Feta | |
---|---|
Negara asal | Yunani |
Sumber susu | BebiriKambing |
Dipasteurkan | Tergantung variasinya |
Tekstur | Lembut |
Kandungan lemak | 45% |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,103 kJ (264 kcal) |
Karbohidrat | 4 g |
Lemak | 21 g |
Protein | 14 g |
Vitamin A | 422 IU |
Riboflavin (vit. B2) | 0.84 mg (70%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.97 mg (19%) |
Vitamin B6 | 0.42 mg (32%) |
Vitamin B12 | 1.7 μg (71%) |
Kalsium | 493 mg (49%) |
Natrium | 1116 mg (74%) |
Zink | 2.9 mg (31%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Feta (Yunani: φέτα, rumi: féta ) adalah keju yang istimewa dihasilkan di Yunani yang dibuat dengan menggunakan susu bebiri yang dipasteurkan dan kadangkalanya ditambahkan susu kambing. Keju Feta telah dihasilkan sejak zaman purbakala dan telah menyebar ke seluruh rantau Balkan.
Keju ini tidak memiliki kulit dan memiliki konsistensi yang padat. Feta memiliki warna yang putih dan disimpan dalam air bergaram atapun air dadih yang terserap menjadikan rasa keju ini sangat masin. Ketulan atau potongan keju yang hendak dimakan hendaklah direndam dalam air dingin ataupun susu selama beberapa minit untuk menghilang kemasinan tersebut. Keju ini boleh dimakan segar dengan minyak zaitun ataupun dalam sandwic malah juga boleh dimasak termasuk dibakar.
Nama keju ini serapan bahasa Itali fetta turunan bahasa Latin offa "potongan". kerana sifatnya yang dipotong-potong muat balang-balang sebelum dijual; nama ini meluas sejak abad ke-19. Nama keju ini juga diusulkan dari kata "fetas" dalam bahasa Yunani yang berarti "cakera".
Undang-undang dagang Kesatuan Eropah 2002 mengaturkan feta sebagai suatu barang dagang yang dilindungi asal-usulnya (protected designation of origin) di 27 negara anggota di mana nama "feta" hanya dibenarkan untuk keju yang dihasilkan khususnya di tanah besar Yunani and pulau Lesbos berasaskan susu bebiri tulen atau dicampurkan susu kambing setempat sehingga sebanyak 30%.
Homeros dalam karya Odýsseia nukilan beliau mengisahkan mengenai seorang gergasi bernama Polyphemos membuat keju kambing yang dijemur-jemurkan; keju ini difikirkan kononnya duluan kepada keju feta yang ada sekarang. Keju ini sendirinya wujud hasil perkembangan para penggembala kambing di Yunani mengusahakan ternakan mereka.
Every summer, from time immemorial, shepherds have brought their flocks to the high pastures of the Pindos Mountains in the northwest corner of Greece. Milk, feta cheese, and the meat from the lambs are the shepherds' principal source of income.