menjadi lebih kuat dan menghapuskan virus. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada bakteria, Sel Normal meminta maaf kepada U-1146 dan memberinya izin untuk mengambil bakteria terakhir yang dimilikinya. Sel NK memaklumkan kepada U-1146 bahawa Sel Kanser telah kembali. | ||
6 | "Bakteria Jahat" "Akudamakin" (悪玉菌) | 13 Februari 2021 |
U-1146, Sel Normal dan Sel NK menuju ke usus besar yang penuh dengan gas beracun akibat bakteria berbahaya. AE3083 bergabung dengan platelet dalam perjalanan ke usus besar. Sel T Pembunuh utama telah diangkat menjadi Sel T Ingatan dan menyertai mereka dalam mencari Sel Kanser. U-1146 memberitahu Sel Normal untuk pergi sendiri dan mencari di mana bakteria asid laktik terakhir berada. Bakteria berbahaya kemudian menyerang usus besar, memaksa Sel Normal melarikan diri sementara AE3083 membantu platelet menyelamatkan diri. Sel Kanser menyerang U-1146, Sel NK dan Sel T Ingatan. Mereka kemudian membunuhnya, tetapi rupa-rupanya yang dibunuh hanya salinan sel asal. Sel asal muncul lalu memukul mereka, mengatakan bahawa mereka akan melihat siapa antara mereka yang layak bertahan. | ||
7 | "Sel Kanser II (Bahagian I)" "Gan Saibō Tsū (Zenpen)" (がん細胞II(前編)) | 20 Februari 2021 |
Sel Normal, AE3083 dan platelet terus menyelamatkan diri. Sel T Ingatan mengingati teknik Sel Kanser, memberikan kelebihan kepada pasukannya, tetapi mereka terkejut ketika Sel T Pengawal tiba lalu mempertahankan Sel Kanser, percaya bahawa dia ialah Sel Kanser yang layak dilindungi. U-1146 tercedera dan Sel Kanser memerangkapnya ke dalam suatu bekas, mengatakan bahawa dia kagum dengannya kerana dianggap menjadi pembela ketika fungsinya adalah untuk membunuh. Sel Kanser menguatkan dirinya dengan menyerap karsinogen dalam gas beracun dan merancang untuk membunuh tubuh sehingga semua sel akan mati. Walaupun dengan kata-kata itu, Sel T Pengawal terus membelanya dan dengan mudah mengalahkan Sel NK dan Sel T Ingatan. Pada masa itu, Sel Normal disudut oleh bakteria berbahaya. Bakteria asid laktik cuba mempertahankannya, tetapi diusir. Sel Normal mengarahkan bakteria itu untuk melarikan diri sebelum diserang para bakteria jahat. | ||
8 | "Sel Kanser II (Bahagian II)" "Gan Saibō Tsū (Kōhen)" (がん細胞II(後編)) | 27 Februari 2021 |
Sel Normal diselamatkan oleh Neutrofil, tetapi mereka mula dibanjiri bakteria sehingga bakteria asid laktik kembali bersama saudara-saudaranya, menyebabkan situasi mula berpihak kepada kumpulan Sel Normal. Setelah bakteria dikalahkan, gas beracun beransur hilang. Sel T Ingatan menggunakan teknik utamanya yang berupakan pukulan perforin. Meskipun serangan itu hanya rekaan diajarkan kepadanya sebagai lelucon, serangan itu benar-benar berfungsi, dengan suatu sinaran terhasil yang mengenai Sel Kanser sehingga Sel T Pengawal akhirnya mengenalinya sebagai musuh dan berbalik melawannya. Sel Kanser terus melawan, tetapi tanpa karsinogen dalam gas beracun, dia menjadi lemah. U-1146 bebaskan diri dan membunuhnya, dengan Sel Kanser memanggil rakannya ketika dia mati. Oleh kerana bakteria asid laktik memperbaiki kerosakan, U-1146 memanggil Sel Normal sebagai wira kerana membawa mereka. Sel T Ingatan cuba mengajarkan pukulan tersebut kepada para Sel T Naif, tetapi tidak dapat meniru apa yang dia lakukan. AE3083 mengejar U-1146 sebelum mereka kembali ke rutin biasa mereka. |
