Prince Rogers Nelson (7 Jun 1958 - 21 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Prince ialah seorang penyanyi dan penulis lagu, instrumentalis, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang inovator muzik dan dikenali untuk hasil karya eklektik beliau malah , dan pelbagai vokal luas. muziknya menerapkan pelbagai gaya, termasuk funk, rock, R&B, gelombang baru, soul, psikedelia, dan pop. Malah, beliau sering menonjol diri berpenampilan sangat ranggi dengan pakaian mewah dan solekannya.
Beliau telah menjual lebih 150 juta rekod di seluruh dunia, menjadikan beliau salah seorang artis yang paling laris sepanjang masa. Beliau memenangi tujuh Anugerah Grammy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk filem Purple Rain. Beliau telah dimasukkan ke dalam Rock dan Roll Hall of Fame pada tahun 2004, tahun pertama kelayakan. Majalah Rolling Stone menyenaraikan kedudukan Prince di nombor 27 dalam senarai 100 "artis yang paling berpengaruh zaman rock & roll". Kerjaya seninya turut banyak mempengaruhi sebilangan artis muda termasuk Alicia Keys, Usher, Janelle Monáe, The Weeknd, Lady Gaga, Lenny Kravitz, Andre 3000, Frank Ocean serta Ween.
Biografi
Awal hidup
Prince Rogers Nelson lahir pada 7 Jun 1958 di Minneapolis, Minnesota; beliau anak sulung[nota 1] Mattie Della (née Shaw) - seorang pemuzik jazz - dan John Lewis Nelson, seorang penggubah lagu; beliau dinamakan "Prince Rogers" sempena nama pentas ayahnya semasa dia dan ibunya dalam kugiran jazz Prince Rogers Trio. Kedua-dua keluarga ibu bapanya datang dari Louisiana. Beliau pernah menghidapi epilepsi semasa kecil.
Beliau dan adik Tyka berputik minat terhadap muzik atas galakan bapa mereka; beliau sendiri mengarang lagu pertamanya "Funk Machine" ketika berusia tujuh tahun. Ibu bapa mereka bercerai ketika Prince berusia 10 tahun.
Kerjaya permuzikan
Pada tahun 1984, beliau mula merujuk kepada kugiran sandaran sebagai The Revolution dan mengeluarkan Purple Rain sebagai runut bunyi untuk filem sulung senama arahan beliau tahun 1984 beliau dan menerima pujian meluas. Selepas menerbitkan album Around the World in a Day (1985) dan Parade (1986), The Revolution dibubarkan, dan Prince mengeluarkan album berkembar Sign o' The Times (1987).
Pada tahun 1993, beliau menghadapi suatu perselisihan kontrak dengan Warner Bros. dalam pengurusan album The Gold Experience, di mana beliau menyatakan identiti dirinya seakan dikongkong kepada syarikat tersebut berikutan perselisihan ini - beliau menukar nama pentas diri kepada suatu simbol tiada sebutan[nota 2] agar dapat mengeluarkan album baru pada kadar yang lebih cepat. Beliau mengeluarkan lima rekod antara 1994 dan 1996 sebelum menandatangani dengan Arista Records pada tahun 1998. Pada tahun 2000, beliau mula merujuk dirinya sebagai "Prince" sekali lagi.
Kematian
Prince dijumpai pitam di sebuah lif di kediaman berstudio rakaman Paisley Parknya namun gagal diselamatkan - beliau diisytiharkan mati pada jam 10:07 pagi (enam jam sebelum mereka menemuinya, menurut suatu pakar paramedik) tidak lama kemudian. Kenyataan siasat daripada pihak setempat mengumumkan beliau meninggal dunia akibat dos berlebihanfentanil tanggal 21 April 2016 pada usia 57 tahun.
^Woodworth, Griffin (2013). "Prince, Miles, and Maceo: horns, masculinity, and the anxiety of influence". Black Music Research Journal. 33 (2): 117+. doi:10.5406/blacmusiresej.33.2.0117.
Heatley, Michael (2008). Where Were You... When the Music Played? 120 Unforgettable Moments in Music History. Penguin Books. ISBN978-0-7621-0988-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Hill, Dave (1989). Prince: A Pop Life. Harmony Books. ISBN9780517572825.CS1 maint: ref=harv (link)