Ibrahim Sani | |
---|---|
Kelahiran | Ibrahim Sani Asnan Bin Mohamad 9 Julai 1984 Johor Bahru, Malaysia |
Pendidikan | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ijazah sarjana Perakaunan) |
Pekerjaan | Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera |
Majikan |
|
Televisyen | Notepad with Ibrahim Sani, Agenda AWANI, Niaga AWANI |
Ibrahim Sani (lahir 9 Julai 1984) adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
Ibrahim Sani merupakan bekas Perbankan Pelaburan di CIMB dan juga bekas Penerbit Eksekutif di Astro Awani.
Ibrahim Sani dilahirkan di Johor Bahru Malaysia pada 1984.
Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ibrahim memulakan kerjayanya di Hong Leong Bank, sebelum berpindah ke CIMB. Kedua-duanya sebagai seorang perbankan pelaburan.
Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Peneraju sejak 2023. Yayasan Peneraju merupakan sebuah agensi persekutuan di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia.
Sebelum ini, sebagai penerbit eksekutif TV, Ibrahim telah menemuramah pelbagai tokoh-tokoh penting negara dan juga ketua-ketua syarikat besar di Malaysia.
Pada tahun 2015, Ibrahim menemuramah Ketua Eksekutif syarikat 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di stesyen bisnes radio BFM 89.9, di mana Arul menolak semua dakwaan jenayah yang berlaku di syarikat itu, termasuk mengubah laporan audit 1MDB. Arul Kanda mendakwa orang ramai 'enggan mahu mendengar penerangan 1MDB kerana penerangan yang diberikan adalah membosankan'. Namun demikian, penolakan dakwaan berkenaan telah dibuktikan tidak benar. Arul Kanda masih meneruskan pendakwaan terhadap dirinya di mahkamah tertinggi Malaysia sehingga kini.
Temuramah Ibrahim selalunya adalah bersama dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbesar Malaysia, seperti dengan PETRONAS", dan Principal Financial Group , atau dengan Pusat Penyelidikan Telekom Malaysia, dan juga dengan Sime Darby Property.
Beliau juga sering menemuramah syarikat dari industri Perbankan dan industri insurans seperti dengan Liberty Mutual, dan juga Bank Islam Malaysia.
Ibrahim juga kerap menemuramah syarikat-syarikat pemula dan saiz sederhana seperti syarikat sewa kereta Sooka, atau dengan Kenanga Futures , dan syarikat Pemasaran Malaysia - Dattel Asia.
Antara temuramah-temuramah yang Ibrahim telah adakan dengan penjawat-penjawat awam adalah seperti dengan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bekas Menteri undang-undang Nancy Shukri, serta ahli-ahli akademik dan aktivis seperti dengan Universiti Oxford Blavatnik School of Government, serta Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dzulkifli Abdul Razak, dan juga pusat penyelidikan awam REFSA.
Ibrahim kerap dijemput sebagai speaker di pelbagai badan-badan berkanun seperti di latihan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, the Securities Industry Development Corporation (SIDC), serta di Bursa Malaysia, dan juga syarikat insurans Fi Life. Sebelum ini, beliau merupakan seorang speaker di Institut Akauntan Malaysia.
Beliau juga sering menjadi speaker di konferens Perhubungan awam seperti di konferens Asia 'Marketing Interactive Conference'.
Pelantikan Ibrahim sebagai CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera .
Kerjaya Ibrahim sering dipetik media, seperti dipetik oleh Mediacorp berkenaan dengan Pilihan raya umum Malaysia 2022, dan juga oleh Sinar Harian berkenaan dengan proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat.
Beliau juga sering dipetik media teknologi seperti Soya Cincau tentang 5G, The Star (Malaysia) dan The Sun (Malaysia) tentang isu semikonduktor, Beliau juga pernah dipetik laman gosip World Of Buzz, berkenaan dengan aktiviti Twitter bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Ibrahim adalah bekas Mentor PwC bagi para usahawan Malaysia.
Ibrahim Sani menetap di Kuala Lumpur bersama anak-anaknya. Sewaktu beliau seorang belia, beliau adalah pendebat antarabangsa.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Ibrahim Sani. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Ibrahim Sani |