Claudio Ranieri

Claudio Ranieri
Ranieri bersama Inter Milan pada tahun 2011
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1951-10-20) 20 Oktober 1951 (umur 72)
Tempat lahir Rome, Itali
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sampdoria (pengurus)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973–1974 Roma 6 (0)
1974–1982 Catanzaro 225 (8)
1982–1984 Catania 92 (1)
1984–1986 Palermo 40 (0)
Jumlah 363 (9)
Pasukan diurus
1986–1987 Lametini
1987–1988 Puteolana
1988–1991 Cagliari
1991–1993 Napoli
1993–1997 Fiorentina
1997–1999 Valencia
1999–2000 Atlético Madrid
2000–2004 Chelsea
2004–2005 Valencia
2007 Parma
2007–2009 Juventus
2009–2011 Roma
2011–2012 Internazionale
2012–2014 Monaco
2014 Greece
2015–2017 Leicester City
2017–2018 Nantes
2018–2019 Fulham
2019 Roma
2019– Sampdoria
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Claudio Ranieri (sebutan bahasa Itali: ; lahir 20 Oktober 1951) merupakan bekas pemain dan kini pengurus bolasepak bagi pasukan Sampdoria.

Beliau memulakan kareernya di liga rendah di Itali pada lewat 1980'an dan berjaya mendapat nama ketika di Cagliari, di mana beliau membimbing pasukan ini dari Serie CI ke Serie A dalam beberapa musim berturut-turut. Beliau kemudiannya menguruskan Napoli, di mana pasukan ini berjaya mara ke Piala UEFA, tetapi dipecat pada musim berikutnya. Pada 1993, beliau menyertai Fiorentina dan membimbing pasukan ini untuk mara ke Serie A, juga memenangi Coppa Italia dan Supercoppa Italiana pada 1996. Pada 1997, beliau ke Sepanyol untuk menguruskan Valencia, berjaya memenangi Copa del Rey dan UEFA Intertoto Cup, berjaya membawa pasukan mara ke Liga Juara-Juara Eropah sebelum menguruskan Atletico Madrid. Pada tahun 2000, beliau berhijrah ke England untuk menguruskan Chelsea, menduduki tempat kedua pada tahun 2004 dibelakang 'Invicibles' Arsenal dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim yang sama. Beliau dipecat pada Mei tahun itu oleh pemilik kelab, Roman Abramovich.

Selepas kembali menguruskan Valencia di Sepanyol, beliau pulang ke Itali pada 2007, menguruskan 4 buah kelab iaitu Parma, Juventus, Roma dan Inter Milan. Pada 2012, beliau dilantik menjadi pengurus pasukan Perancis, Monaco, di mana beliau membimbing pasukan itu untuk mara memenangi Ligue 2 pada musim pertama dan menduduki kedudukan kedua Ligue 1 pada musim kedua beliau bersama kelab tersebut. Ranieri kemudiannya menguruskan pasukan kebangsaan Greek sebelum kembali ke England pada tahun 2015 untuk menjadi pengurus Leicester City. Beliau berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris 2015-16, dan dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Musim 2015-16 dan Pengurus Tahunan LMA.

Pautan luar