Katharine Hepburn

Katharine Hepburn
Gambar publisiti studio, 1941
Kelahiran
Katharine Houghton Hepburn

12 Mei 1907
Meninggal dunia29 Jun 2003 (berumur 96)
Pusat pendidikanKolej Bryn Mawr
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1928 - 1994
PasanganLudlow Ogden Smith
(1928 - 1934; cerai)
Rakan kongsi domestikSpencer Tracy
(1941 – 1967; kematian Tracy)

Katharine Houghton Hepburn (lahir 12 Mei 1907 - meninggal 29 Jun 2003) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat. Terkenal dengan kebebasan garang dan keperibadian bersemangat, Hepburn merupakan pelakon wanita utama di Hollywood selama lebih dari 60 tahun. Beliau lakon dalam pelbagai genre filem termasuklah komedi orang edan ataupun drama sastera. Beliau memecah rekod dengan menerima sejumlah empat Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam kerjayanya. Beliau dinilai sebagai legenda pelakon wanita terhebat Zaman Kegemilangan Hollywood oleh Lembaga Filem Amerika (AFI) pada tahun 1999.

Dibesarkan di Connecticut oleh ibu bapa kaya dan progresif, Hepburn mula berlakon ketika belajar di Kolej Bryn Mawr. Selepas empat tahun menumpu dalam teater, ulasan tentang kerja Broadway beliau yang menggalakkan lalu menyebabkannya didapati oleh Hollywood. Tahun-tahun awalnya dalam industri filem ditandai dengan kejayaan, masa ini beliau menerima Anugerah Akademi pertama untuk filem ketiganya Morning Glory (1933). Namun filem-filem seterusnya gagal secara komersial dan beliau telah dinamakan 'racun filem laris' pada tahun 1938. Hepburn kemudian merancang kekembalian semulanya dengan membeli keluar kontraknya dari RKO Pictures dan membeli hak cipta filem bagi skrip The Philadelphia Story (1939), di mana beliau menjual dengan syarat bahawa beliau menjadi pelakon utama. Beliau dikontrakkan kepada Metro-Goldwyn-Mayer pada 1940-an, di mana kerjayanya kemudian fokus dengan kolaborasi bersama pelakon Spencer Tracy. Kolaborasi mereka ini merentangi 25 tahun dalam sembilan filem.

Dalam kehidupan separuh akhir beliau, Hepburn kerap berlakon dalam produksi-produksi pentas Shakespeare untuk mencabar diri dan menangani pelbagai peranan sastera. Beliau mendapati watak selesanya dengan berlakon sebagai wanita bujang yang berpetengahan umur dalam filem-filem seperti The African Queen (1951), di mana persona wataknya mendapat pelukan ramai. Lakonan beliau dalam tiga filem seterusnya: Guess Who's Coming to Dinner (1967), The Lion in Winter (1968) dan On Golden Pond (1981) telah memberikannya tiga lagi Anugerah Akademi. Pada tahun 1970-an, beliau lakon dalam filem-filem televisyen yang menjadi tumpuan kerjayanya dalam kehidupan nanti. Beliau kekal aktif walaupun berusia dan membuat penampilan skrin terakhirnya pada tahun 1994, ketika berusia 87. Pada tahun 2003, selepas satu tempoh masa yang tidak berlakon dan kurang sihat, Hepburn meninggal dunia pada usia 96.

Hepburn terkenali dengan selalu menjauhi dirinya dari publisiti Hollywood dan enggan menepati jangkaan masyarakat terhadap wanita masa itu. Beliau seorang yang terus terang, tegas, berbadan kuat dan memakai seluar sebelum ia ditanda bergaya bagi wanita memakai. Beliau pernah kahwin sekali ketika berusia muda, tapi selepas itu hidup berpersendirian. Hubungan cintanya dengan Spencer Tracy disembunyikan dari publisiti selama 26 tahun. Dengan gaya hidup yang tidak konvensional dan watak-watak bebas yang ditampil di skrin, Hepburn melambangkan ciri "wanita moden" Amerika Syarikat abad ke-20 dan kini diingati sebagai tokoh budaya penting.

Kehidupan awal dan pendidikan

Hepburn (kiri) dengan ibu dan adik beradiknya, 1921

Dilahirkan di bandar Hartford, negeri Connecticut pada 12 Mei 1907, Hepburn ialah anak kedua dalam enam anak. Bapanya, Thomas Norval Hepburn (1879-1962) ialah seorang pakar urologi di Hospital Hartford. Ibu, Katharine Martha Houghton (1878-1951) merupakan seorang aktivis feminis. Ibu bapanya pada masa itu berjuang demi perubahan sosial di Amerika Syarikat. Bapanya membantu menubuhkan Persatuan Kebersihan Sosial New England untuk mendidik orang ramai tentang penyakit kelamin manakala ibunya mengetuai Persatuan Hak Mengundi untuk Wanita Connecticut dan berkempen bersama aktivis, Margaret Sanger tentang kawalan kehamilan. Hepburn pernah mengikuti ibunya ke beberapa demonstrasi "Undi Untuk Wanita" semasa kecil. Anak-kanak keluarga Hepburn diasuh untuk melatih kebebasan bersuara dan digalakkan untuk berfikir dan berdebat atas topik yang mahu. Ibu bapanya dikritik oleh masyarakat tentang pandangan progresif mereka, ini telah merangsang Hepburn untuk gagah melawan halangan yang dihadapi dalam kehidupan. Hepburn menyedari bahawa sejak kecil beliau adalah hasil daripada ibu bapa yang "sangat luar biasa", dan mengatakan pendidikan keluarganya "sangat bertuah" kerana menyediakan asas bagi kejayaan beliau. Sepanjang hidup beliau kekal rapat dengan keluarga.

