2010 FIFA World Cup | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Afrika Selatan |
Tarikh | 11 Jun - 11 Julai |
Pasukan | 32 (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 10 (di 9 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Sepanyol (Kejuaraan Ke-pertama) |
Naib Juara | Belanda |
Tempat Ketiga | Jerman |
Tempat Keempat | Uruguay |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 64 |
Jaringan gol | 145 (2.27 per perlawanan) |
Kehadiran | 3,178,856 (49,670 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Thomas Müller David Villa Wesley Sneijder Diego Forlán (5 gol) |
← 2006 2014 → |
Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung di dunia. Ia telah berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.
Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.
Kejohanan bermula pada 11 Jun dari peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan bergilir-gilir bertanding untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan masa tambahan, dan juga sepakan penalti jika perlu, sehinggalah Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium Soccer City di Johannesburg.
Kejohanan ini dimenangi oleh Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga, Belanda 1–0 selepas masa tambahan, hasil jaringan Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan Itali dan bekas naib juara Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari Argentina, Brazil dan Jerman terkeluar di peringkat kalah mati.
Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.
Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010:
Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.
Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya telah diumumkan oleh presiden FIFA dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir.
Keputusan:
Tunisia menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas tuan rumah bersama tidak dibenarkan
Libya bidaan ditolak: kerana tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan
Sebagai tuan rumah, Afrika Selatan layak secara automatik untuk kejohanan. Namun, Afrika Selatan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia kerana Kelayakan CAF adalah ia juga adalah sebahagian daripada kejohanan kelayakan untuk Piala Negara Afrika 2010. Mereka adalah tuan rumah pertama sejak 1934 yang mengambil bahagian dalam kelayakan. Seperti yang terjadi di kejohanan sebelumnya, juara bertahan tidak diberi kelayakan automatik, dan Itali mesti menyertai di pusingan kelayakan.
Undian kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2010 telah diadakan di Durban, Afrika Selatan, pada 25 November 2007.
Korea Utara melakar sejarah baru apabila layak ke piala dunia 2010 buat kali kedua dalam sejarah. Mereka kali terakhir layak ialah pada edisi 1966 di England. Mereka tewas tipis 1-2 kepada Brazil, tetapi layu ditangan Portugis 0-7 dan Ivory Coast 0-3.
New Zealand pula layak setelah memenangi pusingan play off bertemu wakil AFC, Bahrain. Nz menang aggregat 1-0, kali terakhir mereka layak edisi 1982 di Sepanyol. NZ kemudian mengejutkan ramai pihak apabila seri 1-1 dengan juara bertahan Itali, seri 1-1 Slovakia, 0-0 Paraguay. Biarpun tersingkir setelah menamatkan kedudukan di no.3 kumpulan F, mereka satu-satunya pasukan tidak kalah dalam pertandingan ini kerana juara, Sepanyol tumpas kepada Switzerland 1-0 pada perlawanan pertama.
Begitu juga dengan Honduras, satu lagi wakil Concacaf yang kali terakhir mereka layak ialah edisi 1982. Mereka juga mencipta rekod tersendiri di edisi 2010 apabila membawa 3 orang adik beradik Palacios, Jerry,Wilson,Johnny. Dimana tiada pasukan lain pernah membawa sebegitu ramai adik beradik dalam 1 pasukan ke kejohanan utama.
Uruguay yang tidak diberikan harapan tinggi memberikan prestasi terbaik dengan layak ke separuh akhir bertemu Belanda sebelum tumpas kepada Jerman di penentuan tempat ke-3 & 4. Mereka mempamerkan aksi baik meskipun terpalit insiden bola tangan Luis Suarez yang disengajakan semasa bertemu Ghana. Mereka pulang awal di edisi 2002 dan tidak layak ke edisi 2006 tetapi kali ini mereka menjadi pasukan Amerika Selatan terbaik sebagai wakil tunggal Conmebol ke separuh akhir, bilamana Argentina dibelasah 4-0 Jerman dan Brazil 1-2 Belanda.
