Badan induk tertinggi | Persekutuan Sukan Damak Sedunia |
---|---|
Pertama kali dimainkan | sekitar tahun 1860-an di United Kingdom |
Pemain berdaftar | 655 yang berdaftar dengan WDF 679 yang berdaftar dengan PDPA |
Ciri-ciri | |
Ahli pasukan | Ada |
Jantina bercampur | Tiada |
Jenis | persis, perseorangan |
Peralatan | 3 set damak, papan damak |
Sukan damak ialah suatu sukan di mana anak panah yang kontot dan kecil (dipanggil damak) dibaling agar mengena sasaran pada papan khas yang dipasangkan pada dinding.
Sebelum zaman Perang Dunia Pertama, papan damak dihasilkan daripada bongkah kayu, biasanya daripada jenis elm. Papan sebegini dirawat semalaman selepas bermain agar permukaan dapat dipulihkan lalu dapat digunakan semula pada keesokan harinya; kerja ini sangat rumit dilakukan. Kini papan damak lebih diperbuat daripada gentian sisal, gabus atau gulungan kertas tebal.
Papan jenis elektronik mula dikembangkan pada tahun 1970-an dengan pemasangan kepada komputer; data damak yang dibaling dilalukan daripada kepingan besi yang mengesan hentaman damak (berhujung plastik) pada papapn tersebut.
Anak panah dahulunya diperbuat sepenuhnya daripada kayu dengan kepingan plumbum sebagai pemberat dan dilekatkan ram bulu pelepah, alatan sedemikian biasanya diimport dari Perancis. Bahan buatannya lama-kelamaan beralih kepada loyang dan seterusnya plastik, di mana ram dan batang anak panah cenderung dihasilkan berasingan sebelum dipasang bersama.
Permainan ini bisa dimainkan dalam pelbagai cara dan format. Walau bagaimanapun, mata dalam perlawanan rasmi dikira berdasarkan kedudukan balingan damak: