Qin 秦 | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
221 SM–207 SM | |||||||||||||||
Cap mohor | |||||||||||||||
Ibu negara | Xian Yang 咸阳 | ||||||||||||||
Agama | Agama rakyat Cina | ||||||||||||||
Kerajaan | Raja mutlak | ||||||||||||||
Maharaja | |||||||||||||||
• 221–210 SM | Qin Shi Huang | ||||||||||||||
• 210–207 SM | Qin Er Shi | ||||||||||||||
Raja | |||||||||||||||
• 207 SM | Ying Zi Ying | ||||||||||||||
Cheng Xiang | |||||||||||||||
• 221–208 SM | Li Si | ||||||||||||||
• 208–207 SM | Zhao Gao | ||||||||||||||
Badan perundangan | Legalisme | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
• Didirikan | 221 SM | ||||||||||||||
• Dibubarkan | 207 SM | ||||||||||||||
Mata wang | Ban Liang 半两 | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari |
Sejarah China | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
PURBA | |||||||
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja | |||||||
Dinasti Xia 2100–1600 BCE | |||||||
Dinasti Shang 1600–1046 BCE | |||||||
Dinasti Zhou 1045–256 BCE | |||||||
Zhou Barat | |||||||
Zhou Timur | |||||||
Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh | |||||||
Zaman Negara Berperang | |||||||
Maharaja | |||||||
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE | |||||||
Dinasti Han 206 BCE–220 CE | |||||||
Han Barat | |||||||
Dinasti Xin | |||||||
Han Timur | |||||||
Tiga Kerajaan 220–280 | |||||||
Wei, Shu & Wu | |||||||
Dinasti Jin 265–420 | |||||||
Jin Barat | 16 Kerajaan 304–439 | ||||||
Jin Timur | |||||||
Dinasti-dinasti Utara & Selatan 420–589 | |||||||
Dinasti Sui 581–618 | |||||||
Dinasti Tang 618–907 | |||||||
( Zhou Kedua 690–705 ) | |||||||
5 Dinasti & 10 Kerajaan 907–960 |
Dinasti Liao 907–1125 | ||||||
Dinasti Song 960–1279 |
|||||||
Song Utara | Xia Barat | ||||||
Song Selatan | Jin | ||||||
Dinasti Yuan 1271–1368 | |||||||
Dinasti Ming 1368–1644 | |||||||
Dinasti Qing 1644–1911 | |||||||
MODEN | |||||||
Republik China 1912–1949 | |||||||
Republik Rakyat China 1949–kini |
Republik China (Taiwan) 1945–kini | ||||||
Dinasti Qin (Hanzi: 秦朝; pinyin: Qín Cháo; Wade-Giles: Ch'in2 Ch'ao2; IPA: ) merujuk kepada sebuah dinasti di atas tanah Zhong Yuan (中原 ; nama kepada tanah China) pada era Empayar Qin yang berwujud dari tahun 221SM hingga 207 SM.
Ia bermula selepas penamatan Zaman Negara Berperang (战国时代) dan permulaan era Empayar Qin pada 221 SM. Ia dapat menguasai seluruh Zhong Yuan, kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang tidak pernah dilakukan sebelumnya dalam sejarah China.
Ia diasaskan oleh Raja Ying Zheng dari Negara Qin (Qin Shi Huang), selepas kehancuran Dinasti Zhou pada tahun 256 SM oleh Qin Zhuang Xiang Wang (秦庄襄王 ; ayahanda Qin Shi Huang) dan menyatukan semua 7 Negara Besar dengan menghapuskan 6 negara selain Negara Qin yang direka semula sebagai Empayar Qin pada tahun 221 SM dan menamatkan Zaman Negara Berperang. Raja Ying Zheng kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai "Maharaja Mulia Pertama" kepada empayar ini yang menyebabkan permulaan "Dinasti Qin".
Oleh kerana nama keluarga diraja kepada empayar ini bernama "Ying (嬴)", empayar ini juga dikenali dengan nama "Ying Qin (嬴秦)".