Sepanyol sering dilabel pasukan "underachiever" kerana mereka kerap dibarisi pemain ternama dan berkualiti tetapi keputusan yang diharapkan tidak sebegitu. Mereka tumpas tumpas kepada Nigeria pada edisi 98, tersungkur di kaki Korea Selatan pada 2002 dan tewas kepada Perancis pada 2006. Tetapi mereka membuktikan mereka bukan lagi pasukan yang sama sejak euro 2008 bilamana mereka berjaya memenangi kejohanan ulung Eropah itu. Selaku pasukan yang tidak pernah beraksi di pentas akhir dan tidak pernah memenangi piala dunia pastinya satu bebanan besar buat juara baru ini.
Perlawanan pembukaan mereka kecundang kepada Switzerland 1-0 tetapi bangkit di 2 perlawanan berikutnya 2-0 Honduras, 2-1 Chile untuk layak ke pusingan kalah mati. Bertemu seteru semenanjung Iberia mereka, Portugis bukan satu cabaran yang mudah kerana ada Cristiano Ronaldo yang merajai la liga, tapi mereka berjaya menang tipis 1-0 sebelum bertemu Paraguay di suku akhir, keputusan tipis 1-0 tercatat. Sepanyol mara ke separuh akhir bertemu Jerman, pasukan yang dibarisi bintang muda yang berpotensi. Jerman menunjukkan mereka pasukan yang bakal menyinar selepas menang mudah 4-0 keatas Australia, tewas mengejut kepada pendatang baru Serbia 0-1 sebelum menang 1-0 keatas Ghana. Mereka juga dengan tenang membelasah pasukan England yang dibarisi pemain jauh lebih senior dan berpengalaman 4-1 !! mereka semakin berbisa apabila di suku akhir mereka menang mudah keatas Argentina yang memiliki Messi,Aguero,Higuain dan Tevez 4 penyerang berbisa era itu. Tak dilupakan Diego Milito yang menyerlah semusim bersama Inter Milan 09/10. Tetapi semua itu tidak berjaya diterjemahkan ke atas padang apabila dengan mudah barisan muda Jerman menyumbat 4 gol tanpa balas keatas pasukan bimbingan Diego Maradona itu.
Sepanyol menang tipis dengan tandukan Carles Puyol menjadi faktor kemenangan mereka. Kini cuma tinggal Belanda saja yang mampu menghentikan kemaraan kuasa baru bolasepak dunia itu. Rata-rata pemain Sepanyol kali ini terdiri daripada 2 pasukan dominan dalam la liga, Barcelona (7) dan Real Madrid (5). Dibantu pemain-pemain dari kelab lain seperti Valencia (4), Sevilla (1), Athletic Bilbao (2) ,Villareal (1) dan 2 kelab Inggeris, Liverpool ( Torres & Pepe Reina )dan Arsenal ( Cesc Fabregas ).
Di final, perlawanan diheret ke masa tambahan kerana tiada gol berjaya dijaringkan. Belanda sepatutnya menyalahkan diri mereka kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada dikala Arjen Robben mempunyai peluang 1 lawan 1 dengan Iker Casillas dia gagal menyudahkan peluang itu dengan sempurna. Mereka juga cukup bertuah kerana Nigel De Jong tidak dilayangkan kad merah kerana menerjah dada Xabi Alonso. 4 pemain Sepanyol dikepung 7 orang unit bertahan Belanda, Torres disebelah flanker kiri cuba memberi bola kepada Iniesta di flanker kanan tetapi ditolak keluar oleh ketua pasukan Rafael Van Der Vaart, bola muntah dikutip oleh Fabregas yang terkepung di tengah sebelum melorongkan ke sebelah kanan kembali kepada Iniesta yang sudah berjaya memecah perangkap Offsaid dan merembat ke penjuru gol menewaskan Marten Stekelenburg.
