t.A.T.u | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Moscow, Rusia |
Genre | |
Tahun aktif | 1999–2011 |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Neposedy |
Bekas ahli | Lena Katina Julia Volkova |
t.A.T.u. (Rusia: Тату , disebut ( dengar)) ialah duo Rusia yang terdiri daripada Lena Katina dan Julia Volkova. Mereka ialah sebahagian daripada kumpulan muzik kanak-kanak Neposedy sebelum diuruskan oleh penerbit dan pengarah producer Ivan Shapovalov dan menyertai label rakaman Rusia Neformat. Album sulung t.A.T.u., 200 Po Vstrechnoy (2001) merupakan kejayaan komersial di Eropah Timur, membawa kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Interscope Records untuk mengeluarkan album berbahasa Inggeris sulung mereka, 200 km/h in the Wrong Lane (2002). Album ini menerima pensijilan platinum oleh IFPI untuk jualan satu juta di Eropah dan menjadi album pertama oleh kumpulan muzik asing untuk mencapai nombor satu di Jepun. Ia juga menerima pensijilan emas di Amerika Syarikat dan termasuk lagu hits antarabangsa "All the Things She Said" dan "Not Gonna Get Us". Duo tersebut mewakili Rusia di Pertandingan Lagu Eurovision 2003 dengan lagu "Ne Ver', Ne Boysia", memenangi tempat ketiga.
t.A.T.u. melancarkan album Dangerous and Moving dan Lyudi Invalidy pada 2005 hingga kejayaan sederhana selepas meninggalkan Shapovalov. Mereka muncul dengan lagu "All About Us". Duo itu juga aktif dalam projek lain, dengan menubuhkan syarikat penerbitan T.A. Music dan mempromosikan filem diilhamkan oleh kisah mereka, You and I (2008). Album terakhir mereka Vesyolye Ulybki dan Waste Management, masing-masing dikeluarkan pada 2008 dan 2009. t.A.T.u. secara rasminya dibubarkan pada 2011, dengan Katina dan Volkova meneruskan kerjaya solo mereka. Mereka kembali untuk mengadakan persembahan di acara berikut, seperti majlis pembuka Sukan Olimpik Musim Panas 2014, pada tahun-tahun seterusnya.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: T.A.T.u.. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: T.A.T.u. |