Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (September 2022)
Klik pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Poopol Wuuj (disebut , "Kitab Sidang" dalam bahasa Kʼicheʼ, juga dirumikan kepada Popol Vuh, Popol Wuj, Popul Vuh atau Pop Vuj) ialah manuskrip menceritakan sejarah dan mitologi orang Kʼicheʼ —salah satu rumpun bangsa Maya yang mendiami Guatemala, negeri-negeri Chiapas, Campeche, Yucatan dan Quintana Roo di Mexico serta beberapa daerah tertentu di Belize, Honduras dan El Salvador moden— sebelum datangnya Empayar Sepanyol menakluk jajah rantau Amerika Tengah.
Penghikayatan ini dipelihara sekian lama secara lisan sehinggalah ia dicatatkan sekitar tahun 1550; lagi-lagi dengan pemusnahan manuskrip-manuskrip bertulisan asli Kʼicheʼ sendiri dilakukan Gereja Katolik pimpinan uskup Diego de Landa yang menganggapnya bahan penyembahan berhala. Pencatatan ini asasnya dimulakan Francisco Ximénez, seorang rahib mazhab Dominikus yang mengarang teks salinan menggandingkan terjemahan bahasa Sepanyol.