Negara | Malaysia |
---|---|
Konfederasi | AFC |
Ditubuhkan | 1952 (format kalah mati) 2008 (format Liga) |
Divisyen | 3 |
Bilangan pasukan | 14 |
Kelayakan ke | Liga Premier Malaysia |
Disingkirkan ke | Liga M4 Malaysia |
Tahap | Tahap 3 |
Piala domestik | |
Juara semasa | Terengganu City FC (2018) |
Kejuaraan terbanyak | Selangor (7 Trofi) |
Rakan TV | |
Tapak sesawang | Laman Rasmi Liga FAM |
Musim 2018 |
Liga FAM Malaysia (juga dikenali dengan nama Piala FAM Malaysia) merupakan liga bola sepak tahap ketiga di Malaysia. Kejohanan ini berformat piala sebelum ditukar ke format liga pada tahun 2008.
Liga ini pertama kali diadakan pada tahun 1952. Pada tahun 2019, kejohanan di jenamakan kepada Liga M3 Malaysia 2019. Ianya adalah edisi pertama Liga M3 Malaysia. Format pertandingan ini merupakan liga divisyen 3 dalam sistem bola sepak Malaysia.
Sejak penubuhan pertandingan pada tahun 1951, banyak logo telah diperkenalkan untuk mencerminkan penajaan. Semasa pengenalan musim 2017, logo baru telah diperkenalkan.
Biasanya, pasukan di dalam liga ini tidak disingkirkan, tetapi jika sebuah pasukan mempunyai sebuah rekod buruk, mereka akan digantikan oleh sebuah pasukan daripada liga-liga negeri. Sekiranya sebuah pasukan ini disingkirkan, secara automatik mereka akan disingkirkan ke liga-liga negeri di mana mereka akan diletakkan di kawasan liga Divisyen 1 dimana pasukan mereka berasal dan digantikan oleh sebuah pasukan di dalam salah satu daripada liga-liga negeri tersebut.
Namun begitu ada juga kelab-kelab atau persatuan-persatuan yang baru atau lama ditubuhkan, tidak kira pasukan tersebut memenangi kejohanan di peringkat negeri atau tidak, jika pasukan-pasukan tersebut mempunyai dana yang cukup untuk memasuki liga ini, mereka boleh terus menyertainya.
Negeri | Juara | Naib Juara |
---|---|---|
Selangor | ||
Pulau Pinang | ||
Kuala Lumpur | ||
Kelantan | ||
Lain-lain | ||
Johor | ||
Pahang | ||
Perak | ||
Melaka | ||
Terengganu | ||
Negeri Sembilan | ||
Singapura | ||
Kedah | ||
Sabah | ||
Perlis |