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran |
---|---|---|
1 | "Merokok, Kuman, Permulaan Pengakhiran." "Kitsuen, Saikin, Owari no Hajimari." (喫煙、細菌、終わりの始まり。) | 9 Januari 2021 |
Sel darah merah baharu yang naif dan idealis bernama AA2153 memulakan hari pertamanya bekerja dan terkejut dengan keadaan badan. Antaranya ialah saluran darah tersumbat oleh kolesterol, sel darah merah tidak dibenarkan berehat, dan semua orang bersikap pemarah dan kasar kerana badan berada dalam keadaan tertekan. Sambil menghantar oksigen dengan sel darah merah veteran, mereka menghadapi awan karbon monoksida dan diselamatkan daripada sekumpulan bakteria Pneumococcus oleh sel darah putih bernama U-1196. Veteran yang letih memberi amanah kepada AA2153 sebelum membunuh diri dengan berlari ke arah gas karbon monoksida. U-1196 membawa AA2153 ke paru-paru yang tercemar dengan tar, dan menakutkannya ketika dia menjelaskan bahawa empunya badan itu ketagihan rokok. | ||
2 | "Hati, Alkohol, Kesombongan." "Kanzō, Arukōru, Hokori." (肝臓、アルコール、誇り。) | 16 Januari 2021 |
AA2153 cuba menyampaikan oksigen ke ulser mulut yang diserang oleh bakteria. Dia diselamatkan oleh U-1196 dan sel darah putih yang lain, lalu empunya badan berkumur untuk membuang bakteria. Sel-sel darah putih yang lain menggoda AA2153 ketika mereka menyedari dia tertarik pada U-1196. Kemudian, empunya badan minum minuman beralkohol, menjadikan sel darah merah kemabukan. Sel darah merah yang tua membawa mereka ke hati yang digambarkan sebagai pusat pelacuran, di mana hepatosit memberikan mereka ADH dan kemudian ALDH untuk menyingkirkan racun asetaldehid. Masih dihantui oleh kematian mentornya, AA2153 dengan marah mengatakan bahawa sel darah merah bekerja keras dan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari sementara hepatosit bersenang-lenang, tetapi sel tua itu membawanya ke belakang pentas untuk menunjukkan kepadanya bahawa hepatosit juga stres dan kerja berlebihak. Tidak lama kemudian, seli itu meninggal dunia kerana tua dan dimakan oleh sel Kupffer untuk mengitar semula nutriennya. AA2153 meminta maaf kepada hepatosit, yang memaafkan dan menciumnya, memalukannya ketika U-1196 terserempak mereka dalam keadaan bersama. U-1196 memberi amaran kepada mereka untuk berhati-hati kerana hati berisiko mengalami sirosis. Keesokan harinya, sel darah merah mabuk sekali lagi, kemudian mengeluh ketika badan mengambil alkohol sekali lagi. | ||
3 | "Ereksi, Pemancutan, Kekosongan." "Bokki, Shasei, Kyomu." (勃起、射精、虚無。) | 18 Januari 2021 |
Ketika badan menerima syahwat, AA2153 dipanggil ke organ pembiakan untuk melakukan ereksi. Dia dibuli oleh eritrosit veteran yang memotong barisan dan diselamatkan oleh U-1196. Bersama dua Neutrofil lain, mereka pergi ke testis yang digambarkan sebagai taman asuhan spermatogonia di mana sel Sertoli merawatnya. Kemudian, stres empunya badan menggagalkan ereksi tetapi terdapat pengambilan Sildenafil (Viagra). Pancutan mani tercapai tetapi persetubuhan membenarkan jangkitan oleh bakteria gonorea. | ||
