Daerah Kabong | |
---|---|
Koordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°EKoordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Betong |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Pejabat Daerah Kabong |
Keluasan | |
• Jumlah | 799 km2 (308 batu persegi) |
Aras | 5 m (16 ft) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 12,181 |
• Kepadatan | 15/km2 (39/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Daerah Kabong ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Melayu.
Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Kabong. Daerah Kabong mempunyai keluasan lebih/kurang 799 kilometer persegi (79,900.0 he) yang juga merupakan daerah ketiga terbesar dalam Bahagian Betong. Terdapat satu daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Daerah Kecil Roban.
Sebelum Daerah Kabong dinaik taraf ke daerah penuh, ia merupakan salah satu daerah kecil yang dibawah pentadbiran Daerah Saratok yang mempunyai keluasan lebih/kurang 398.14 kilometer persegi (153.7 bt2). Pada era pemerintahan Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Haji Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan, Daerah Kecil Kabong telah dinaiktaraf kepada daerah penuh dan berpisah sepenuhnya daripada Daerah Saratok. Kini, Daerah Saratok menjadi tinggalan Tok Nan yang bakal mencatatkan dalam sejarah Daerah Kabong.
Daerah Kabong secara keseluruhannya ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Kabong dan Majlis Daerah Kabong. Petempatan di Daerah Kabong mempunyai 26 buah rumah panjang Iban dan 27 buah perkampungan Melayu. Kampung-kampung dan rumah panjang di Daerah Kabong dipimpin oleh seorang ketua kaum (ketua kampung; tuai rumah) yang menjadi wakil kepada kerajaan. Daerah Kabong dipimpin oleh seorang pegawai daerah; pemegang jawatan terkini ialah Mohd. Rashdan Bin Haji Hazemi. Dari segi politik, Daerah Kabong mempunyai kawasan pilihan raya negeri tersendiri yang diberi nama yang sama, Kabong yang dibawah parlimen Saratok. ADUN Kabong ialah Mohd Chee Kadir.
Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kabong ialah seramai 12,181 orang. Kebanyakannya Penduduk di Daerah Kabong beretnik Melayu, dengan jumlah 9,657 orang, kemudian diikuti dengan etnik Iban (2,170 orang), Cina (205 orang), Melanau (68 orang), Melanau (44 orang), Bumiputera Lain (37 orang), etnik lain-lain (19 orang), Bidayuh (8 orang) dan paling sedikit ialah etnik India, empat orang.
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 12,168 | Melayu | 9,657 |
2 | Iban | 2,170 | ||
3 | Bidayuh | 8 | ||
4 | Melanau | 68 | ||
5 | Bumiputera Lain | 37 | ||
6 | Cina | 205 | ||
7 | India | 4 | ||
8 | Lain-lain | 19 | ||
9 | Bukan warganegara | 13 | Tiada data | 13 |