Liga Hoki Kebangsaan

Liga Hoki Kebangsaan (Perancis: Ligue nationale de hockey; Inggeris: National Hockey League) ialah liga hoki ais profesional di Amerika Utara, yang kini terdiri daripada 31 buah pasukan, di mana 24 pasukan adalah dari Amerika Syarikat manakala 7 lagi dari Kanada. Liga ini dianggap sebagai liga hoki ais profesional terunggul di dunia, dan merupakan salah satu daripada liga sukan profesional utama di Amerika Syarikat dan Kanada. Piala Stanley, trofi sukan profesional tertua di Amerika Utara, diberikan setiap tahun kepada juara main habis liga pada setiap akhir musim.

Rujukan

Catatan

  1. ^ Marsh, James (2006). "National Hockey League". The Canadian Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2006.
  2. ^ Roarke, Shawn P. (12 Mac 2017). "Stanley Cup has incredible history". NHL.com (dalam bahasa Inggeris). NHL Enterprises, LP. Dicapai pada 12 Jun 2020.

Pautan luar