Semasa muda, Hepburn seorang tomboy yang suka memanggil dirinya Jimmy dan memotong rambutnya pendek seperti anak lelaki. Bapa mengajar mereka berenang, berlari, menyelam, menunggang, bergelut, dan bermain golf serta tenis kerana ingin anak-anaknya menggunakan minda dan tubuh mereka sampai had. Golf menjadi kegemaran Hepburn, beliau pergi kelas setiap hari dan menjadi sangat mahir sehingga mencapai separuh akhir dalam Kejohanan Golf Connecticut Wanita Muda. Beliau juga suka berenang di muara Long Island Sound; setiap pagi beliau akan mengambil mandi yang sejuk seperti ais dengan kepercayaan bahawa "lebih pahit ubat, lebih baik ia untuk awak." Sejak usia muda, beliau seorang peminat filem dan akan pergi tonton satu filem setiap hari malam Sabtu. Beliau juga mengadakan drama dan berlakon dengan rakan-rakan, adik-beradik untuk dipersembahkan kepada jiran-jiran dengan harga satu tiket 50 sen demi mengumpul duit bagi orang Navajo.

Potret Hepburn, umur 21
Gambar majalah tahunan sekolah Hepburn, 1928, Kolej Bryn Mawr

Pada 3 April 1921, Hepburn menemui mayat abangnya Tom semasa melawati kawan-kawan di Greenwich Village, New York. Tom yang dipujai oleh Hepburn kelihatan jelas adalah mati akibat pembunuhan diri kerana telah mengikat lembaran di alang lalu menggantung diri. Keluarga Hepburn menafikan bahawa ia adalah kes bunuh diri dan menegaskan kematian Tom mesti satu eksperimen Tom yang tersilap. Kejadian itu membuat Hepburn yang ketika itu remaja menjadi saraf, muram, dan sangsi terhadap orang lain. Beliau menjauhkan diri daripada kanak-kanak lain, seterusnya menghentikan pelajaran Sekolah Kingswood-Oxford, dan mula menerima tunjuk ajar swasta. Selama bertahun-tahun Hepburn menggunakan hari jadi Tom iaitu 8 November sebagai hari jadi sendiri. Hari jadi beliau hanya diketahui akhirnya semasa Hepburn mendedahkan tarikh lahir sebenar beliau dalam autobiografi Me: Stories of My Life (“Aku: Kisah Hidupku”) pada tahun 1991.

Pada tahun 1924, Hepburn mendapat tempat di Kolej Bryn Mawr. Hepburn tidak menyukai pengalaman di kolej ini dan hanya belajar di sana kebanyakan untuk memenuhi hasrat ibunya sahaja yang pernah belajar di sana. Ini kali pertama beliau kembali ke persekolahan selepas beberapa tahun tidak berada di sekolah. Beliau mementingkan diri dan tidak selesa dengan rakan-rakan sekelas. Beliau bergelut dengan kehendak akademik universiti dan pernah sekali digantung sekolah disebabkan merokok dalam bilik beliau. Hepburn tertarik dengan perlakonan namun peranan drama kolej akan tertakluk sahaja jika gred baik. Hepburn pun mula berlakon secara tetap setelah mempertingkat markah beliau. Pada tahun akhir kolej, beliau melakonkan watak utama dalam produksi drama The Woman in the Moon (“Wanita di Bulan”) dan sambutan positif yang diterima oleh beliau mengukuhkan rancangan beliau untuk mengejar kerjaya lakonan. Beliau berkelulusan ijazah dalam bidang sejarah dan falsafah pada bulan Jun 1928.

Kerjaya lakonan

Memecah masuk ke teater (1928-1932)

Hepburn meninggalkan universiti dengan azam untuk menjadi seorang pelakon. Sehari selepas tamatnya pengajian, beliau mengembara ke bandar Baltimore di negeri Maryland untuk bertemu dengan Edwin H. Knopf, seorang penerbit filem Amerika yang menguruskan sebuah syarikat teater saham yang berjaya. Tertarik dengan keinginan Hepburn, Knopf meletakkan Hepburn dalam produksi semasa, The Czarina. Beliau mendapat ulasan yang baik dari peranan kecilnya dalam filem tersebut, Printed Word mengatakan persembahannya "menangkapkan". Beliau diberikan satu watak yang lebih besar dalam persembahan seminggu berikutnya, tetapi persembahan keduanya kali ini diterima sambutan yang kurang baik. Beliau telah dikritik atas suaranya yang tajam, oleh itu beliau meninggalkan Baltimore untuk belajar dengan seorang tutor suara di Bandar New York.