Ledakan gol Iniesta memecah kebuntuan dan kini Sepanyol cuma mengira detik sebelum wisel ditiup menabalkan mereka juara bolasepak dunia. Final ini pastinya menarik untuk dikenang kerana 2 pasukan ini dianggap underachiever kerana mempunyai barisan pemain mantap generasi demi generasi tetapi masih gagal mendakap piala dunia.
32 pasukan berikut telah layak untuk kejohanan akhir.
|
|
|
|
Pada 2005, pihak penganjur mengeluarkan senarai awal 12 tempat untuk penganjuran Piala Dunia:Bloemfontein, Cape Town, Durban, Johannesburg (dua tempat), Kimberley, Nelspruit, Orkney, Polokwane, Port Elizabeth, Pretoria, dan Rustenburg. Ini telah dikurangkan kepada 10 tempat seperti yang diumumkan secara rasmi oleh FIFA pada 17 Mac 2006:
Jumlah hadiah wang tunai yang ditawarkan untuk kejohanan seperti yang disahkan oleh FIFA adalah$420 juta, iaitu 60 peratus lebih daripada kejohanan tahun 2006. Sebelum perlawanan, setiap pasukan peserta akan menerima $1 jutauntuk membiayai persediaan mereka. Sebaik sahaja dalam kejohanan, pasukan yang terkeluar dari peringkat kumpulan menerima $8 juta. Selepas itu, hadiah wang tunai adalah seperti berikut:
Buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia, FIFA membayar sejumlah €26 juta kelab-kelab domestik yang dianggotai oleh para pemain yang mewakili pasukan kebangsaan masing-masing di kejohanan, iaitu lebih €1,000 seorang pemain sehari.
Ini timbul ekoran persetujuan yang dicapai oleh FIFA dan kelab-kelab Eropah pada tahun 2008, untuk membubarkan kumpulan G-14 dan menarik balik tuntutan pampasan sejak tahun 2005 mengenai perbelanjaan merawat kecederaan yang dialami oleh para pemain mereka ketika berkhidmat untuk negara, seperti tuntutan Charleroi S.C. dari Belgium untuk kecederaan Abdelmajid Oulmers dari Maghribi dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2004, dan tuntutan kelab England Newcastle United untuk kecederaan Michael Owen di Piala Dunia 2006.
Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika. Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah, Afrika Selatan.
Lagu rasmi bagi Piala Dunia 2010 adalah "Waka Waka" dipersembahkan oleh penyanyi Colombia, Shakira dan kumpulan Freshlyground dari Afrika Selatan, dan lagu ini dinyanyikan di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol. Lagu ini berdasarkan sebuah lagu tradisi askar bernama Zangalewa. Shakira dan Freshlyground telah mempersembahkan lagu ini semasa konsert sepakmula pra-pertandingan di Sowetopada 10 Jun 2010. Ia juga telah dinyanyikan semasa upacara pertandingan dan akan dipersembahkan pada akhir pertandingan pada 11 Julai 2010.
bola perlawanan bagi Piala Dunia 2010, telah dibuat oleh Adidas, dan dinamakan Jabulani, bermaksud "memberi kegembiraan pada semua" di dalam bahasa bahasa Zulu. Ia adalah bola Piala Dunia kelapan dibuat oleh pembuat barangan sukan Jerman; ia menunjukkan sebelas warna, mewakilkan setiap pemain sesebuah pasukan di atas padang dan sebelas bahasa rasmi Afrika Selatan. Sebiji bola perlawanan khas dengan panel emas, dinamakan Jo'bulani, akan digunakan pada peringkat akhir yang diadakan di Johannesburg.