4 | "Barisan Hadapan, Gonococcus, Serangan." "Saizensen, Rinkin, Kattō." (最前線、淋菌、葛藤。) | 18 Januari 2021 |
AA2153 menenangkan beberapa Platelet yang ketakutan dengan jangkitan Gonococci. Setelah beberapa Neutrofil terkorban, pasukan Neutrofil berundur dan berkumpul kembali di nodus limfa, tetapi kapten mereka memberi amaran bahawa Gonorrhea tidak mempunyai peluang untuk sembuh secara semula jadi. Beberapa sel menuduh Neutrofil kerana tidak melakukan tugas mereka. Sementara itu, AA2153 dan rakan sepasukan menyampaikan oksigen ke kawasan terkesan, dan mendapati para Neutrofil sedang dibanjiri dan ditangkap oleh Gonococci. Gonococci menunjukkan bahawa sel-sel lain tidak menghargai Neutrofil dan mencadangkan agar menyertai mereka untuk memusnahkan badan. Apabila mereka menolak, Gonococci hampur membunuh tawanan mereka ketika AA2153 mengalihkan perhatian mereka dengan ucapan tentang bagaimana dia menghargai para Neutrofil. Ketika itu, penisilin diberikan secara lisan, melemahkan dinding sel Gonococci dan berjaya dikalahkan. Neutrofil yang terkorban dibuang sebagai nanah di dalam air kencing. Setelah membaca laporan pertempuran, Sel T menyalahkan Neutrofil atas keadaan badan yang lemah. | ||
5 | "Kerja Berlebihan, Keguguran Rambut, Kekeliruan." "Kajū Rōdō, Datsumō, Sakuran." (過重労働、脱毛、錯乱。) | 23 Januari 2021 |
Neutrofil diserang dengan ketara semasa jangkitan Gonococci sehingga Sel T Pembunuh terlalu banyak bekerja. AA2153 menyampaikan oksigen ke sel-sel matriks rambut dan bertemu dengan U-1196 yang bersenam walaupun tercedera. Walaupun kedua-duanya teringat akan pertempuran antara Neutrofil dengan bakteria dan berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan nyawanya dengan mengalihkan perhatian Gonococci, dia merasa cemas dengan melewati Sel T Pembunuh yang kemudian hilang waras dan menyerang sel rambut setelah disalah anggap sebagai sel barah, menyebabkan rambut mula gugur. AA2153 mengatur sel-sel darah merah untuk menghantar oksigen ke sel rambut, dengan harapan pengekalan rambut. Sel T Pembantu memperburukkan keadaan dengan membebaskan sitokin untuk menjadikan Sel T Pembunuh lebih mengamuk, dan situasi hanya beransur pulih dengan pemberian steroid — digambarkan sebagai robot pertempuran yang menahan Sel T. Selepas itu, AA2153 mempersoalkan tujuan bekerja keras, sementara U-1196 yang sembuh mendengar sel-sel yang bercakap mengenai kejadian dengan Sel T. Akan tetapi, masalah lain timbul, kali ini di saluran kencing. | ||
6 | "Ginjal, Batu Karang, Tangisan." "Jinzō, Nyōro Kesseki, Namida." (腎臓、尿路結石、涙。) | 30 Januari 2021 |
AA2153 pergi ke buah pinggang untuk dimandikan dan mendapati bahawa Glomerulus juga terlalu banyak bekerja dan tertekan, tetapi pemimpin mereka, Gran, enggan membiarkan mereka berehat atau mengeluh, dengan mengatakan ginjal ialah suatu organ senyap. Tubuh memperoleh batu ginjal satu sentimeter yang merobek ureter dan menyebabkan beberapa sel darah hilang dalam air kencing. Suatu tiub dimasukkan melalui uretra yang memecahkan batu itu, tetapi juga membolehkan bakteria menyerang. Sementara Neutrofil menahannya, AA2153 kembali ke ginjal dan mendesak mereka untuk berpindah, tetapi Gran enggan mengizinkannya. Para Glomerulus mula