Iguana | |
---|---|
Iguana hijau (Iguana iguana) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | Iguana Laurenti, 1768
|
Spesies | |
|
Iguana adalah sejenis biawak yang hidup di kawasan tropika Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan Caribbean. Ia pertama kali dihuraikan oleh ahli alamiah Austria, Josephus Nicolaus Laurenti pada tahun 1768. Terdapat dua genus Iguana yang berbeza: iguana hijau yang popular sebagai haiwan peliharaan dan iguana Antillen Kecil yang diancam kepupusan.
Istilah "iguana" diketahui kemungkinan berasal dari ungkapan bahasa Taíno iwanana yang juga merujuk pada kadal-kadal ini.
Panjang tubuh iguana antara 1.5 meter hingga 1.8 meter, termasuk panjang ekor. Ciri khas dari iguana adalah jambul (seperti pada ayam jantan) di bawah rahang serta deretan sisik membentuk duri besar di bahagian atas tubuhnya yang berjejer dari leher hingga ke pangkal ekor. Warna hijau yang tampil pada tubuh iguana berbeza-beza baik yang hijau terang, keperangan, lumut, kekuningan atau kekelabuan atau perang keemasan.
Ekor iguana berwarna sama dengan tubuh dan dihiasi dengan belang-belang hitam atau gelap dari pangkal hingga hujung ekor.
Iguana jantan mempunyai liang-liang khas di bawah kaki belakang yang merembeskan bahan berbau yang menarik pasangan betina.
Iguana memiliki organ tubuh mirip mata pada bahagian atas kepala yang berfungsi untuk mengesan cahaya di sekitarnya.
Ia unik dengan adanya jantung yang ganjil di mana terdapat tiga ruang: 2 atrium, 1 ventrikel dan 1 aorta yang mengepam darah dalam suatu sistem peredaran.
Iguana telah beradaptasi dengan baik sebagai pemakanan tumbuhan sepenuhnya. Akan tetapi, gizi masih ada juga yang diperolehi dari haiwan, biasanya melalui memakan serangga kecil yang ada pada tumbuhan yang dimakan.
Daging iguana sering dijadikan bahan makanan dalam masyarakat-masyarakat Mexico dan Amerika Tengah sampailah sejauh selatan Amerika Syarikat dan Puerto Rico; iguana hijau merupakan jenis yang lebih digemari dagingnya.
Telur haiwan ini dimakan di negara-negara Latin tertentu seperti Nicaragua dan Colombia.
Iguana hijau khususnya menjadi spesies pilihan haiwan peliharaan, namun memerlukan penjagaan yang sangat berat mementingkan pemakanan dan suhu persekitaran; malah banyak iguana yang dikurung mempunyai jangka hayat dipendekkan akibat kekurangan yang ada pada tempat peliharaan Penyimpanan ia diharamkan di negeri-negeri tertentu seperti New York dan Hawaii.
|deadurl=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Iguana |