Crystal Palace ("Istana Kristal" dalam bahasa Inggeris) ialah bangunan besi tuang dan gelas yang terdahulunya didirikan di Taman Hyde, London, England, untuk merumahkan Pameran Besar 1851. Lebih daripada 14,000 pemamer dari seluruh dunia berkumpul di ruang pameran 990,000 kaki persegi (92,000 m2) istana ini untuk menunjuk cara contoh-contoh teknologi terbaru yang dibangunkan sewaktu Revolusi Perindustrian. Direkabentuk oleh Joseph Paxton, bangunan Pameran Besar adalah 1,851 kaki (564 m) panjang, dengan ketinggian bahagian dalam 108 kaki (33 m).
Selepas pameran, bangunan ini telah dipindahkan ke sebuah taman yang baru dalam kawasan atas, sihat dan berpengaruh London yang dipanggil Bukit Sydenham, sebuah kawasan yang tidak banyak berubah hari ini dari subbandar berduit penuh dengan vila besar yang wujud sewaktu puncaknya di zaman Victoria. Crystal Palace telah dibesarkan dan berdiri di kawasan tersebut dari 1854 hingga ke 1936, apabila ia telah dimusnahkan oleh kebakaran. Ia menarik perhatian beribu-ribu pelawat dari semua darjat masyarakat. Nama Crystal Palace (majalah satira Punch biasanya mendapat penghargaan untuk penciptaan frasa itu) telah kemudian digunakan untuk menandakan kawasan selatan London ini dan taman yang mengelilingi tapak itu, rumah kepada Pusat Sukan Kebangsaan Crystal Palace.
The term 'Crystal Palace' was first applied to Paxton's building by Punch in its issue of 2nd November 1850.) Punch pada awalnya berpihak dengan The Times menentang cadangan tersendiri jawatankuasa Pameran yang mecadangkan struktur batu-bata tetap, tetapi mencirikan Crystal Palace secara mendalam di sepanjang 1851 (contohnya dalam "Punch Issue 502". menyertakan rencana "Travels into the Interior of the Crystal Palace" pada Februari 1851). Nama terdahulunya telah pun hilang, menurut dengan "Everything2 Crystal Palace Exhibition Building Design #251". 2003.. Meskipun demikian, penggunaan nama ini oleh Punch mendahului suatu rujukan dalam The Leader, no. 17, 20 Julai 1850 (m/s. 1): "Dalam lebih daripada satu negara kita memerhatikan persediaan aktif pada pengiriman perwakilan perdagangan dan perindustrian untuk mengambilkan tempat mereka dalam Crystal Palace yang mana En. Paxton bina untuk Pameran 1851." Sumber: pangkalan data British Periodicals atau Nineteenth Century Serials Edition
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan dukemag
tidak disediakanWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Crystal Palace. |