Hutan hujan tropika merupakan jenis sistem eko yang wujud secara kasarnya dalam garis lintang 28 darjah utara atau selatan garis khatulistiwa (dalam zon khatulistiwa antara Garisan Sartan dan Garisan Jadi).Hutan hujan tropika merangkumi 10 peratus daripada kawasan darat bumi . Sistem eko ini mengalami suhu purata tinggi dan sejumlah besar hujan. Hutan hujan boleh didapati di Asia, Australia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico dan kebanyakan kepulauan Pasifik, Caribbean dan Lautan Hindi. Dalam pengelasan biome Tabung Kehidupan Liar Sedunia, hutan hujan tropika sering dianggap sebagai jenis hutan basah tropika (atau hutan daun lebar lembap tropika) dan mungkin juga dirujuk sebagai hutan hujan malar hijau khatulistiwa tanah rendah.
Overview
Hutan hujan tropika boleh dicirikan dalam dua perkataan: panas dan basah. Suhu purata bulanan melebihi 18 °C (64 °F) semasa sepanjang bulan setahun. Purata hujan tahunan tidak kurang dari 168 cm (66 in) dan boleh melebihi 1,000 cm (390 in) sungguhpun ia biasanya terletak antara 175 cm (69 in) dan 200 cm (79 in). Kelembapan tahap tinggi ini sering kali menghasilkan keadaan tanah yang tidak subur akibat baja boleh larut dihanyutkan air.
^Mohd.Jani, Ismail Ahmad Yaakob (1994). TUMBUH-TUMBUHAN dan PERSEKITARAN Satu Perspektif Geografi. Ampang Hulu Klang Selangor Dahrul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 19. ISBN983-62-3991-X. line feed character in |title= at position 34 (bantuan)
^Newman, Arnold. The Tropical Rainforest : A World Survey of Our Most Valuable Endangered Habitat : With a Blueprint for Its Survival. New York: Checkmark, 2002. Print.