Knopf mengambil keputusan untuk menerbitkan filem The Big Pond di New York dan melantik Hepburn sebagai pengganti pelaku bagi watak utama wanita filem tersebut. Seminggu sebelum pembukaan filem, pelakon watak utama wanita tersebut telah dipecat dan digantikan oleh Hepburn yang memberikannya peluang memegang watak utama setelah hanya empat minggu sahaja dalam kerjaya seni pentas. Pada malam pembukaan, beliau terlambat sampai ke produksi, mencampur dialognya, tersandung kaki sendiri, dan cakap terlalu cepat untuk difahami. Beliau pun segera dipecat dan pelakon wanita asal diupah semula. Tidak terhalang, Hepburn bekerjasama dengan penerbit filem Arthur Hopkins dan menerima satu peranan sebagai seorang murid perempuan dalam drama These Days. Debut Broadway beliau bertarikh 12 November 1928 di Teater Cort (Cort Theatre), tetapi ulasan untuk drama tersebut lemah dan ia ditutup selepas lapan malam. Hopkins segera mengupah Hepburn sebagai pengganti pelaku peranan utama dalam drama Holiday yang diarah oleh Philip Barry. Pada awal bulan Disember, selepas hanya dua minggu, beliau telah meletakkan jawatan untuk berkahwin dengan Ludlow Ogden Smith, seorang kenalan kolej. Beliau merancang untuk meninggalkan kerjaya teater di belakang, tetapi mula merindui kerjaya beliau dan kemudian menyambung semula peranan pengganti pelaku dalam Holiday, di mana beliau memegang selama enam bulan.

Pada tahun 1929, Hepburn menolak peranan yang ditawarkan oleh Teater Guild (Theater Guild) untuk memainkan peranan utama dalam Death Takes a Holiday. Beliau merasakan peranan itu adalah sempurna, tetapi sekali lagi telah dipecat. Beliau kembali ke Guild dan mengambil peranan pengganti pelaku dengan gaji minimum dalam drama A Month in the Country. Pada musim bunga tahun 1930, Hepburn menyertai sebuah syarikat teater di Stockbridge, Massachusetts. Beliau meninggalkan separuh jalan pada musim panas, dan meneruskan pelajaran dengan seorang tutor drama. Pada awal tahun 1931, beliau dilantik dalam produksi Broadway Art and Mrs. Bottle. Beliau dilepaskan dari peranan tersebut selepas penulis drama itu tidak menyukai beliau, berkata bahawa "beliau kelihatan ketakutan, kelakuan beliau tidak menyenangkan, dan beliau tidak mempunyai bakat", tetapi Hepburn kemudian diupah semula apabila tiada pelakon wanita lain yang boleh dicari. Drama tersebut kemudian menjadi satu kejayaan yang kecil.

Hepburn muncul dalam beberapa drama dengan syarikat saham musim panas di Ivoryton, Connecticut, dan beliau terbukti mendapat sambutan hangat. Pada musim panas tahun 1931, Philip Barry meminta Hepburn untuk berlakon dalam drama baru beliau, The Animal Kingdom, bersama Leslie Howard. Mereka memulakan raptai pada bulan November, Hepburn merasa yakin bahawa peranan itu akan menjadikan beliau sebuah bintang, namun Howard tidak suka Hepburn dan sekali lagi Hepburn telah dipecat. Apabila Hepburn bertanya Barry atas sebab beliau dilepaskan, beliau menjawab, "Baiklah, sebagai kejujuran kejam, anda bukan begitu baik." Ini telah menggoyahkan keyakinan Hepburn, tetapi beliau masih terus mencari kerja. Beliau mengambil peranan kecil dalam drama yang akan datang, tetapi apabila raptai bermula beliau telah diminta untuk membaca dialog peranan utama dalam drama cerita dongeng Yunani The Warrior's Husband.

The Warrior's Husband telah terbukti menjadi pencapaian penemuan Hepburn. Ahli biografi Charles Higham menyatakan bahawa peranan tersebut adalah sesuai untuk Hepburn, kerana pelakon ini memerlukan tenaga yang agresif dan ketangkasan, dan Hepburn bersemangat melibatkan dirinya dalam produksi drama tersebut. Drama ini dibuka pada 11 Mac 1932 di Teater Morosco (Morosco Theater) di Broadway. Jalan persembahan pertama Hepburn meminta beliau untuk merentas tangga yang sempit dengan seekor rusa jantan atas bahunya dan dikehendaki memakai jubah perak yang pendek. Drama ini berlangsung selama tiga bulan, dan Hepburn telah menerima ulasan yang positif. Richard Garland dari akhbar New York World-Telegram menulis, "Sudah banyak malam yang begitu bercahaya kerana persembahan yang telah mencerahkan pemandangan Broadway."

Kejayaan Hollywood (1932-1934)

Satu pencari bakat untuk ejen Hollywood Leland Hayward menemui persembahan Hepburn dalam The Warrior's Husband, dan meminta beliau untuk memasuki penguji bakat bagi watak Sydney Fairfield dalam filem RKO Pictures yang akan datang, A Bill of Divorcement (1932). Pengarah George Cukor berasa kagum dengan apa yang beliau lihat: "Terdapat satu makhluk ini yang aneh", Cukor mengimbas kembali, "beliau tidak seperti sesiapa sahaja yang pernah saya dengar." Cukor terutamanya suka dengan cara Hepburn mengambil kaca, dan berkata tentang Hepburn bahawa: "Saya fikir beliau sangat berbakat dalam aksi itu." Ditawarkan peranan tersebut, Hepburn menuntut sebanyak $1500 seminggu, sejumlah besar untuk pelakon wanita yang tidak diketahui. Cukor menggalakkan studio untuk menerima tuntutan Hepburn dan mereka telah menandatangani Hepburn kepada kontrak sementara dengan jaminan selama tiga minggu. Ketua RKO David O. Selznick menceritakan bahawa beliau telah mengambil "kemungkinan yang amat besar" dalam pemilihan pelakon wanita yang tidak lazim itu.