Bola ini direka menggunakan satu rekabentuk baru, yang mengandungi lapan ikatan terma, panel-panel tiga dimensi. Kesemuanya ini diacuankan secara sfera daripada etilina vinil asetat(ethylene-vinyl acetate atau nama singkatan:EVA) dan termoplastik poliuretena (thermoplastic polyurethanes - nama singkatan:TPU). Permukaan bola ditekstur dengangrooves, sebuah teknologi yang dibangunkan oleh Adidas yang dinamakanGripnGroove yang bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut. Rekabentuk ini telah mendapat beberapa input akademik, yang dibangunkan di dalam perkongsian dengan penyelidik dariLoughborough University, United Kingdom. Bola-bola ini telah diperbuat di China, menggunakan pundi-pundi lateks di India, termoplastik poliuretena dari Taiwan, etilina vinil asetat, isotropik poliester/kapas fabrik, dan gam serta dakwat dari China.
Beberapa pemain bintang bola sepak sudah mengadu mengenai bola tersebut, mendakwa bahawa [ergerakannya sangat susah untuk diramal.Penjaga gol Brazil Júlio César membandingkan bola berkenaan dengan bola "supermarket" yang lebih berpihak kepada penyerang dan berhasil menentang penjaga gol.Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata bahawa "Kita tidak akan nampak hantaran jauh di dalam Piala Dunia ini kerana bola berkenaan tidak terbang terus (We won't see any long passes in this world cup because the ball doesn't fly straight.)" Walau bagaimanapun, sebilangan pemain tajaan Adidas sudah memberi maklumbalas positif terhadap bola ini.
Semasa Piala Dunia, banyak pihak mengkritik dan mendakwa bahawa bunyi bising yang dihasilkan oleh hon-hon vuvuzela, termasuklah pemain Perancis, Patrice Evra, menyalahkan bunyi vuvuzela sebagai faktor prestasi rendah pasukannya.Pengkritik-pengkritik lain termasuklah Lionel Messi, mendakwa bahawa bunyi vuvuzelas mengurangkan komunikasi di kalangan pemain di padang, dan syarikat-syarikat penyiaran, mendakwa bahawa suara-suara penyiar juga telah ditenggelamkan oleh bunyi berkenaan.
Orang lain yang menyaksikan perlawanan di televisyen mendakwa bahawa kemasukan bunyi audio dari stadium hanya mengandungi bunyi vuvuzela dan bunyi semulajadi orang ramai telah ditenggelamkan. Seorang jurucakap daripada ESPN dan rangkaian lain telah berkata bahawa mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan bunyi bising berkenaan pada rangkaian mereka.
Penganjur kejohanan Danny Jordaan menafikan dakwaan bahawa serangan terhadap pasukan kebangsaan Togo yang mengambil tempat di Angola pada bulan Januari 2010, mempunyai sebarang kaitan dengan penyusunan keselamatan Piala Dunia.
Terdapat juga laporan-laporan kecurian terhadap pelancong yang datang untuk Piala Dunia. Para pelancong dari China, Portugal, Sepanyol, Korea Selatan, Jepun dan Colombia sudah menjadi mangsa jenayah berkenaan.
Pada 19 Jun 2010 selepas perlawanan di antara England dan Algeria, seorang penyokong berjaya menyusup masuk menerusi kawasan kakitangan yang dilantik FIFA di stadium Green Point dan dapat memasuki bilik persalinan pasukan England. Ia telah terjadi sebaik sahaja Putera William dan Putera Harry sudah meninggalkan bilik itu. Penceroboh berkenaan kemudian dilepaskan sebelum diserahkan kepada polis. FA Inggeris membuat aduan rasmi kepada FIFA dan menggesa agar keselamatan dipertingkatkan.
