Istana Tuileries | |
---|---|
Palais des Tuileries | |
Maklumat umum | |
Jenis | Istana diraja dan empayar |
Gaya seni bina | Zaman Pembaharuan |
Lokasi | Paris, Île-de-France |
Koordinat | 48°51′44″N 2°19′52″E / 48.86222°N 2.33111°EKoordinat: 48°51′44″N 2°19′52″E / 48.86222°N 2.33111°E |
Pembinaan bermula | 1564 |
Dirobohkan pada | 1871 (kebakaran) 30 September 1883 (kerja perobohan) |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek |
|
Istana Tuileries adalah sebuah istana diraja dan empayar di Paris yang terletak di tebing Sungai Seine, yang betul-betul berada di hadapan Louvre. Istana ini merupakan kediaman bagi kebanyakkan raja Perancis sejak zaman pemerintahan Henry IV hingga Napoleon III, sebelum istana tersebut terbakar dalam komun Paris pada tahun 1871.
Istana Tuileries dibina pada tahun 1564 dan diperbesar secara beransur-ansur sehinggalah ia menutupi penghujung barat halaman Louvre dan memaparkan muka bangunan sepanjang 266 meter (873 ka). Sejak kemusnahan istana ini, halaman Louvre kekal dibuka dan tapak yang kini menjadi penghujung timur Taman Tuileries, membentuk teres bertingkat di antara Dataran Carrousel dan taman sebenar.