Sinusitis | |
---|---|
Penafian perubatan | |
Nama lain | Jangkitan sinus, rhinosinusitis |
Imbasan CT menunjukkan sinusitis sinus etmoid | |
Pengkhususan | Otorinolaringologi |
Gejala | Mukus hidung tebal, hidung tersumbat, sakit di muka, demam |
Punca | Jangkitan (bacteria, fungis, viral), alergi, pencemaran udara, masalah struktur di hidung |
Asma, fibrosis sista, fungsi imun yang lemah | |
Biasanya berdasarkan simptom | |
Migrain | |
Pencegahan | Mencuci tangan, elakkan merokok |
Rawatan | Ubat tahan sakit, steroid hidung, pengairan hidung, antibiotik |
Kekerapan | 10–30% setiap tahun (dunia maju) |
sunting |
Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis/jangkitan sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada membran mukus yang melapisi sinus dan mengakibatkan gejala yang mungkin termasuk lendir hidung berlebihan, hidung tersumbat, dan sakit muka. Tanda dan gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk sering menjadi lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi yang serius jarang berlaku. Ia ditakrifkan sebagai rinosinusitis akut (ARS) jika ia berlangsung kurang dari 4 minggu, dan sebagai rinosinusitis kronik (CRS) jika ia berlangsung selama lebih daripada 12 minggu.
Resdung ("sinusitis") boleh disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran udara, atau masalah struktur dalam hidung. Dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan bakteria boleh hadir sekiranya gejala bertahan lebih daripada sepuluh hari atau jika seseorang menjadi lebih teruk selepas menjadi bertambah baik. Episod berulang lebih cenderung pada mereka yang memiliki asma, fibrosis sista, dan fungsi imun yang lemah. X-ray biasanya tidak diperlukan melainkan sekiranya komplikasi disyaki. Dalam kes-kes kronik, ujian pengesahan adalah disyorkan sama ada melalui visualisasi langsung atau tomografi berkomputer.
Bagi sesetengah kes, ia boleh dielakkan dengan membasuh tangan, mengelakkan merokok, dan imunisasi. Ubat tahan sakit seperti naproxen, steroid hidung, dan pengairan hidung boleh digunakan untuk membantu menangani gejala. Rawatan awal yang disyorkan untuk ARS adalah pemantauan ketat. Sekiranya gejala tidak bertambah baik dalam tempoh 7-10 hari atau menjadi lebih buruk, maka satu antibiotik boleh digunakan atau diubah. Pada mereka yang menggunakan antibiotik, sama ada amoxicillin atau amoxicillin / clavulanate adalah disyorkan bagi rawatan pertama. Pembedahan kadang-kadang mungkin digunakan pada orang dengan penyakit resedung kronik.
Resdung ("Sinusitis") merupakan keadaan yang biasa. Ia menjejaskan kira-kira 10% dan 30% daripada orang setiap tahun di Amerika Syarikat dan Eropah. Wanita lebih kerap terjejas berbanding lelaki. sinusitis kronik menjejaskan kira-kira 12.5% daripada penduduk. Rawatan resdung di Amerika Syarikat mengakibatkan lebih daripada 11 bilion US$ dalam kos. Rawatan yang tidak perlu dan tidak berkesan bagi sinusitis diakibatkan oleh virus dengan penggunan antibiotik adalah satu perkara biasa.
Resedung atau sinusitis/rinosinusitis ditakrifkan sebagai radang membran mukus yang melapisi bahagian sinus paranasal dan diklasifikasikan kronologi kepada beberapa kategori:
Semua jenis sinusitis ini mempunyai gejala yang sama, dan dengan itu sukar untuk dibezakan. Sinusitis akut adalah sangat umum, kira-kira sembilan puluh peratus orang dewasa mempunyai resdung pada satu ketika dalam kehidupan mereka.
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
AKUT Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
KRONIK Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.
Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.