Hepburn tiba di California pada bulan Julai tahun 1932, pada usia 25 tahun. Beliau membintangi A Bill of Divorcement dengan pelakon John Barrymore, tetapi Hepburn tidak menunjukkan sebarang tanda ugutan. Walaupun Hepburn bergelut untuk menyesuaikan diri dengan sifat lakonan untuk filem, Hepburn telah terpesona oleh industri dari permulaan. Filem itu merupakan satu kejayaan dan Hepburn menerima ulasan positif. Mordaunt Hall dari akhbar The New York Times memanggil persembahan beliau sebagai "sangat cemerlang ... Perwatakan Cik Hepburn adalah salah satu yang terbaik yang dilihat pada skrin". Ulasan majalah Variety mengisytiharkan bahawa, "Yang menonjol di sini ialah tanggapan sensasi yang dilaksanakan oleh Katharine Hepburn dalam tugasan filem pertama beliau. Beliau mempunyai sesuatu penting yang meletakkan beliau selain dari galaksi imej." Atas kekuatan A Bill of Divorcement, RKO menandatangani Hepburn dengan kontrak jangka panjang. George Cukor menjadi kawan dan rakan sekerja sepanjang hayat dan mereka bersama menghasilkan sepuluh filem.

Filem kedua Hepburn merupakan Christopher Strong (1933), kisah tentang seorang juruterbang wanita dan hubungan beliau dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin. Filem itu tidak berjaya dari segi komersial, tetapi ulasan tentang Hepburn adalah baik. Regina Crewe menulis dalam New York Journal-American bahawa walaupun sikap beliau adalah semakin keras, tetapi juga menulis "sikap itu memaksa perhatian, dan telah menambat hati seorang penonton. Beliau seorang personaliti yang unik, jelas dan positif." Filem ketiga Hepburn mengesahkan beliau sebagai seorang pelakon wanita utama di Hollywood. Selepas membaca skrip filem Morning Glory (1933) pada meja penerbit Pandro S. Berman, Hepburn yakin bahawa beliau dilahirkan adalah untuk memainkan peranan itu dan menegaskan bahawa peranan itu adalah milik beliau. Oleh itu, beliau berlakon sebagai Eva Lovelace, seorang pelakon berhasrat dalam Morning Glory, satu peranan yang pada asalnya bertujuan untuk dilakon oleh pelakon Constance Bennett. Hepburn berjaya memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik bagi watak tersebut. Hepburn memutuskan untuk tidak menghadiri majlis Anugerah Akademi pada tahun itu dan sepanjang tempoh kerjaya beliau, tetapi gembira dengan kemenangan itu. Kejayaan beliau diteruskan dengan peranan Jo dalam filem Little Women (1933) yang diadaptasi dari novel. Filem itu adalah salah satu kejayaan terbesar dalam industri filem setakat ini dan Hepburn memenangi hadiah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Venice. Little Women merupakan salah satu kegemaran peribadi Hepburn dan bangga dengan persembahan beliau, kemudian berkata, "Saya menentang sesiapa sahaja untuk menjadi sebaik seperti saya".

Menjelang akhir tahun 1933 Hepburn merupakan seorang pelakon wanita filem yang dihormati, tetapi beliau ingin sekali membuktikan diri di Broadway. Jed Harris, salah satu penerbit teater yang paling berjaya pada tahun 1920-an sedang mengalami kemerosotan kerjaya. Harris bertanya Hepburn untuk berlakon dalam drama The Lake (1933), di mana Hepburn bersetuju untuk berlakon atas gaji yang rendah. Sebelum beliau diberi cuti oleh RKO Pictures untuk berlakon dalam drama tersebut, RKO meminta supaya beliau berlakon dalam filem Spitfire (1934) dahulu. Peranan Hepburn dalam filem itu ialah Trigger Hicks, seorang gadis gunung yang tidak berpendidikan. Filem itu dianggap secara meluas sebagai salah satu filem Hepburn yang paling teruk, dan menerima ulasan yang lemah bagi usaha beliau dalam filem itu. Hepburn menyimpan satu gambar tentang watak Hicks dalam bilik tidur beliau sepanjang hidup supaya memastikan beliau merendah hati.

Drama The Lake dipratontonkan di Washington, D.C. di mana terdapat jualan awal yang besar. Arahan lemah Harris telah menghakis keyakinan Hepburn dan Hepburn bergelut dengan persembahan tersebut. Walaupun begitu, Harris memindahkan drama tersebut ke New York tanpa latihan selanjutnya. Ia dibuka di Teater Martin Beck (Martin Black Theater) pada 26 Disember 1933, dan Hepburn telah dikritik tegas oleh pengkritik. Dorothy Parker berseloroh, "mengalami segala macam emosi sepanjang jalan dari A ke B." Atas sebab sudah terikat kepada kontrak sepuluh minggu, Hepburn terpaksa menanggung rasa malu kerana jualan box office yang begitu cepat merosot. Harris membuat keputusan untuk mengalihkan persembahan ke Chicago, dan berkata kepada Hepburn, "Kesayanganku, satu-satunya minat yang saya ada pada kamu adalah wang yang saya boleh dapatkan dari kamu." Hepburn menolak dan sebaliknya membayar Harris $14,000 untuk menutup produksi sebagai ganti. Beliau kemudian merujuk kepada Harris sebagai "memang tidak disangkalkan orang yang paling kejam yang pernah saya temui", dan menyatakan bahawa pengalaman ini penting dalam mengajar beliau untuk bertanggungjawab ke atas kerjaya beliau sendiri.