Sebagai sebuah empayar, Qin berusaha untuk membuat empayar dengan kekuatan kuasa politik dan ekonomi yang stabil membolehkannya untuk menjadikan angkatan tentera yang besar. Qin, seperti Rom purba, percaya empayar mereka merangkumi seluruh dunia, merujuk kepada konsep "Tian Xia (天下 ; segalanya yang berada di bawah langit/syurga)".
Pusat pentadbiran Qin berusaha mengurangkan peranan aristokrat dan pemilik tanah serta memiliki penguasaan terus terhadap rakyat yang mempunyai populasi terbanyak dan menguasai penguasaan kuasa buruh yang besar. Ini membolehkan kerajaan untuk membuat projek yang besar seperti Tembok Besar China yang ketika itu dibina di sebelah utara kerajaan.
Namun, mereka menguna ramai orang hamba yang merupakan orang dari negara yang telah "dimakan" oleh Negara Qin untuk menjalankan pelbagai projek pembinaan tersebut. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan tentera Qin yang mengawal mereka akan dihukum mati. Jadi, mereka berasa benci terhadap kerajaan Qin.
Empayar Qin telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dengan Legalisme oleh Shang Yang pada abad ke-4 SM semasa Zaman Negara Berperang seperti timbangan, jisim, ukuran serta hanya satu jenis tulisan yang boleh digunakan dalam negara ini.
Mata wang rasmi kepada negara ini ialah Ban Liang (半两) yang berdasar dari Negara Qin. Hanya mata wang rasmi negara ini yang boleh digunakan dalam negara ini.
Untuk memastikan kestabilan dan kekuatan yang mutlak, sebuah cubaan untuk memusnahkan semua kesan dinasti-dinasti lama dan ajaran agama, ia telah membakar banyak buku agama dan sejarah serta membunuh ramai sarjana yang telah diharamkan oleh Qin Shi Huang, secara besar-besaran. Tentera Qin juga lebih maju daripada segi kegunaan senjata, kenderaan peperangan dan taktik ketenteraan untuk mengukuhkan kerajaan.
Walaupun ia mempunyai angkatan tentera yang kuat, Dinasti Qin ini tidak hidup lama. Selepas Maharaja Mulia Pertama mangkat pada 210 SM, Penasihat Kereta (中车府令 ; penjaga kepada Surat Arahan Maharaja ; Surat Arahan Maharaja = Zhao Ling Wen Shu 诏令文书, lebih dikenali sebagai "Sheng Zhi 圣旨") baginda Zhao Gao (赵高 ; juga tok guru kepada Ying Hu Hai (嬴胡亥), anakanda termuda Qin Shi Huang) dan Cheng Xiang (丞相 ; ketua kepada semua menteri) baginda Li Si (李斯) telah merancang dan berjaya untuk membunuh anakanda pertama Qin Shi Huang, Fu Su (扶苏) dan menjadikan Ying Hu Hai sebagai Maharaja Qin Kedua dengan nama pemerintahan "Qin Er Shi (秦二世)" yang mengarahkan semua abang dan kakak baginda dihukum mati.
Pada tahun 208 SM, Zhao Gao telah menjadi Cheng Xiang Empayar Qin selepas kematian Li Si. Satu tahun kemudian, Qin Er Shi telah diganti oleh Ying Zi Ying (嬴子婴) sebagai Raja Empayar Qin yang merupakan pemimpin Dinasti Qin yang ketiga pada 207 SM. Selepas itu, Zhao Gao dan semua ahli kelurga beliau telah dibunuh atas arahan Ying Zi Ying kerana ketua negara ketiga ini tidak percaya Zhao Gao.
Pada akhir tahun 207 SM, 46 hari selepas Ying Zi Ying menjadi ketua kerajaan ketiga, Empayar Qin telah jatuh di tangan Liu Bang (刘邦) dari Negara Chu dan menamatkan era Dinasti Qin. Empayar Qin kemudian dipecah kepada 18 negara yang baru. Pada Januari 206 SM, 1 bulan selepas kehancuran Empayar Qin, Ying Zi Ying bersama dengan semua ahli kelurga diraja Qin yang masih hidup pada masa itu dibakar mati dalam Istana Xian Yang (咸阳宫).
|editors=
ignored (bantuan)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dinasti Qin |
Didahului oleh Dinasti Zhou |
Dinasti Qin 221–206 SM |
Diikuti oleh: Dinasti Han |