Seperti acara-acara besar di seluruh dunia, Piala Dunia FIFA 2010 telah dikaitkan dengan orang-orang terbuang, yang banyak dakwaan adalah bermaksud untuk 'mencantikkan bandar raya', mengkagumkan pelancong yang melawat dan menyembunyikan penjual jalanan. Pada 14 Mei 2009, pergerakan penjual jalanan yang berpangkalan di Durban, Abahlali baseMjondolo telah membawa kerajaan KwaZulu-Natal ke mahkamah kerana kontroversi Akta Penyingkiran dan Pembasmian Setinggan, bermaksud untuk menyingkirkan setingan-setinggan di Afrika Selatan dan meletakkan penjual jalanan yang tidak berumah ini di perkhemahan transit dalam masa Piala Dunia 2010.
Satu lagi kontroversi utama yang mengelilingi persediaan Piala Dunia adalah projek perumahan N2 Gateway di Cape Town, yang merancang untuk memindahkan 20,000 residensi dari Joe Slovo Informal Settlement di sepanjang N2 Freeway yang sibuk dan membina flat-flat sewaan dan rumah-rumah di tempatnya pada masa Piala Dunia 2010. NGO-NGO, organisasi hak asasi manusia, danAnti-Eviction Campaign sudah mengkritik secara umum keadaan-keadaan di dan bagaimana mereka kata ia digunakan untuk memaksa pemindahan keluarga-keluarga yang susah terutamanya untuk memberi laluan kepada Piala Dunia 2010.
Berapa kumpulan sudah mengalami komplikasi yang merujuk kepada acara-acara sukan berjadual, pengiklanan atau penyiaran, kerana FIFA cuba untuk memaksimakan hak kawalan media semasa Piala Dunia. Pihak-pihak yang terlibat termasuklah satu ujian ragbi antarabangsa, sebuah South African airline, dan beberapa rangkaian TV networks, semuanya terlibat di dalam pertelagahan undang-undang dengan penganjur Piala Dunia.
Semasa kejohanan itu, kumpulan pemegang tiket tidak group ticket-holders who did not utilize all tickets they were alloted, yang membawa kepada perlawanan-perlawanan pusingan awal mempunyai tempat duduk kosong sebanyak 11,000 tempat.
Proses penentuan kumpulan diadakan di Cape Town pada 4 Disember 2009.
A | B | C | D |
---|---|---|---|
Afrika Selatan | Argentina | England | Jerman |
Mexico | Nigeria | Amerika Syarikat | Australia |
Uruguay | Korea Selatan | Algeria | Serbia |
Perancis | Yunani | Slovenia | Ghana |
E | F | G | H |
---|---|---|---|
Belanda | Itali | Brazil | Sepanyol |
Denmark | Paraguay | Korea Utara | Switzerland |
Jepun | New Zealand | Ivory Coast | Honduras |
Cameroon | Slovakia | Portugal | Chile |
FIFA telah memilih para pengadil untuk mnegadili Piala Dunia:
Pasukan layak untuk fasa seterusnya |
Semua masa adalah Waktu tempatan Afrika Selatan (UTC+2)
Pasukan
|
P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Uruguay | 3 | 2 | 1 | 0 | 4 | 0 | +4 | 7 |
Mexico | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 2 | +1 | 4 |
Afrika Selatan | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 5 | −2 | 4 |
Perancis | 3 | 0 | 1 | 2 | 1 | 4 | −3 | 1 |
11 Jun 2010 | |||
Afrika Selatan | 1–1 | Mexico | Soccer City, Johannesburg |
Uruguay | 0–0 | Perancis | Stadium Cape Town, Cape Town |
