Satyajit Ray সত্যজিৎ রায় | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 23 April 1992 Kolkata, Bengal Barat, India | (umur 70)
Warganegara | India |
Pusat pendidikan | University of Calcutta |
Pekerjaan | Penulis, pelukis, penggubah lagu, pembikin dan pengarah filem |
Tahun aktif | 1950–1992 |
Karya terkenal | Pather Panchali Apur Sansar Sonar Kella Hirak Rajar Deshe Charulata Mahanagar |
Ketinggian | 6 ft 4 in (1.93 m) |
Pasangan | Bijoya Ray (k. 1949–1992) |
Anak-anak | Sandip Ray (anak) |
Ibu bapa | Sukumar Ray (ayah) Suprabha Ray (ibu) |
Saudara | Upendrakishore Ray Chowdhury (datuk) |
Anugerah | Full list |
Kepujian | Bharat Ratna (1992) |
Tandatangan | |
Fail:Satyajit Ray Signature.jpg |
Satyajit Ray (Benggali: সত্যজিৎ রায় , Sotyôjit Rai 2 Mei 1921 – 23 April 1992) ialah seorang pengarah filem, penggubah lagu, penulis lirik dan buku berbangsa Benggala dari India. Beliau dianggap sebagai antara pembikin filem paling masyhur abad ke-20.
Satyajit Ray lahir kepada sebuah keluarga seniman yang tinggi. Ayahnya, Sukumar Ray seorag penyajak bahasa Benggali, pengilustrasi dan pengkritik sastera; datuk sebelah bapanya, Upendrakishore Ray, pula seorang sasterawan dan pemikir Brahmo Samaj yang menubuhkan suatu syarikat penerbitan sendiri. Keluarga mereka berpenganut Hindu dalam kasta Kayastha pemuja Betara Vishnu (Vaishnava); mereka turut disalasilahkan selama 10 keturunan di mana mereka mendapat nama keluarga mereka semasa zaman pemerintahan Empayar Mughal.
Sukumar meninggal ketika Satyajit berusia tiga tahun; ahli keluarga lain menampung diri dengan pendapatan ibunya, Suprabha Ray yang tidak seberapa.
Satyajit melanjutkan pelajarannya di Ballygunge Government High School, Calcutta serta menghabiskan pengajian bidang ekonomi tahap Sarjana di Presidency College, Calcutta yang bersama University of Calcutta. Pada tahun 1940, ibunya menggesanya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Santiniketan, yang diasaskan Rabindranath Tagore bernama Visva-Bharati. Satyajit teragak-agak pada awalnya kerana rasa sukanya duduk di Kolkata namun beliau memilih juga hasil pujukan ibunya serta minatnya kepada karya sasterawan tersebut. Pengajiannya di Santiniketan memutik rasa minat terhadap seni tampak setempat lagi-lagi daripada pelukis terkenal seperti Nandalal Bose dan Benode Behari Mukherjee. Malah, lawatan-lawatannya ke Ajanta, Ellora dan Elephanta turut menguatkan minatnya terhadap seni lukisan tersebut.
Usianya yang meningkat tua memburukkan keadaan kesihatannya. Pada 1992, beliau dimasukkan ke dalam hospital akibat komplikasi jantung.
Academy of Motion Picture Arts and Sciences sempat menganugerahkan beliau suatu Anugerah Kehormat Akademi - beliau merupakan satu-satunya warga India memperoleh kejayaan sebegini. Beliau meninggal dunia lebih tiga minggu kemudian pada 23 April 1992.
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Satyajit Ray was born into a well known family of littérateurs and social reformers in 1921. Since the sixteenth century, the Rays had an east bengali connection through their landed estates in Mymensingh, now in Bangladesh. Unlike a majority of Bengali Kayastha who are Shaktos, the Rays were Vaisnvas.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
|deadurl=
ignored (bantuan)