Lee Jae-yong | |
---|---|
Kelahiran | 이재용 23 Jun 1968 |
Pusat pendidikan | Universiti Kebangsaan Seoul Universiti Keio Sekolah Perniagaan Harvard |
Pekerjaan | Naib Pengerusi Samsung |
Nilai bersih | US$6.7 bilion (Oktober 2018) |
Pasangan | 임세령 (Lim Se-ryeong) (1997–2009; bercerai) |
Anak-anak | Lee Ji-ho (이지호, 2000) Lee Won-ju (이원주, 2004) |
Ibu bapa | Lee Kun-hee Hong Ra-hee |
Nama Korea | |
Hangul | 이재용 |
Hanja | 李在鎔 |
Perumian Semakan | I Jaeyong |
McCune–Reischauer | Yi Chaeyong |
Lee Jae-yong (이재용 ; lahir 23 Jun 1968), juga dikenali di Barat sebagai Jay Y. Lee, merupakan tokoh perniagaan Korea Selatan dan Naib Pengerusi Kumpulan Samsung, berkhidmat sebagai ketua de facto. Beliau merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki Hong Ra-hee dan Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung, dan dianggap secara meluas sebagai bakal pengganti bapanya. Beliau dirujuk sebagai "Putera Mahkota Samsung" oleh media Korea Selatan, dan bertutur bahasa Korea, Inggeris dan Jepun. Lee dianggarkan bernilai AS$7.9 bilion, menjadikan beliau sebagai orang terkaya ketiga di Korea Selatan.
Pada tahun 2014, Lee dinamakan orang paling berkuasa ke-35 dan orang Korea paling berkuasa oleh Forbes Magazine's List of The World's Most Powerful People bersama-sama bapanya.
Jae-yong dilahirkan di Seoul, Korea Selatan kepada Lee Kun-hee. Beliau menerima B.A. dalam sejarah Asia Timur di Universiti Kebangsaan Seoul, dan M.B.A. di Universiti Keio. Beliau menghadiri Sekolah Perniagaan Harvard selama lima tahun untuk mendapatkan ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan, tetapi tidak menerima graduan.
Jae-yong mula bekerja untuk Samsung pada 1991. Beliau mula berkhidmat sebagai Naib Presiden Perancangan Strategi dan kemudian sebagai "Ketua Pegawai Pelanggan", jawatan pengurusan yang dicipta khas untuk Lee. Prospek beliau untuk kepimpinan masa depan syarikat tercetus selepas Kun-hee meletakkan jawatan sebagai Pengerusi akibat pengelakan cukai. Pada Disember 2009, Walau bagaimanapun, prospek penggantiannya kembali apabila Lee menjadi Ketua Pegawai Operasi Samsung Electronics. Sejak Disember 2012, beliau telah menjadi Naib Pengerusi Samsung. Beliau ialah salah satu pemegang saham utama anak syarikat perkhidmatan kewangan Samsung, yang memiliki 11 peratus daripada Samsung SDS.
Lee jarang muncul di khalayak dan mengelakkan publisiti. Beliau mempunyai dua adik perempuan, Lee Boo-jin, Lee Seo-hyun, dan merupakan abang sulung mendiang Lee Yoon-hyung.
Beliau mempunyai dua anak dari perkahwinannya dengan Lim Se-ryung, yang beliau bercerai pada 2009. Lee mempunyai hobi bermain golf dan menunggang kuda.