Bagi tidak membuat imej alam atau tokoh agama tertentu, lihat Anikonisme.
Ikonoklasme (daripada bahasa Yunani: Bahasa Yunani Kuno: εἰκώνcode: grc is deprecated 'ikon, gambar' + Bahasa Yunani Kuno: κλάωcode: grc is deprecated 'memecahkan') ialah ialah kepercayaan memecahkan atau memusnahkan ikon, gambar atau monumen, biasanya atas sebab agama atau politik. Orang yang menyokong kepercayaan ini dipanggil ikonoklas, dan istilah ini digunakan secara kiasan kepada mana-mana individu yang mencabar "kepercayaan atau institusi yang dihormati atas alasan ia salah atau jahat."
Sebaliknya, orang yang menghormati atau memuja gambar-gambar dalam agama dipanggil (oleh ikonoklas) seorang pemuja ikon; dalam konteks Byzantium, orang sedemikian dipanggil ikonodul atau ikonofil. Ikonoklasme biasanya tidak melibatkan pemusnahan imej pemerintah selepas kematian atau kejatuhan mereka, yang dikenali sebagai damnatio memoriae.
Walaupun ikonoklasme mungkin dilakukan oleh penganut agama yang berbeza, ia biasanya berlaku apabila ada pertikaian antara mazhab daripada agama yang sama. Istilah ikonoklasme berasal daripada Ikonoklasme Byzantium, apabila terdapat perdebatan mengenai ikon-ikon keagamaan di Empayar Byzantine dari 726 hingga 842 TM. Setiap agama dan mazhab mempunyai toleransi terhadap ikon yang berbeza, tetapi ia paling kuat dalam agama-agama yang menentang penyembahan berhala, seperti agama samawi. Ikonoklasme juga boleh merujuk kepada memusnahkan simbol ideologi atau perjuangan tertentu, bukan sahaja dalam konteks agama, seperti semasa Revolusi Perancis apabila simbol monarki dimusnahkan.
Pada Zaman Gangsa, kejadian ikonoklasme yang paling besar berlaku di Mesir semasa Zaman Amarna, apabila Akhenaten, yang berpangkalan di ibu kota barunya Akhetaten, memulakan perubahan gaya artistik Mesir serta penindasan dewa-dewa tradisional, menekankan agama negara yang hanya memuja satu dewa suria, Aten—banyak kuil dan tugu dimusnahkan akibat baginda:
Memberontak terhadap agama lama dan pendeta-pendeta yang berkuasa Amun, Akhenaten menitahkan semua dewa adat Mesir dihapuskan. Baginda menghantar pegawai-pegawai kerajaan untuk memahat dan memusnahkan setiap rujukan kepada Amun dan nama-nama dewa lain pada makam, dinding kuil, dan kartusy untuk menanamkan dalam rakyat bahawa Aten adalah satu-satunya tuhan yang benar.
Semua rujukan kepada Akhenaten dimusnahkan tidak lama selepas kemangkatan baginda. Membandingkan orang Mesir purba dengan bani Israel, Jan Assmann menulis:
Bagi Mesir, sungguh ngerinya imej-imej pemujaan dimusnahkan atau dirampas. Dalam mata bani Israel, mendirikan patung bererti musnahnya kehadiran ilahi; dalam mata orang Mesir, kesan yang sama dicapai dengan memusnahkan imej. Di Mesir, ikonoklasme adalah jenayah agama yang paling dahsyat; di Israel, jenayah agama yang paling dahsyat ialah penyembahan berhala. Dalam hal ini Osarsef atau Akhenaten, si ikonoklas, dan Anak Lembu Emas, contoh penyembahan berhala yang unggul, menyerupai satu sama lain secara songsang, dan aneh bahawa Harun berjaya mengelak dijadikan penjenayah agama dengan mudah. Ada kemungkinan bahawa kedua-dua tradisi ini muncul di bawah pengaruh bersama. Dalam hal ini, Musa dan Akhenaten amat berkait rapat nampaknya.
Agama Yahudi
Menurut Alkitab Ibrani, Tuhan mengarahkan bani Israel untuk "musnahkan segala batu berukir segala patung tuangan mereka dan punahkanlah segala bukit pemujaan" penduduk asli Kanaan sebaik sahaja mereka memasuki Tanah Dijanjikan.
Dalam agama Yahudi, Raja Hizkia membersihkan Kuil Salomo di Baitulmuqaddis dan semua patung juga dimusnahkan di Tanah Israel, termasuk patung ular Nehusytan, seperti yang tercatat dalam Kitab Raja-raja 2. Pembaharuan baginda dibalikkan dalam pemerintahan putera baginda, Manasye.
Ikonoklasme dalam sejarah Kristian
Terdapat tentangan untuk menggunakan imej yang dilaporkan dalam sejarah: Dewan Gereja Elvira nampaknya menyokong ikonoklasme; Kanun 36 menyatakan, "Gambar tidak boleh ditempatkan di dalam gereja, supaya tidak menjadi objek penyembahan dan pemujaan." Satu terjemahan alternatif ialah: "Tidak boleh ada gambar di dalam gereja, takut apa yang disembah dan dipuja akan digambarkan di dinding." Tarikh kanun ini dipertikaikan.Proskripsi berhenti selepas kuil-kuil berhala dimusnahkan. Walau bagaimanapun, penggunaan ikonografi Kristian secara meluas hanya bermula selepas agama Kristian semakin tersebar dalam kalangan orang bukan Yahudi selepas agama Kristian dibenarkan dari segi undang-undang oleh Maharaja Rom Constantinus (s. 312 Masihi). Semasa proses pengkristianan di bawah Constantinus, kumpulan-kumpulan Kristian memusnahkan imej-imej dan arca yang menggambarkan agama politeismeEmpayar Rom.