Pergelutan kerjaya, "racun box office" (1934-1938)

Selepas kegagalan Spitfire dan The Lake, dalam usaha untuk mengulangi kejayaan Little Women, RKO menampilkan Hepburn dalam filem The Little Minister (1934) yang berdasarkan novel Victorian oleh James Barrie. Namun filem itu tiada kejayaan ulangan dan merupakan kegagalan komersial. Filem drama romantik dengan pelakon Charles Boyer, Break of Hearts juga mendapat ulasan yang lemah dan juga kehilangan wang. Selepas tiga filem yang mudah dilupakan, kejayaan kembali ke Hepburn dengan filem Alice Adams (1935), cerita yang berkisar tentang keinginan seorang gadis cuba untuk memanjat tangga sosial. Hepburn suka akan novel asal tersebut dan gembira kerana ditawarkan peranan tersebut. Filem tersebut merupakan satu kejayaan dan salah satu kegemaran peribadi Hepburn, dan telah memberikan Hepburn pencalonan Oscar kedua beliau. Beliau menerima undi terbanyak kedua, hanya selepas bilangan undi pemenang tahun tersebut, Bette Davis.

Diberi peluang untuk memilih filem yang seterusnya, Hepburn mengambil keputusan untuk berlakon dalam projek baru George Cukor yang bernama Sylvia Scarlett (1935), yang dipasangkan buat kali pertama dengan Cary Grant. Rambut beliau telah dipotong pendek untuk sebahagian kerana watak beliau menyamar sebagai seorang budak lelaki hampir keseluruhan filem. Para pengkritik tidak menyukai Sylvia Scarlett dan filem itu tidak popular dalam kalangan awam. Beliau seterusnya memainkan peranan Mary Stuart dalam filem Mary of Scotland (1936) yang diarah oleh John Ford, yang bertemu dengan ulasan sama yang juga lemah. Diikuti dengan A Woman Rebels (1936), sebuah filem drama era Victoria di mana watak Hepburn mencabar konvensyen dengan mempunyai seorang anak luar nikah. Filem seterusnya Quality Street (1937) juga mempunyai satu tetapan jangka masa dan merupakan sebuah komedi. Filem itu juga tidak popular dalam kalangan awam, yang bermakna bahawa Hepburn telah membuat empat filem yang tidak berjaya secara berturut.

Bersama sesiri filem yang tidak popular, beberapa masalah mula timbul dari sikap Hepburn. Beliau mempunyai hubungan sulit dengan media, di mana dengan sesiapa sahaja beliau boleh menjadi kurang sopan dan provokatif. Apabila ditanya sama ada beliau mempunyai anak, beliau cepat menjawab balik, "Ya, saya mempunyai lima: dua putih dan tiga berwarna." Beliau tidak akan memberi temuramah dan menafikan permintaan untuk autograf, dan menyebabkan beliau dapat nama samaran "Katherine dari Keangkuhan" (Katharine of Arrogance). Masyarakat juga bingung dengan tingkah laku beliau yang seperti budak lelaki dan pilihan fesyen beliau, dan beliau menjadi seorang tokoh yang sebahagian besarnya tidak popular. Hepburn menyedari yang beliau perlu meninggalkan Hollywood, jadi beliau pulang ke bahagian timur Amerika Syarikat untuk membintangi dalam drama yang diadaptasi dari novel Jane Eyre. Ia mempunyai rombongan yang berjaya, tetapi, disebabkan ketidakpastian terhadap skrip drama tersebut dan ketidaksediaan untuk mengambil risiko atas kegagalan selepas musibah drama broadway The Lake, Hepburn membuat keputusan untuk tidak membawa persembahan tersebut ke Broadway. Menjelang akhir tahun 1936, Hepburn bersaing untuk mendapat watak Scarlett O'Hara, peranan wanita utama dalam filem Gone with the Wind (1939). Penerbit David O. Selznick enggan menawarkan beliau peranan tersebut kerana merasakan Hepburn tidak mempunyai daya tarikan seks. Dilaporkan bahawa kata Selznick kepada Hepburn, "Saya tidak boleh dapat melihat Rhett Butler (watak lelaki utama filem tersebut) mengejar kamu selama dua belas tahun."

Filem Hepburn yang seterusnya, Stage Door (1937), yang berpasangan dengan pelakon wanita Ginger Rogers. Peranan yang dilakon oleh Hepburn mencerminkan kehidupan sebenar Hepburn sendiri bahawa seorang gadis dari masyarakat yang kaya berusaha untuk menjadikan sendiri sebagai seorang pelakon. Hepburn dipuji kerana hasil kerjan beliau semasa pratonton awal, yang memberikan Hepburn pengebilan terbanyak dan lebih daripada pengebilan Rogers. Filem tersebut telah dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik dalam Anugerah Akademi, tetapi ia bukan satu box-office yang telah diharapkan oleh pengedar RKO. Pemerhati industri menyalahkan Hepburn kerana keuntungan yang kecil, tetapi studio meneruskan komitmennya untuk membangkitkan populariti Hepburn. Beliau bersama pelakon lelaki Cary Grant telah diberi watak dalam filem komedi orang edan Bringing Up Baby (1938) yang diarah Howard Hawks. Hepburn memainkan komedi yang melibatkan aksi secara fizikal dalam filem itu dengan keyakinan, dan mengambil tip tentang pemasaan dan sifat lawak komedi daripada pelakon filem tesebut, Walter Catlett. Bringing Up Baby telah mendapat pujian oleh para pengkritik, tetapi bagaimanapun ia juga tidak berjaya dalam box office. Oleh sebab kedua-dua genre filem tersebut dan Grant adalah sangat popular pada masa itu, ahli biografi A. Scott Berg percaya kesilapan itu didatangkan atas penolakan para peminat filem terhadap Hepburn.

