Kod QR ("QR" singkatan frasa bahasa Inggeris quick response. "tindak balas cepat") adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar Kod Produk Sejagat (Universal Product Code, UPC) biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.
Penggunaan kod QR bebas daripada sebarang lesen. Ia kini diterbitkan sebagai piawai ISO.
Sesebuah kod QR terdiri daripada tiga segi empat yang unik pada penjuru imej kod. Ketiga-tiga bentuk ini merupakan titik yang disasarkan dan dikesan pengimbas imej digital 2 dimensi yang kemudiannya dianalisiskan oleh suatu pemproses yang diprogramkan.
Pemproses ini menentukan QR menggunakan (satu atau lebih segi empat yang lebih kecil pada penjuru keempat untuk menentukan saiz, orientasi serta sudut pandang. Selepas itu, titik-titik kecil sepanjang kod ini ditukarkan kepada nombor binari (perduaan) serta disahkan dengan algoritma pembetul ralat.
Rekaan kod yang bermata lebih dari satu penjuru ini membolehkan daya simpanan maklumat berganda dari kod palang yang hanya dapat menampung arah mendatar.
Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama. Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.
Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay dan PayTM.)
Kod ini juga digunakan dalam lingkungan pendidikan sebagai penyimpan bahan perkuliahan. Selain itu, ia boleh diterapkan sebagai sarana mempermudahkan pengesahan ijazah dan transkrip secara nyata dan semasa. Perpustakaan-perpustakaan boleh mengimplementasikan kod ini untuk pembayaran denda dan perkhidmatan umum yang disediakan. Kod dapat dipasang pada kad pelajar tidak sahaja memudahkan pencatatan kehadiran siswa serta akses maklumat kepada para siswa, guru dan orang tua murid dalam proses pembelajaran atau pengajaran.
Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kod QR |