Ikonoklasme dalam Islam
Islam mempunyai tradisi yang lebih kuat dalam melarang tokoh-tokoh, terutamanya tokoh agama, digambarkan dengan Islam Sunah Wal-Jamaah lebih tegas melarangnya daripada Islam Syiah. Dalam sejarah Islam, pengeluaran berhala dari Kaabah di Makkah mempunyai kepentingan simbolik dan bersejarah yang besar bagi semua orang beriman.
Umumnya, umat Islam tidak menggambarkan makhluk hidup (haiwan ataupun manusia) di tempat-tempat suci seperti masjid dan madrasah. Larangan ini bukan daripada al-Quran tetapi daripada riwayat hadis. Akan tetapi larangan gambar ini tidak dilanjutkan ke tempat-tempat sekular dan pelbagai gambaran tokoh hadir dalam adat kesenian Islam. Walau bagaimanapun, penulis-penulis Barat sering menyangka masyarakat Islam sentiasa mempunyai kelaziman ganas yang sudah lama berakar umbi untuk menghancurkan ikon-ikon tetapi itu tidak benar.
Nota
^Daripada Bahasa Yunani Kuno: εἰκών + κλάωcode: grc is deprecated . Ikonoklasme boleh dikira sebagai terbitan songsang daripada ikonoklas (Yunani: εἰκοκλάστης). Perkataan Yunani yang sepadan untuk ikonoklasme ialah εἰκονοκλασία, eikonoklasia.
^Elvira canons, Cua, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16, Placuit picturas in ecclesia esse non debere, ne quod colitur et adoratur in parietibus depingatur.
^The Catholic Encyclopedia, Kanun ini digunakan untuk membantah pemujaan imej seperti yang diamalkan dalam Gereja Katolik. Binterim, De Rossi dan Hefele menafsirkan larangan ini bertujuan untuk menghalang orang kafir daripada mempersendakan adegan dan idea-idea suci di gereja di atas tanah; Von Funk, Termel dan Henri Leclercq berpendapat bahawa majlis tidak menyatakan boleh atau tidak imej digunakan, tetapi hanya melarangnya sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan mualaf yang baru dan lemah daripada kembali menyembah berhala atau diganggu oleh amalan khurafat yang tidak disokong oleh gereja.
^ abFlood, Finbarr Barry (2002). "Between cult and culture: Bamiyan, Islamic iconoclasm, and the museum". The Art Bulletin. 84 (4): 641–659. doi:10.2307/3177288. JSTOR3177288.
Bacaan lanjut
Alloa, Emmanuel (2013). "Visual Studies in Byzantium: A Pictorial Turnavant la lettre". Journal of Visual Culture. Sage. 12 (1): 3–29. doi:10.1177/1470412912468704. ISSN1470-4129. (Mengenai latar belakang konseptual ikonoklasme Byzantium)
Balafrej, Lamia (2 September 2015). "Islamic iconoclasm, visual communication and the persistence of the image". Interiors. Informa UK. 6 (3): 351–366. doi:10.1080/20419112.2015.1125659. ISSN2041-9112.
Boldrick, Stacy, Leslie Brubaker, and Richard Clay, eds. 2014. Striking Images, Iconoclasms Past and Present. Ashgate. (Kajian ilmiah tentang pemusnahan imej dari zaman prasejarah hingga Taliban.)
Calisi, Antonio. 2017. I Difensori Dell'icona: La Partecipazione Dei Vescovi Dell'Italia Meridionale Al Concilio Di Nicea II 787. CreateSpace. ISBN978-1978401099ISBN978-1978401099.
Hennaut, Eric (2000). La Grand-Place de Bruxelles. Bruxelles, ville d'Art et d'Histoire (dalam bahasa Perancis). 3. Brussels: Éditions de la Région de Bruxelles-Capitale.
Ivanovic, Filip (2010). Symbol and Icon: Dionysius the Areopagite and the Iconoclastic Crisis. Pickwick. ISBN978-1-60899-335-2.
Karahan, Anne (2014). "Byzantine Iconoclasm: Ideology and Quest for Power". Dalam Kolrud, Kristine; Prusac, M. (penyunting). Iconoclasm from antiquity to modernity. Burlington, VT: Ashgate. m/s. 75–94. ISBN978-1-4094-7033-5. OCLC841051222.
Narain, Harsh (1993). The Ayodhya Temple Mosque Dispute: Focus on Muslim Sources. Delhi: Penman Publishers.
Shourie, Arun, Sita Ram Goel, Harsh Narain, Jay Dubashi, and Ram Swarup. 1990. Hindu Temples – What Happened to Them Vol. I, (A Preliminary Survey). ISBN81-85990-49-2ISBN81-85990-49-2
Spicer, Andrew (2017). "Iconoclasm". Renaissance Quarterly. Cambridge University Press. 70 (3): 1007–1022. doi:10.1086/693887. ISSN0034-4338.
Velikov, Yuliyan (2011). Obrazŭt na Nevidimii︠a︡ : ikonopochitanieto i ikonootrit︠s︡anieto prez osmi vek [Imej mengenai Yang Ghaib. Pemujaan Imej dan Ikonoklasme pada Abad Kelapan] (dalam bahasa Bosnia). Veliko Tarnovo: Veliko Tarnovo University. ISBN978-954-524-779-8. OCLC823743049.