Selepas keluaran filem Bringing Up Baby, persatuan Pemilik Teater Bebas Amerika (Independent Theatre Owners of America) merangkumi Hepburn dalam senarai pelakon yang dianggap "racun box office". Reputasi beliau berada pada tingkat yang rendah apabila RKO menawarkan beliau filem seterusnya, Mother Carey's Chickens (1938), sebuah filem bertaraf B yang mempunyai prospek lemah. Hepburn menolak tawaran itu, dan sebaliknya memilih untuk membeli diri keluar daripada kontrak beliau dengan harga $75,000. Ramai pelakon takut untuk meninggalkan kestabilan sistem studio pada masa itu, tetapi kekayaan peribadi Hepburn bermakna bahawa beliau mampu untuk bebas. Hepburn menandatangani dengan Columbia Pictures untuk filem Holiday (1938), dan berpasangan buat kali ketiga dengan Grant dalam filem. Filem komedi tersebut telah diterima baik oleh pengkritik, tetapi gagal untuk menarik kebanyakan penonton, dan skrip seterusnya yang ditawarkan kepada Hepburn datang dengan gaji sebanyak $10,000, satu jumlah yang kurang daripada jumlah diterima ketika pada permulaan kerjaya filem beliau. Mencerminkan kepada perubahan nasib Hepburn ini, Andrew Britton menulis mengenai Hepburn, "Belum ada bintang lain yang dapat muncul dalam filem dengan kepesatan yang lebih besar atau dengan pujian yang lebih gembira. Belum ada bintang yang lain juga, sama ada telah menjadi begitu tidak popular dengan begitu cepat untuk sekian lama.

Kebangkitan semula (1939-1942)

Mengikuti kemerosotan ini dalam kerjayanya, Hepburn mengambil tindakan untuk mewujudkan jalan dan cara sendiri untuk kembali semula. Beliau meninggalkan Hollywood untuk mencari satu projek pentas, dan menandatangani untuk membintangi dalam drama baru Philip Barry, The Philadelphia Story. Drama tersebut adalah disesuaikan untuk mempamerkan Hepburn, dengan adanya watak drama tersebut, Tracy Lord, seorang sosialit yang menggabungkan ciri-ciri jenaka, keagresifan, ketakutan, dan kelemahan. Howard Hughes, teman Hepburn pada masa itu merasakan bahawa drama itu mungkin boleh menjadi tiket beliau untuk pulang ke kemasyhuran Hollywood dan telah membelikan hak untuk dijadikan filem bagi drama itu untuk Hepburn walaupun sebelum ia dipentaskan. The Philadelphia Story terlebih dahulu membuat romongan di Amerika Syarikat dan mendapat ulasan positif, kemudiannya dipentaskan di New York iaitu Teater Schubert pada 28 Mac 1939. Drama tersebut mendapat sambutan yang hangat sama ada dari segi kritikal dan kewangan dengan berlangsung selama 417 kali persembahan dan kemudian diikuti rombongan kedua yang berjaya. Beberapa studio filem utama mendekati Hepburn untuk menghasilkan versi filem bagi drama Barry ini. Hepburn membuat keputusan untuk menjual hak filem dengan syarat bahawa beliau menjadi pelakon utama kepada studio nombor satu di Hollywood pada masa itu, Metro-Goldwyn-Mayer (MGM). Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu Hepburn juga mendapat pengarah pilihannya, George Cukor, tetapi pelakon iaitu Clark Gable dan Spencer Tracy yang beliau mahu kedua-duanya tidak ada.

Kehidupan peribadi

Imej awam dan keperibadian

Hepburn telah dikenali sebagai seorang yang peribadi, dan tidak akan memberi temuramah atau bercakap kepada peminat hampir sepanjang kerjaya beliau. Beliau menjauhkan diri daripada gaya hidup selebriti, tidak berminat dalam adegan sosial yang dilihat oleh beliau sebagai yang membosankan dan dangkal, dan memakai pakaian kasual yang kuat menentang konvensyen dalam era glamor pada masa itu. Beliau jarang muncul di khalayak ramai, dan menghindari restoran-restoran juga.

Filemografi dan hasil karya teater

Sepanjang 40 tahun kerjaya lakonannya, Hepburn muncul dalam 44 filem, 8 filem televisyen, dan 33 persembahan. Kerjaya filem beliau meliputi julat genre, including komedi, drama tempoh, dan adaptasi karya oleh pemain pentas terkemuka Amerika. Beliau muncul dalam pentas pada setiap dekad dari 1920an sehingga 1980an, mempesembahkan pentas oleh Shakespeare dan Shaw, dan muzikal Broadway.

