Malaikat Mikail merupakan malaikat yang menyampaikan rezeki. Dalam Bahasa Inggeris, Malaikat Mikail dikenali sebagai Michael. Malaikat Mikail adalah salah satu di antara pembesar malaikat yang empat yang diciptakan Allah.
" Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. " - (Surah Al-Baqarah: 98)
Dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)