Kitab Keluaran (Ibrani: שְׁמוֹת Shemot, Yunani: ἔξοδος, rumi: éxodos "keluaran", "berlepas" - bahasa Inggeris: Exodus ) adalah kitab kedua di dalam Bible dipegang agama-agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku kedua di dalam kitab Taurat. Kitab ini dinamakan daripada cerita utama yang dikhabarkan dalamnya iaitu peristiwa keluarnya Bani Israel dari Mesir menyelamatkan diri daripada diperhambakan oleh Firaun. Watak utama di dalam kitab ini ialah Musa/Moses, orang yang dipilih Tuhan untuk memimpin umatnya keluar. Bahagian yang paling terkenal di dalam kitab ini ialah Fasal 20, yang mengandungi sepuluh perintah khusus diturunkan Tuhan.
Tanakh (Ibrani) | |||||
---|---|---|---|---|---|
|
|||||
Perjanjian Lama (Kristian) | |||||
|
|||||
Perjanjian Baru | |||||
Menurut tradisi, Kitab Keluaran bersama dengan 4 kitab lain yang terkandung di dalam Torah Moses ditulis oleh Moses pada penghujung abad kedua sebelum Masihi. Pengkaji Bible moden berpendapat bahawa kitab ini telah ditetapkan susunannya pada lebih kurang tahun 450 sebelum Masehi.
Walaupun para sejarahwan dan ahli arkeologi masih tidak menjumpai apa-apa bukti bagi mengesahkan isi yang terkandung di dalam kitab Keluaran , namun hasil galian uji kaji purba di Avaris, Mesir oleh Manfred Bietak telah menunjukkan petanda bahawa rangkaian peristiwa yang sama dengan isi kitab Kejadian, ini mungkin telah berlaku pada penghujung Dinasti yang ke-13 Mesir .
Kitab Keluaran fasal 1-18 mengisahkan tentang penghambaan bangsa Israel di Mesir dan pembebasan mereka daripada perhambaan oleh Musa/Moses, serta perjalanan mereka dari Mesir hingga ke Gunung Sinai.
Kitab Keluaran fasal 19-24 mengisahkan perjanjian diantara Tuhan yang Esa dengan umat-Nya di Gunung Sinai dimana perjanjian itu memberikan bangsa Israel dasar hukum agama Yahudi, sivil, dan moral mereka.
Kitab Keluaran fasal 25-40 mengisahkan pembinaan tempat ibadat khusus (Haikal Sulaiman) bagi Yahudi, peraturan untuk para rabai, dan cara bagaimana beribadat kepada Tuhan.
Kitab Keluaran
| ||
Didahului oleh Kejadian |
Kitab Ibrani | Diikuti oleh: Kitab Imamat |
Kristian Perjanjian Lama |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.