Filemografi terpilih:

Peranan teater:

Rujukan

Petikan

  1. ^ Britton (2003) ms. 41.
  2. ^ Berg (2004), ms. 40.
  3. ^ Chandler (2011) ms. 37.
  4. ^ Higham (2004) ms. 2.
  5. ^ "Katharine Hepburn: Part 2". The Dick Cavett Show. 3 Oktober 1973. American Broadcasting Company. Dikatakan oleh Hepburn dalam temu bual ini.
  6. ^ Higham (2004) ms. 4; Chandler (2011) ms. 39; Prideaux (1996) ms. 74.
  7. ^ Hepburn (1991) ms. 21.
  8. ^ "Katharine Hepburn: Part 1". The Dick Cavett Show. 2 Oktober 1973. American Broadcasting Company. Dalam wawancara ini, Hepburn menggambarkan dirinya seorang yang sangat-sangat bertuah semasa membicarakan tentang latar belakangnya. Apabila ditanya sama ada keluarganya merupakan sebab kejayaannya, beliau menjawab: "Mula-mulanya saya fikir, ia bertuah jika awak mempunyai ibu ayah yang bijak, cemerlang dan berinspirasi, dan ia bertuah jika awak mempunyai pengalaman sebelum umur 15 yang mengajar awak untuk jangan takut."
  9. ^ Berg (2004) ms. 47
  10. ^ Hepburn (1991) ms. 30; Kanin (1971) ms. 82.
  11. ^ Chandler (2011) ms. 30.
  12. ^ Hepburn (1991) ms. 43; Higham (2004) ms. 2.
  13. ^ a b Higham (2004) ms. 7.
  14. ^ Higham (2004) ms. 3.
  15. ^ Chandler (2011) ms. 34.
  16. ^ Higham (2004) ms. 4.
  17. ^ Hepburn (1991) ms. 44.
  18. ^ Hepburn (1991) ms. 46.
  19. ^ Chandler (2011) ms. 6.
  20. ^ Higham (2004) ms. 5.
  21. ^ Hepburn (1991) ms. 49.
  22. ^ Kanin (1971) ms. 285.
  23. ^ Hepburn (1991) ms. 69.
  24. ^ a b Dickens (1990) ms. 4.
  25. ^ Horton and Simmons (2007) ms. 119.
  26. ^ a b "Cinema: The Hepburn Story". Time. September 1, 1952. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-21. Dicapai pada August 21, 2011.
  27. ^ Katharine Hepburn: All About Me. Turner Network Television. Unknown parameter |credits= ignored (bantuan); Unknown parameter |airdate= ignored (bantuan) Dinyatakan oleh Hepburn dalam dokumentari ini.
  28. ^ Higham (2004) ms. 8.
  29. ^ Hepburn (1991) ms. 81.
  30. ^ a b c Higham (2004) ms. 9.
  31. ^ Berg (2004) ms. 59; Higham (2004) ms. 9.
  32. ^ Berg (2004) ms. 73.
  33. ^ Hepburn (1991) ms. 109; Higham (2004) ms. 11.
  34. ^ Higham (2004) ms. 16; Hepburn (1991) ms. 112.
  35. ^ a b Higham (2004) ms. 16.
  36. ^ Kanin (1971) ms. 22.
  37. ^ a b Hepburn (1991) ms. 118.
  38. ^ Berg (2004) ms. 74.
  39. ^ Hepburn (1991) ms. 120.
  40. ^ Higham (2004) ms. 17.
  41. ^ Berg (2004) ms. 75.
  42. ^ Dickens (1990) ms. 229.
  43. ^ Hepburn (1991) ms. 128.
  44. ^ Higham (2004) ms. 23.
  45. ^ Higham (2004) ms. 21.
  46. ^ Haver (1980) ms. 94.
  47. ^ a b c Haver (1980) ms. 96.
  48. ^ Prideaux (1996) p. 15, memetik kalimat Hepburn: "Ia tidak pernah terjadi kepada saya untuk meragui diri saya sendiri. Apabila saya pertama bekerja dengan John Barrymore, saya melihat dia sedikit dan berfikir ... 'Saya boleh mengendalikan ini dengan sempurna dan mudah!'".
  49. ^ Higham (2004) ms. 30–31.
  50. ^ Berg (2004) ms. 82.
  51. ^ Hall, Mordaunt (October 3, 1932). "A Bill of Divorcement (1932)". The New York Times. Dicapai pada August 25, 2011.
  52. ^ "A Bill of Divorcement". Variety. October 1932. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-16. Dicapai pada August 25, 2011.
  53. ^ Higham (2004) ms. 39.
  54. ^ Hepburn (1991) ms. 178 untuk rujukan tentang filem tersebut; ms. 181 untuk rujukan tentang persahabatan itu.
  55. ^ Berg (2004) ms. 84.
  56. ^ Higham (2004) ms. 44.
  57. ^ a b Berg (2004) ms. 86.
  58. ^ Berg (2004) ms. 85.
  59. ^ Berg (2004) ms. 88.
  60. ^ Berg (2004), ms. 89; Higham (2004) ms. 57.
  61. ^ a b Berg (2004) ms. 91.
  62. ^ a b Berg (2004) ms. 92.
  63. ^ Berg (2004) ms. 89.
  64. ^ Berg (2004) ms. 90.
  65. ^ Higham (2004) ms. 60.
  66. ^ Higham (2004) ms. 62.
  67. ^ Hendrickson (2013) ms. 311
  68. ^ Hepburn (1991) ms. 166.
  69. ^ Berg (2004) ms. 93.
  70. ^ Hepburn (1991) ms. 4.
  71. ^ Berg (2004) ms. 105.
  72. ^ Higham (2004) ms. 66.
  73. ^ Berg (2004) ms. 106.
  74. ^ Higham (2004) ms. 68.
  75. ^ a b Berg (2004) ms. 109.
  76. ^ Berg (2004) ms. 110.
  77. ^ Berg (2004) ms. 111–112.
  78. ^ Berg (2004) ms. 126.
  79. ^ Berg (2004) ms. 112.
  80. ^ Horton and Simmons (2007) ms. 120.
  81. ^ a b McNamara, Mary (1 Julai 2003). "It was her defining role: life". Los Angeles Times. Dicapai pada October 2, 2011.
  82. ^ Kanin (1971) ms. 284.
  83. ^ Kanin (1971) ms. 85.
  84. ^ Berg (2004) ms. 111.
  85. ^ Britton (2003) ms. 16.
  86. ^ a b Berg (2004) ms. 114.
  87. ^ Chandler (2011) ms. 105.
  88. ^ Haver (1980) ms. 237–238.
  89. ^ Higham (2004) ms. 94.
  90. ^ a b Berg (2004) ms. 116.
  91. ^ Hepburn (1991) ms. 238.
  92. ^ a b Berg (2004) ms. 117.
  93. ^ Higham (2004) ms. 88.
  94. ^ Higham (2004) ms. 90.
  95. ^ a b c Berg (2004) ms. 118.
  96. ^ Hepburn (1991) ms. 201.
  97. ^ Verlhac (2009) ms. 8; Chandler (2011) ms. 142.
  98. ^ Edwards (1985) ms. 166.
  99. ^ Berg (2004) ms. 119.
  100. ^ Britton (2003) ms. 13.
  101. ^ Higham (2004) ms. 97.
  102. ^ Berg (2004) ms. 132.
  103. ^ Berg (2004) ms. 136.
  104. ^ "Katharine Hepburn – Filmography by Type". Internet Movie Database. Dicapai pada November 26, 2011. Note: the number of 44 feature films is given here because Stage Door Canteen has been added, while Internet Movie Database includes that film under "Self".
  105. ^ Dickens (1990) pp. 225–245 gives a full listing of stage performances.
  106. ^ "Katharine Hepburn Performances". Playbill Vault. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2015. Dicapai pada November 2, 2015.

