Besbol: 46,537 (2020–kini) 47,309 (2018–2019) 47,422 (2017) 49,469 (2016) 49,638 (2015) 49,642 (2014) 50,2f91 (2011–2013) 50,287 (2009–2010) Bola sepak: 28,743 (Ditambah kepada 47,309) Bola sepak Amerika: 54,251
Rekod kehadiran
Besbol: 50,960 Bola sepak: 49,653 Bola sepak Amerika: 54,251
Saiz Padang
Besbol: Kiri padang – 318 ka (97 m) Kiri pusat – 399 ka (122 m) Pusat padang – 408 ka (124 m) Kanan pusat – 385 ka (117 m) Kanan padang – 314 ka (96 m) Backstop – 52 ka 4 in (15.95 m) Bola sepak: 110 yd (100 m) x 70 yd (64 m)
Stadium ini diperkenalkan pada April 2009 untuk menggantikan stadium lama yang digunakan sejak tahun 1923 hingga 2008. Stadium ini berkedudukan di tapak lama Macombs Dam Park yang berkeluasan 24-ekar (9.7 he) atau terletak di blok utara daripada tapak stadium asal. Stadium Yankee baru ini mengguna pakai elemen-elemen stadium lama sambil menggunakan konsep ruang yang lebih lapang dan kemudahan moden.
Walaupun kerja-kerja pembinaan dimulakan pada Ogos 2006, projek ini memakan masa dan dilemparkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah kos awam yang tinggi. Stadium yang bernilai $2.3 bilion dibina dengan $1.2 bilion subsidi awam telah menjadikannya sebagai stadium termahal yang pernah dibina.
Selain sukan besbol, stadium ini juga melangsungkan perlawanan bola sepak. Pada tahun 2014, stadium ini menjadi gelanggang baru bagi pasukan MLS iaitu New York City FC yang dimiliki oleh City Football Group dan Yankees. Stadium Yankee menjadi gelanggang sementara kelab tersebut sehingga sebuah stadium baru dibina. Bahkan, stadium ini juga mengadakan perlawanan bola sepak Amerika di peringkat kolej seperti Pinstripe Bowl yang diadakan pada setiap tahun di samping penganjuran konsert dan majlis-majlis lain.
^Kronheim, David P. (2016). "2015 MLB Attendance Analysis"(PDF). Flushing, NY: Number Tamer. m/s. 11, 165. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada February 24, 2021. Dicapai pada February 18, 2017.