16 Jun 2010 | |||
Afrika Selatan | 0–3 | Uruguay | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria |
17 Jun 2010 | |||
Perancis | 0–2 | Mexico | Stadium Peter Mokaba, Polokwane |
22 Jun 2010 | |||
Mexico | 0 – 1 | Uruguay | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg |
Perancis | 1 – 2 | Afrika Selatan | Stadium Free State, Bloemfontein |
|
|
12 Jun 2010 | |||
England | 1–1 | Amerika Syarikat | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg |
13 Jun 2010 | |||
Algeria | 0–1 | Slovenia | Stadium Peter Mokaba, Polokwane |
18 Jun 2010 | |||
Slovenia | 2–2 | Amerika Syarikat | Stadium Ellis Park, Johannesburg |
England | 0–0 | Algeria | Stadium Cape Town, Cape Town |
23 Jun 2010 | |||
Slovenia | 0 – 1 | England | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth |
Amerika Syarikat | 1 – 0 | Algeria | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria |
|
13 Jun 2010 | |||
Serbia | 0–1 | Ghana | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria |
Jerman | 4–0 | Australia | Stadium Moses Mabhida, Durban |
18 Jun 2010 | |||
Jerman | 0–1 | Serbia | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth |
19 Jun 2010 | |||
Ghana | 1–1 | Australia | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg |
23 Jun 2010 | |||
Ghana | 0 – 1 | Jerman | Soccer City, Johannesburg |
Australia | 2 – 1 | Serbia | Stadium Mbombela, Nelspruit |
|
14 Jun 2010 | |||
Belanda | 2–0 | Denmark | Soccer City, Johannesburg |
Jepun | 1–0 | Cameroon | Stadium Free State, Bloemfontein |
19 Jun 2010 | |||
Belanda | 1–0 | Jepun | Stadium Moses Mabhida, Durban |
Cameroon | 1–2 | Denmark | Stadium Loftus Versfeld, Pretoria |
24 Jun 2010 | |||
Denmark | 1-3 | Jepun | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg |
Cameroon | 1-2 | Belanda | Stadium Cape Town, Cape Town |
|
14 Jun 2010 | |||
Itali | 1–1 | Paraguay | Stadium Cape Town, Cape Town |
15 Jun 2010 | |||
New Zealand | 1–1 | Slovakia | Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg |
20 Jun 2010 | |||
Slovakia | 0-2 | Paraguay | Stadium Free State, Bloemfontein |
Itali | 1-1 | New Zealand | Stadium Mbombela, Nelspruit |
24 Jun 2010 | |||
Slovakia | 3-2 | Itali | Stadium Ellis Park, Johannesburg |
Paraguay | 0-0 | New Zealand | Stadium Peter Mokaba, Polokwane |
|
15 Jun 2010 | |||
Ivory Coast | 0–0 | Portugal | Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth |
Brazil | 2–1 | Korea Utara | Stadium Ellis Park, Johannesburg |
20 Jun 2010 | |||
Brazil | 3-1 | Ivory Coast | Soccer City, Johannesburg |
21 Jun 2010 | |||
Portugal | 7-0 | Korea Utara | Stadium Cape Town, Cape Town |
25 Jun 2010 | |||
Portugal | 0-0 | Brazil | Stadium Moses Mabhida, Durban |
Korea Utara | 0-3 | Ivory Coast | Stadium Mbombela, Nelspruit |
|
Pusingan 16 | Suku akhir | Separuh akhir | Perlawanan Akhir | |||||||||||
26 Jun – Port Elizabeth | ||||||||||||||
Uruguay | 2 | |||||||||||||
2 Julai – Johannesburg | ||||||||||||||
Korea Selatan | 1 | |||||||||||||
Uruguay | 1 (4) | |||||||||||||
