Muwallad atau Muladi (Arab: مولدون transliterasi mūwallad, jamak mūwalladūn atau mūwalladīn) Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ialah Muslim yang berketurunan etnik Iberia atau kacukan Arab, Berber dan Eropah, yang hidup di Al-Andalus pada Zaman Pertengahan. Mereka juga dikenali sebagai Musalima (Di-Islamkan).
Perkataan-perkataan Sepanyol, Portugis dan Catalan, muladí, muladi atau muladita ialah perkataan terbitan daripada perkataan muwallad Bahasa Arab. Maksud asas perkataan ini ialah orang keterununan campuran, terutamanya orang keturunan Arab dan Ajam (bukan Arab), yang membesar bersama Arab dan dididik dalam budaya Islam
Muwallad terbit daripada kata dasar bahasa Arab, WaLaD (ولد transliterasi langsung Arab: waw, lam, dal). Walad bermaksud "keturunan, anak, zuriat, anak muda (lelaki)". Muwallad merujuk kepada anak seorang lelaki Arab dan wanita asing atau bukan Arab. Kata muwalladin kekal digunakan di hari ini untuk merujuk kepada anak seorang bapa Arab dan ibu bukan Arab.
Mengikut Dozy, Muwallad bermaksud "sesiapa yang bukan berketurunan Arab tetapi dilahairkan di kalangan Arab dan dibesarkan sebagai Arab". Dozy berpendapat perkataan itu tidak semestinya menggambarkan keturunan Arab, sama ada di sebelah bapa mahupun ibu.
Kamus Akademi Diraja Sepanyol (bahasa Sepanyol) pula menyatakan bahawa Muladi bermaksud "orang Sepanyol Kristian yang pada zaman pemerintahan Islam, memeluk Islam dan tinggal bersama orang Islam"