mengeluh. Gran kemudian mengorbankan dirinya untuk melindungi salah satu daripada bakteria sebelum U-1196 dapat membunuhnya. Sebelum dia meninggal, Gran meminta maaf kerana mendorong mereka dengan kuat, tetapi kerja mereka sangat penting bagi tubuh. Neutrofil menghilang sehingga tubuh mengambil antibiotik sehingga bakteria dikalahkan. Ketika Glomerulus menangis atas kematian Gran, AA2153, yang telah menjadi sangat kotor oleh kerana serangan itu, memilih untuk tidak mandi dan terus menghantar oksigen untuk memberi ruang bagi mereka rehat dan membiarkan mereka bersedih. | ||
7 | "Kafeina, Godaan, Kecemburuan." "Kafein, Yūwaku, Shitto." (カフェイン、誘惑、嫉妬。) | 6 Februari 2021 |
Sebilangan tong oksigen yang dihantar berubah menjadi ROS yang merosakkan sebilangan sel dan menyebabkan mereka menyalahkan sel darah merah. AA2153 mendapat penghargaan kerana memberikan oksigen terbanyak daripada kalangan pemula, menyebabkan salah seorang rakannya, AC1677, menjadi cemburu. Kedua-duanya mendapati bahawa rambut belum tumbuh semula lalu menyampaikan oksigen ke sel sebum yang sekarat, tetapi ROS daripada penghantaran AC1677 menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan. Dengan perasaan hasad atas kejayaan AA2153, AC1677 menuruti para veteran yang membuli mereka dan mereka membuatnya ketagih dengan kafein dan arginina lalu meningkatkan tenaganya dan membiarkannya sesuai dengan kecepatan AA2153. AA2153 menolak bahan tersebut dengan menekankan daya dorongan bahan itu yang bersifat sementara. Kemudian, hidung badan berdarah. Ketika sel-sel darah cuba menahan diri dari tersedut keluar, AC1677 hilang tenaga dan kehabisan kudrat. Dia mengakui bahawa AA2153 benar dan mengundurkan diri untuk mati, tetapi AA2153 menyelamatkannya dan mengatakan bahawa memilikinya sebagai teman adalah apa yang mendorongnya untuk berjaya. Kemudian, para pengganggu mengundang AC1677 untuk mengambil kembali ubat-ubatan tersebut, tetapi dia menolaknya setelah mengalahkan ketagihan itu. | ||
8 | "Betis, Embolisme Pulmonari, Fikiran Cepat." "Fukurahagi, Haikessen, Kiten." (ふくらはぎ、肺血栓、機転。) | 14 Februari 2021 |
Sel-sel darah merah kembali ke hati, tetapi memandangkan empunya badan minum alkohol secara berlebihan, hati kelihatan lumpuh dan hepatosit jatuh sakit. Mereka pergi ke betis dan mendapati berlaku masalah trombosis vena dalam. Pembuli berusaha membunuh AA2153 dan AC1677 dengan menendang mereka ke dalam gumpalan darah, tetapi U-1196 menyelamatkan mereka. Gumpalan darah menjadi longgar lalu bergerak ke seluruh badan, membunuh pembuli di sepanjang jalan sehingga menyumbat arteri pulmonari. Badan mula tercekik, tetapi AA2153 memberitahu sel-sel darah merah untuk menggunakan arteri bronkus sebagai jalan alternatif ke paru-paru, yang memungkinkan mereka menjaga paru-paru sehingga gumpalan larut. U-1196 memberitahu AA2153 bahawa dia ialah wira pada hari itu. Kemudian, U-1196 terus melakukan rondaan dan terkejut apabila mendapati semua sel imun yang lain hilang. | ||
9 | "Kekecohan, Kaki Makan Air, Erti Bekerja." "Ihen, Mizumushi, Hataraku Imi." (異変、水虫、働く意味。) | 21 Februari 2021 |
