Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympics ; Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, rumi: Therinoí Olympiakoí Agónes 1896 ) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896. Acara-acara yang diadakan termasuk olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.
Pada mulanya, lumba dayung dan kanu telah dijadualkan tetapi kedua-dua acara tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang buruk.
Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walu bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai perserta dalam Sukan Olimpik 1896:
14 negara, termasuklah pasukan campuran yang terdiri daripada atlet dari beberapa negara yang berbeza, telah bertanding dalam temasya ini. Amerika Syarikat telah mendapat bilangan pingat yang terbanyak, diikuti dengan tuan rumah Yunani.
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 11 | 7 | 2 | 20 |
2 | Yunani | 10 | 17 | 19 | 46 |
3 | Jerman | 6 | 5 | 2 | 13 |
4 | Perancis | 5 | 4 | 2 | 11 |
5 | United Kingdom | 2 | 3 | 2 | 7 |
6 | Hungary | 2 | 1 | 3 | 6 |
7 | Austria | 2 | 1 | 2 | 5 |
8 | Australia | 2 | 0 | 0 | 2 |
9 | Denmark | 1 | 2 | 3 | 6 |
10 | Switzerland | 1 | 2 | 0 | 3 |
11 | Pasukan campuran | 1 | 1 | 1 | 3 |
Didahului oleh Tiada |
Sukan Olimpik Musim Panas Athens I Olympiad (1896) |
Diikuti oleh: Paris |