Sumber

  • Bacall, Lauren (2005). By Myself and Then Some. London: Headline. ISBN 0-7553-1350-X.
  • Berg, Scott A. (2004) . Kate Remembered: Katharine Hepburn, a Personal Biography. London: Pocket. ISBN 0-7434-1563-9.
  • Britton, Andrew (2003) . Katharine Hepburn: Star as Feminist. Bandar Raya New York, New York: Columbia University Press. ISBN 0-231-13277-8.
  • Chandler, Charlotte (2011) . I Know Where I'm Going: Katharine Hepburn, a Personal Biography. Milwaukee, Wisconsin: Applause. ISBN 1-907532-01-3.
  • Curtis, James (2011). Spencer Tracy: A Biography. London: Hutchinson. ISBN 0-09-178524-3.
  • Dickens, Homer (1990) . The Films of Katharine Hepburn. Bandar Raya New York, New York: Carol Publishing Group. ISBN 0-8065-1175-3.
  • DiEdwardo, Maryann Pasda (2006). The Legacy of Katharine Hepburn: Fine Art as a Way of Life: A Memoir. Bloomington, Indiana: AuthorHouse. ISBN 1-4259-6089-8.
  • Edwards, Anne (1985). A Remarkable Woman: A Biography of Katharine Hepburn. Bandar Raya New York, New York: William Morrow & Company, Inc. ISBN 0-688-04528-6.
  • Haver, Ronald (1980). David O. Selznick's Hollywood. London: Martin Secker & Warburg Ltd. ISBN 0-394-42595-2.
  • Hendrickson, Robert (2013). God Bless America: The Origins of Over 1,500 Patriotic Words and Phrases. Bandar Raya New York, New York: Skyhorse Publishing. ISBN 978-1-62087-597-1.
  • Hepburn, Katharine (1991). Me: Stories of My Life. Bandar Raya New York, New York: Alfred A. Knopf. ISBN 0-679-40051-6.
  • Higham, Charles (2004) . Kate: The Life of Katharine Hepburn. Bandar Raya New York, New York: W. W. Norton. ISBN 0-393-32598-9.
  • Horton, Ros and Sally Simmons (2007). Women Who Changed the World. London: Quercus Publishing Plc. ISBN 1-84724-026-7.
  • Kanin, Garson (1971). Tracy and Hepburn: An Intimate Memoir. Bandar Raya New York, New York: Viking. ISBN 0-670-72293-6.
  • Mann, William J. (2007). Kate: The Woman Who Was Hepburn. Bandar Raya New York, New York: Picador. ISBN 0-312-42740-9.
  • Dickstein, Morris (2002). "Bringing Up Baby (1938)", dalam The A List: The National Society of Film Critics' 100 Essential Films, ed. Jay Carr. Cambridge, Massachusetts: Da Capo. ISBN 0-306-81096-4.
  • Prideaux, James (1996). Knowing Hepburn and Other Curious Experiences. Boston, Massachusetts: Faber and Faber. ISBN 0-571-19892-9.
  • Verlhac, Pierre-Henri (2009). Katharine Hepburn: A Life in Pictures. San Francisco, California: Chronicle Books. ISBN 0-8118-6947-4.

Pautan luar