AA2153 mendapati alat kelamin dijangkiti kurap dan jumlah sperma yang rendah. U-1196 memberi amaran bahawa jumlah sel darah putih adalah rendah dan AA2153 mendapati jumlah sel darah merah juga rendah. AA2153 ditugaskan untuk menjadi mentor bagi beberapa sel darah merah pemula, tetapi ini menyebabkan dia ketinggalan dalam penghantaran oksigen dan sel-sel mula mengeluh. Dia dan AC1677 pergi ke kaki, tetapi mendapati ada masalah kaki makan air. U-1196 dan sandarannya, dua Neutrofil yang lain, memerangi kurap, tetapi mengalami kesukaran sehingga empunya badan merawat jangkitan dengan butenafina hidroklorida. Sel-sel imun yang letih kemudian diperintahkan untuk memerangi kurap di tempat lain. AA2153 menjadi terobsesi dengan meniru etika kerja U-1196 lalu membuat dirinya bekerja sekuat mungkin dalam penghantarannya. AC1677 memaksanya berhenti dan berehat sambil menunjukkan bahawa badan kekal berfungsi tanpa mereka. | ||
10 | "Ulser Perut, Persahabatan, Kehilangan." "Ikaiyō, Yūjō, Sōshitsu." (胃潰瘍、友情、喪失。) | 28 Februari 2021 |
Tubuh mengalami ulser perut, dan sel darah merah dipanggil untuk membekalkan oksigen dan nutrien sehingga perut dapat diperbaiki. Apabila beberapa sel darah merah mati akibat percikan asid perut, AC1677 melarikan diri dalam ketakutan, tetapi akhirnya kembali. Ulser dikatakan berpunca daripada H. pylori, jadi U-1196 dan para Neutrofil bertarung dengannya. Pertempuran menyebabkan gegaran dan kaki AA2153 cedera akibat percikan asid perut. AC1677 menariknya, tetapi terjatuh ke dalam asid perut dan mati. AA2153 hilang akal dan menegaskan rakannya tidak mati, sehingga sel gastrik menenangkannya. Tubuh mengambil Clarithromycin untuk menghentikan jangkitan. AA2153 begitu tertekan sehingga dia melewati U-1196 tanpa memberi salam kepadanya, lalu dia memperhatikan kaca matanya yang dibuang. AA2153 berselindung di apartmennya dan enggan bekerja. | ||
11 | "Terdesak, Gout, Berontak." "Jibōjiki, Tsūfū, Hanran." (自暴自棄、痛風、反乱。) | 7 Mac 2021 |
Sebutir kristal besar muncul di jari kaki. Menyangka kristal itu sebagai kuman, sel-sel imun menyerang, tetapi tidak dapat merosakkannya dan hanya merosakkan persekitaran serta menyebabkan keradangan. AA2153 mengembara tanpa tujuan, dan dengan putus asa, dia pergi ke limpa dan meminta dibunuh, tetapi ditolak dan diperintahkan kembali bekerja. Sel-sel menyedari kristal itu ialah asid urik dan empunya badan sedang menderita gout. AA2153 tiba dan mengumpulkan sel-sel untuk menyerang tubuh sehingga empunya mendengarnya lalu menghentikan gaya hidupnya yang tidak sihat. Ketika dia mula mencederakan dirinya sendiri, U-1196 memeluknya dan memintanya untuk berhenti. Dia mengembalikan kaca matanya dan mengatakan bahawa bukan salahnya AC1677 mati, dan mereka harus menghormati rakan mereka yang maut dengan memulihkan badan. Semasa dia menangis, empunya badan mengambil kolkisina untuk merawat keradangan. Sementara itu, beberapa saluran darah tersumbat oleh kolesterol dan darah beku yang penuh dengan sel mati. | ||
12 | "Kepulangan, Jantung, Kematian." "Fukki, Shinzō, Shūen." (復帰、心臓、終焉。) | 14 Mac 2021 |
