Knesset | |
---|---|
הכנסת الكنيست 'HaKnesset al-Keneset' | |
ke-24 | |
Jenis | |
Jenis | Ekadewan |
Kepimpinan | |
Mickey Levy, Yesh Atid sejak 13 Jun 2021 | |
Naftali Bennett, HaYamin HeHadash sejak 13 Jun 2021 | |
Ketua Pembangkang | Benjamin Setanyahu, Likud sejak 13 Jun 2021 |
Struktur | |
Ahli | 120 |
Kumpulan politik | Pemerintah (61)
Pembangkang (59)
|
Pilihan raya | |
Sistem pengundian | Senarai parti perwakilan berkadar Kaedah D'Hondt |
Pilihan raya terakhir | 23 Mac 2021 |
Pilihan raya seterusnya | 11 November 2025 |
Tempat persidangan | |
Knesset, Givat Ram, Baitulmaqdis, | |
www.knesset.gov.il | |
sunting |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Baitulmaqdis |
---|
Knesset (; Ibrani: הַכְּנֶסֶת, rumi: HaK'néset "Himpunan", Arab: الكنيست, rumi: al-Kanīsat ) merupakan parlimen Israel dan terletak di Baitulmaqdis. Sebagai badan negara tertinggi, Knesset dengan demikian memiliki kawalan penuh terhadap keseluruhan Pemerintahan Israel.
Knesset meluluskan semua undang-undang, memilih presiden dan perdana menteri (walaupun yang terakhir dilantik oleh Presiden secara istiadat), menyetujui kabinet dan mengawasi pekerjaan pemerintah, antara lain. Di samping itu, Knesset memilih pengawal negara. Ianya juga memiliki kekuatan untuk mengetepikan kekebalan anggotanya, menyingkirkan presiden dan pengawas negara dari jawatannya, membubarkan pemerintah dengan suara konstruktif tanpa keyakinan, dan untuk membubarkan dirinya dan mengadakan pemilihan baru. Perdana menteri juga boleh membubarkan Knesset. Namun, sehingga pilihan raya selesai, Knesset mengekalkan kewibawaan dalam komposisi semasa. Knesset bertemu di Givat Ram, Baitulmaqdis.
Parlimen ini mula-mula bersidang pada 14 Februari 1949 berikutan pilihan raya tempatan yang berlangsung pada bulan sebelumnya. Ia menggantikan kedua-dua badan duluan: Majlis Negara Sementara Israel yang berfungsi sebagai badan pentadbir Israel dari pembentukan entiti negara itu pada 14 Mei 1949, dan Dewan Perwakilan Palestin Bermandat ketika kawasan Palestin diduduki pihak British.
Bangunan yang menempatkan Knesset di mana anggota-anggotanya bersidang terletak di Givat Ram, di atas bukit barat Baitulmaqdis; sebelum tercetusnya Perang Arab-Israel pada tahun 1948,kawasan ini merupakan sebuah kawasan pendudukan Arab yang dikenali sebagai Sheikh Badr. Bangunan ini ditaja oleh James A. de Rothschild sebagai hadiah kepada Pemerintah Israel. Sebelum pembinaan tempat tetap, mesyuarat Knesset dijalankan di beberapa tempat: