Majlis Tertinggi Fasisme | |
---|---|
Gran Consiglio del Fascismo | |
Kepimpinan | |
Presiden Majlis | |
Tempat persidangan | |
sunting |
Majlis Tertinggi Fasisme (Itali: Gran Consiglio del Fascismo ) adalah badan utama kerajaan Fasis Mussolini di Itali. Sebuah badan yang memegang dan melaksanakan kuasa yang besar bagi mengawal institusi-institusi kerajaan, ia telah diwujudkan sebagai sebuah badan parti pada tahun 1923 dan menjadi badan negara pada 9 Disember 1928. Majlis tersebut biasanya bersidang di Palazzo Venezia, Rome, yang juga merupakan pusat ketua kerajaan Itali.
Ahli-ahlinya, dipilih dikalangan gerarchi parti, adalah seperti berikut:
Pada dasarnya, pihak majlis mempunyai kuasa-kuasa ini:
Perjumpaan Majlis Tertinggi telah diadakan oleh Perdana Menteri sendiri, dan segala dekri dan undang-undang hanya boleh diluluskan selepas mendapat kebenarannya. Berbeza dengan model kerajaan Führerprinzip di Nazi Jerman, sekurang-sekurangnya pihak Majlis Tertinggi secara teori memiliki kuasa untuk menasihatkan Raja Itali memecat Perdana Menteri dari jawatannya. Dengan itu, ia satu-satunya badan yang boleh mengawal kuasa Mussolini.
Majoriti Majlis Tertinggi (19 undian berbalas 8, dengan satu tidak hadir) mengundi, pada awal pagi 25 Julai 1943, atas Arahan Biasa (Ordine del Giorno Grandi) Dino Grandi untuk menggulingkan Mussolini dengan tanpa pertumpahan darah susulan dari Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily. Antara 19 orang yang mengundi pemecatan ialah menantu Mussolini Galeazzo Ciano, yang merupakan bekas menteri luar negeri, dan marsyal berpengaruh Emilio De Bono. Dua orang ini, dan tiga penentang Mussolini yang lain, dengan mendapat bantuan tentera Jerman mengekalkan rejim fasisnya di utara Itali, telah dihukum mati di Verona pada 8 Januari 1944 dan dibunuh tiga hari kemudian.