26 Jun – Rustenburg | ||||||||||||||
Ghana | 1 (2) | |||||||||||||
Amerika Syarikat | 1 | |||||||||||||
6 Julai – Cape Town | ||||||||||||||
Ghana | 2 | |||||||||||||
Uruguay | 2 | |||||||||||||
28 Jun – Durban | ||||||||||||||
Belanda | 3 | |||||||||||||
Belanda | 2 | |||||||||||||
2 Julai – Port Elizabeth | ||||||||||||||
Slovakia | 1 | |||||||||||||
Belanda | 2 | |||||||||||||
28 Jun – Johannesburg | ||||||||||||||
Brazil | 1 | |||||||||||||
Brazil | 3 | |||||||||||||
11 Julai – Johannesburg | ||||||||||||||
Chile | 0 | |||||||||||||
Belanda | 0 | |||||||||||||
27 Jun – Johannesburg | ||||||||||||||
Sepanyol (s.m.t.) | 1 | |||||||||||||
Argentina | 3 | |||||||||||||
3 Julai – Cape Town | ||||||||||||||
Mexico | 1 | |||||||||||||
Argentina | 0 | |||||||||||||
27 Jun – Bloemfontein | ||||||||||||||
Jerman | 4 | |||||||||||||
Jerman | 4 | |||||||||||||
7 Julai – Durban | ||||||||||||||
England | 1 | |||||||||||||
Jerman | 0 | |||||||||||||
29 Jun – Pretoria | ||||||||||||||
Sepanyol | 1 | Tempat ketiga | ||||||||||||
Paraguay | 0 (5) | |||||||||||||
3 Julai – Johannesburg | 10 Julai – Port Elizabeth | |||||||||||||
Jepun | 0 (3) | |||||||||||||
Paraguay | 0 | Uruguay | 2 | |||||||||||
29 Jun – Cape Town | ||||||||||||||
Sepanyol | 1 | Jerman | 3 | |||||||||||
Sepanyol | 1 | |||||||||||||
Portugal | 0 | |||||||||||||
Uruguay | 2 – 1 | Korea Selatan |
---|---|---|
Luis Suárez 8', 80' | Laporan | Lee Chung-Yong 68' |
Amerika Syarikat | 1 – 2 (s.m.t.) | Ghana |
---|---|---|
Landon Donovan 62' (pen.) | Laporan | K. Boateng 5' Asamoah Gyan 93' |
Jerman | 4 – 1 | England |
---|---|---|
Miroslav Klose 20' Lukas Podolski 32' Thomas Müller 67', 70' |
Laporan | Matt Upson 37' |
Argentina | 3 – 1 | Mexico |
---|---|---|
Carlos Tévez 26', 52' Gonzalo Higuaín 33' |
Laporan | Hernández 71' |
Belanda | 2 - 1 | Slovakia |
---|---|---|
Arjen Robben 18' Wesley Sneijder 84' |
Laporan | Róbert Vittek 90+4' (pen.) |
Paraguay | 0 - 0 (s.m.t.) | Jepun |
---|---|---|
Laporan | ||
Penalti | ||
Édgar Barreto Lucas Barrios Cristian Riveros Nelson Valdez Óscar Cardozo |
5 – 3 | Yasuhito Endō Makoto Hasebe Yūichi Komano Keisuke Honda |
Sepanyol | 1 – 0 | Portugal |
---|---|---|
David Villa 63' | Laporan |
Belanda | 2 – 1 | Brazil |
---|---|---|
Felipe Melo 53' (g.s.) Wesley Sneijder 68' |
Laporan | Robinho 10' |
Argentina | 0 – 4 | Jerman |
---|---|---|
Laporan | Thomas Müller 3' Miroslav Klose 68', 89' Arne Friedrich 74' |
Uruguay | 2 – 3 | Belanda |
---|---|---|
Diego Forlán 41' Maximiliano Pereira 90+2' |
Laporan | Van Bronckhorst 18' Wesley Sneijder 70' Arjen Robben 73' |
Uruguay | 2 – 3 | Jerman |
---|---|---|
Edinson Cavani 28' Diego Forlán 51' |
Laporan | Müller 19' Marcell Jansen 56' Sami Khedira 82' |
Perlawanan akhir diadakan pada 11 Julai 2010 di Soccer City, Johannesburg. Sepanyol menewaskan Belanda 1–0, melalui gol masa tambahan oleh Andrés Iniesta. Kemenangan ini memberikan Sepanyol gelaran Piala Dunia pertama mereka.