AA2153 akhirnya kembali bekerja dan meneruskan latihan sebagai pemula. Ketika mereka melalui perut, dia trauma ketika teringat tentang apa yang terjadi pada AC1677, tetapi bersorak gembira ketika sel gastrik mengingatnya dan mengatakan dia gembira bahawa dia baik-baik saja, menyebabkan dia bekerja dengan penuh semangat. Saluran darah telah pecah dan penuh dengan plak, memaksa platelet untuk membaiki saluran dan menghalang sel darah merah. Akhirnya, arteri koronari tersumbat sepenuhnya. Dengan tubuh mengalami serangan jantung akibat kekurangan oksigen, sel-sel otak mengumumkan bahawa semua orang boleh berhenti bekerja kerana tubuh akan hampir mati. Sel-sel mulai merusuh. Walaupun U-1196 berusaha membuat semua orang terus bekerja dan AA2153 dengan panik berusaha mendapatkan oksigen ke jantung, jantung berhenti dan fungsi badan ditutup. | ||
13 | "Serangan Jantung, Pemulihan, Perubahan." "Shinkinkōsoku, Sosei, Henka." (心筋梗塞、蘇生、変化。) | 21 Mac 2021 |
Tubuh menerima tekanan dada dan renjatan ke jantung. Sel-sel kemudian menyorak kepada jantung untuk berfungsi semula kecuali sel darah merah veteran yang bosan bekerja. Jantung dikejutkan oleh defibrilator dan berfungsi semula. Arteri koronari mendapat sten yang dimasukkan untuk membersihkan penyumbatan, membolehkan darah beredar lagi. Sel darah merah menghantar oksigen ke semua sel badan untuk menyelamatkannya. Setelah itu, AA2153 mengenangkan perjalanan hidupnya dan bertemu dengan U-1196 ketika mereka memperhatikan bahawa empunya badan telah memperelok perbuatannya, dengan empunya badan telah berhenti merokok, minum alkohol dan makan makanan yang tidak baik, menjadikan badan lebih sihat dan kurang tertekan. U-1196 berkata bahawa AA2153 telah matang dan AA2153 mengatakan bahawa dia selalu mengagumi U-1196, membuat mereka tersipu malu. Selepas penutup, badan dicucuk oleh jarum suntik yang menyedut sel darah ke dalamnya, termasuk AA2153 dan U-1196. Mereka bangun dan merasa ngeri kerana mendapati diri mereka berada dalam badan baharu yang lebih kotor daripada badan asal. |
Sebuah novel ringan Shōsetsu Hataraku Saibō (小説 はたらく細胞) telah diterbitkan pada 12 Julai 2018 oleh pihak Kodansha. Novel ini ditulis oleh Yui Tokiumi dengan ilustrasi Akane Shimizu.
Rebecca Silverman daripada Anime News Network memaparkan aspek pendidikan manga meskipun terdapat kelemahan dalam penyampaian maklumat, dan akhirnya mendapati manga tersebut menghiburkan dengan watak-watak yang disukai ramai. Sean Gaffney daripada Manga Bookshelf menggelarkannya "manga shonen aksi yang sangat menyeronokkan", memuji unsur karut-marut dan humor dalam manga tersebut.
Buku panduan Kono Manga ga Sugoi! 2016 menyenaraikan manga ini sebagai manga ketujuh teratas untuk pembaca lelaki. Paul Gravett menyertakan manga tersebut dalam senarai "22 Komik, Novel Grafik & Manga Teratas" bagi Oktober 2016. Setakat Julai 2017, manga tersebut sudah dicetak melebihi 1.3 juta naskhah. Manga ini sudah tercetak melebihi 1.5 juta naskhah setakat Januari 2018.
Dr. Satoru Otsuka, felo pasca-kedoktoran di jabatan neuroonkologi molekular di Sekolah Perubatan Universiti Emory di Atlanta, Georgia, memuji perwakilan sel-sel kanser dalam episod ketujuh siri ini. Guru-guru biologi di sebuah sekolah menengah yang bersekutu dengan Universiti Barat Daya China begitu kagum akan ketepatan siri tersebut sehinggakan mereka menjadikannya sebagai kerja rumah untuk para pelajar mereka.