Kumpulan 77 atau Group of 77 (G77) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan gabungan negara-negara membangun, yang direka untuk menggalakkan kepentingan ekonomi kolektifnya dan mewujudkan kapasiti perundingan bersama yang dipertingkatkan di PBB. Terdapat 77 anggota pengasas organisasi ini, namun pada November 2013 ia telah berkembang kepada 134 negara keanggotaan. Meskipun China terlibat dalam G77, namun ia mengaggap sebagai anggota dan semua kenyataan rasmi dikeluarkan atas nama Kumpulan 77 dan China (The Group of 77 and China).
Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 15 Jun 1964, oleh "Deklarasi Bersama oleh Tujuh Puluh Tujuh Negara" yang dikeluarkan di Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). Mesyuarat pertama telah diadakan di Algiers pada tahun 1967, dimana Piagam Algiers telah diterima pakai asas untuk struktur institusi tetap dimulakan.
Kumpulan itu telah dikreditkan dengan pendirian bersama terhadap apartheid dan untuk menyokong perlucutan senjata global. Mereka juga menyokong Orde Ekonomi Antarabangsa Baru.
Pada tahun 2019, Palestin dipilih menjadi pengerusi G77.
Sehingga Julai 2017, kumpulan ini terdiri daripada semua negara anggota PBB (bersama-sama dengan Palestin), kecuali:
}}
G77 menyenaraikan China sebagai salah satu ahlinya. Kerajaan China memberikan sokongan politik yang konsisten kepada G77 dan telah membuat sumbangan kewangan kepada G77 sejak tahun 1994, tetapi ia tidak menganggap dirinya sebagai ahli. Oleh itu, semua kenyataan rasmi G77 dinamakan sebagai Kumpulan 77 dan China.
Negara pengerusi | Tahun |
---|---|
India | 1970–1971 |
Peru | 1971–1972 |
Mesir | 1972–1973 |
Iran | 1973–1974 |
Mexico | 1974–1975 |
Madagaskar | 1975–1976 |
Pakistan | 1976–1977 |
Jamaica | 1977–1978 |
Tunisia | 1978–1979 |
India | 1979–1980 |
Venezuela | 1980–1981 |
Algeria | 1981–1982 |
Bangladesh | 1982–1983 |
Mexico | 1983–1984 |
Mesir | 1984–1985 |
Yugoslavia | 1985–1986 |
Guatemala | 1987 |
Tunisia | 1988 |
Malaysia | 1989 |
Bolivia | 1990 |
Ghana | 1991 |
Pakistan | 1992 |
Colombia | 1993 |
Algeria | 1994 |
Filipina | 1995 |
Costa Rica | 1996 |
Tanzania | 1997 |
Indonesia | 1998 |
Guyana | 1999 |
Nigeria | 2000 |
Iran | 2001 |
Venezuela | 2002 |
Maghribi | 2003 |
Qatar | 2004 |
Jamaica | 2005 |
Afrika Selatan | 2006 |
Pakistan | 2007 |
Antigua dan Barbuda | 2008 |
Sudan | 2009 |
Yaman | 2010 |
Argentina | 2011 |
Algeria | 2012 |
Fiji | 2013 |
Bolivia | 2014 |
Afrika Selatan | 2015 |
Thailand | 2016 |
Ecuador | 2017 |
Kumpulan 24 atau Group of 24 (G24) merupakan bahagian daripada G77 yang ditubuhkan pada tahun 1971 untuk menyelaraskan kedudukan negara-negara membangun dalam isu-isu kewangan dan pembangunan kewangan antarabangsa serta untuk memastikan bahawa kepentingan mereka diwakili secukupnya dalam rundingan mengenai perkara-perkara kewangan antarabangsa. Setiap ahli G24, kecuali Mexico, merupakan ahli G77. Meskipun keahlian G24 hanya terbuka untuk 24 negara, namun ahli-ahli lain dalam G77 boleh turut serta dalam perbincangan.
中国不是77国集团成员,但一贯支持其正义主张和合理要求,与其保持良好合作关系,在经社领域一般以“77国集团加中国”的模式表达共同立场。中国自1994年开始每年向其捐款,2014年起捐款每年5万美元。
Mr. Chair, I have the honour to deliver this statement on behalf of the Group of 77 and China.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kumpulan 77 |