Juara Piala Dunia FIFA 2010 |
---|
Sepanyol Juara Pertama |
Tidak lama selepas akhir, FIFA telah mengeluarkan kedudukan terakhir setiap pasukan dalam kejohanan itu. Kedudukan itu berdasarkan kemajuan dalam pertandingan itu, keputusan keseluruhan dan kualiti pihak lawan. Semua 32 kedudukan pasukan berdasarkan kriteria yang telah digunakan oleh FIFA. Kedudukan terakhir adalah seperti berikut:
R | Pasukan | K | P | M | S | K | JG | GB | PG | Mt |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Sepanyol | H | 7 | 6 | 0 | 1 | 8 | 2 | +6 | 18 |
2 | Belanda | E | 7 | 6 | 0 | 1 | 12 | 6 | +6 | 18 |
3 | Jerman | D | 7 | 5 | 0 | 2 | 16 | 5 | +11 | 15 |
4 | Uruguay | A | 7 | 3 | 2 | 2 | 11 | 8 | +3 | 11 |
Tersingkir di Suku Akhir | ||||||||||
5 | Argentina | B | 5 | 4 | 0 | 1 | 10 | 6 | +4 | 12 |
6 | Brazil | G | 5 | 3 | 1 | 1 | 9 | 4 | +5 | 10 |
7 | Ghana | D | 5 | 2 | 2 | 1 | 5 | 4 | +1 | 8 |
8 | Paraguay | F | 5 | 1 | 3 | 1 | 3 | 2 | +1 | 6 |
Tersingkir di Pusingan 16 | ||||||||||
9 | Jepun | E | 4 | 2 | 1 | 1 | 4 | 2 | +2 | 7 |
10 | Chile | H | 4 | 2 | 0 | 2 | 3 | 5 | −2 | 6 |
11 | Portugal | G | 4 | 1 | 2 | 1 | 7 | 1 | +6 | 5 |
12 | Amerika Syarikat | C | 4 | 1 | 2 | 1 | 5 | 5 | 0 | 5 |
13 | England | C | 4 | 1 | 2 | 1 | 3 | 5 | −2 | 5 |
14 | Mexico | A | 4 | 1 | 1 | 2 | 4 | 5 | −1 | 4 |
15 | Korea Selatan | B | 4 | 1 | 1 | 2 | 6 | 8 | −2 | 4 |
16 | Slovakia | F | 4 | 1 | 1 | 2 | 5 | 7 | −2 | 4 |
Tersingkir di Peringkat Kumpulan | ||||||||||
17 | Ivory Coast | G | 3 | 1 | 1 | 1 | 4 | 3 | +1 | 4 |
18 | Slovenia | C | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 |
19 | Switzerland | H | 3 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 0 | 4 |
20 | Afrika Selatan | A | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 5 | −2 | 4 |
21 | Australia | D | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 6 | −3 | 4 |
22 | New Zealand | F | 3 | 0 | 3 | 0 | 2 | 2 | 0 | 3 |
23 | Serbia | D | 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 3 | −1 | 3 |
24 | Denmark | E | 3 | 1 | 0 | 2 | 3 | 6 | −3 | 3 |
25 | Yunani | B | 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 5 | −3 | 3 |
26 | Itali | F | 3 | 0 | 2 | 1 | 4 | 5 | −1 | 2 |
27 | Nigeria | B | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 5 | −2 | 1 |
28 | Algeria | C | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 2 | −2 | 1 |
29 | Perancis | A | 3 | 0 | 1 | 2 | 1 | 4 | −3 | 1 |
30 | Honduras | H | 3 | 0 | 1 | 2 | 0 | 3 | −3 | 1 |
31 | Cameroon | E | 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 5 | −3 | 0 |
32 | Korea Utara | G | 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 12 | −11 | 0 |
|date=
(bantuan)