Tibet bersejarah seperti yang dituntut golongan buangan Tibet | |||||||||
Kawasan-kawasan di Tibet yang ditetapkan PRC | |||||||||
Kawasan Autonomi Tibet (penguasaan sebenar) | |||||||||
Dituntut oleh India sebagai sebahagian Aksai Chin | |||||||||
Dituntut oleh PRC sebagai sebahagian Kawasan Autonomi Tibet | |||||||||
Kawasan-kawasan lain dalam lingkungan kebudayaan Tibet menurut sejarah |
Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar "Bumbung Dunia."
Kini, Tibet dikuasai Republik Rakyat China (PRC) (dan sebahagian kecilnya, bergantung kepada definasi, juga dikuasai India). Sebagai sebuah mandat eksklusif, Tibet juga secara rasminya dituntut Republik China (Taiwan). Dalam perdebatan kedaulatan Tibet, kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Tibet Dalam Buangan tidak bersepakat mengenai bila Tibet menjadi sebahagian China, dan sama ada penggabungannya dengan China ini sah mengikut undang-undang antarabangsa.
Raja Songtsän Gampo menyatukan berbilang bahagian di rantau ini pada abad ke-7. Sejak awal 1600-an, Dalai Lama yang sering dikenali sebagai pemimpin kerohanian rantau ini, dipercayai merupakan kedatangan Avalokiteśvara ("Chenrezig" dalam bahasa Tibet), iaitu bodhisattva belas kasihan.
Sejak abad ke-17 hingga tahun 1959, Dalai Lama dan pemangku-pemangku mereka merupakan kuasa politik utama yang menguasai hal keagamaan dan pentadbiran Tibet dari pusat kerajaan tradisinya Lhasa, yang dianggap sebagai bandaraya paling suci di Tibet.[perlu rujukan]
Apabila Kerajaan Tibet dalam Buangan dan komuniti pelarian Tibet di rantauan menyebut Tibet, maksud mereka ialah kawasan-kawasan yang terdiri daripada wilayah-wilayah tradisi Amdo, Kham, dan Ü-Tsang, tetapi tidak termasuk Sikkim, Bhutan, dan Ladakh yang turut membentuk sebahagian lingkungan kebudayaan Tibet.[perlu rujukan]
Apabila Republik Rakyat China (PRC) menyentuh Tibet, maksudnya ialah Kawasan Autonomi Tibet (TAR): sebuah entiti peringkat wilayah yang, menurut tuntutan wilayah PRC, termasuk Arunachal Pradesh (iaitu sebuah negeri India yang dipertikaikan oleh China). TAR meliputi bekas kawasan kekuasaan Dalai Lama yang terdiri daripada Ü-Tsang dan Kham barat, sementara Amdo dan Kham timur adalah sebahagian Qinghai, Gansu, Yunnan, dan Sichuan.
Perbezaan definasi ini merupakan punca pertikaian yang utama. Penaburan Amdo dan Kham timur ke dalam wilayah-wilayah di sekeliling dimulakan oleh Maharaja Yongzheng ketika abad ke-18 dan sejak itu sentiasa dipertahan oleh kerajaan China berturut-turut. Orang Tibet dalam buangan pula melihat pertahanan penyusunan ini sejak abad ke-18 sebagai sebahagian dasar pecah dan perintah.[perlu rujukan]
Orang Tibet memanggil tanah air mereka Bod (བོད་), disebut dalam dialek Lhasa. Nama ini pertama kali diakui dalam geografi Ptolemy sebagai βαται (batai) (Beckwith, C. U. of Indiana Diss. 1977). Orang Tibet memandang Tibet sebagai "tanahair" (fatherland, skrip Tibet: ཕ་ཡུལ་; Wylie: pha-yul), manakala "ibu pertiwi" (motherland, skrip Tibet: མ་ཡུལ་; Wylie: ma-yul) ialah satu neologisme yang diperkenalkan pada 1960-an yang bermaksud China.[perlu rujukan]
Nama bahasa Cina moden bagi Tibet, 西藏 (Xīzàng), ialah transliterasi fonetik yang berasal daripada rantau bernama Tsang (Ü-Tsang barat). Penggunaan nama ini bermula sewaktu Dinasti Qing China, kira-kira pada tahun 1700. Nama Xīzàng boleh dipecahkan kepada “xī” 西 (“barat”), dan “zàng” 藏 (“Kitab agama Buddha” atau “simpanan”). Istilah bahasa Cina bagi Tibet sebelum 1700-an ialah 吐蕃 , disebut Tǔbō di tanah besar China dan Tǔfān di Taiwan, sebutan bahasa Cina Pertengahannya yang dibina semula ialah /t'obwǝn/, yang berasal daripada perkataan bahasa Turki untuk “kemuncak” yang juga asal-usul nama “Tibet”.
Kerajaan Republik Rakyat China menyamakan Tibet dengan Kawasan Autonomi Tibet (Tibet Autonomous Region, TAR). Oleh itu, nama “Xīzàng” turut disamakan dengan TAR. Agar turut menyentuh kawasan tibet bukan TAR, atau seluruh Tibet kebudayaan, istilah 藏区 Zàngqū ("kawasan etnik Tibet") digunakan. Bagaimanapun, versi bahasa Cina laman web penyokong kemerdekaan Tibet, seperti Kempen Pembebasan Tibet, Suara Tibet, dan Tibet Net menggunakan 西藏 (“Xīzàng”), bukan 藏区 ("Zàngqū"), untuk menyebut Tibet bersejarah.
Sesetengah penutur bahasa Inggeris tidak setuju bahawa “Xīzàng”, istilah bahasa Cina yang ditransliterasi ke dalam bahasa Inggeris untuk TAR, agar menjauhkan konsepnya daripada konsep Tibet bersejarah. Sebilangan penyokong kemerdekaan menduplikasi situasi ini ke dalam bahasa Cina, dan menggunakan 土番 (Tǔbō) atau 图伯特 (Túbótè), kedua-duanya transkripsi fonetik bagi perkataan "Tibet", untuk menyebut Tibet bersejarah.[perlu rujukan]
Aksara 藏 (zàng) sering digunakan dalam catatan yang menyebut mengenai Tsang seawal Dinasti Yuan, jika bukan lebih awal lagi, meskipun istilah moden "Xizang" (Tsang barat) was direka pada abad ke-18. Aksara Cina 藏 (Zàng) juga dijadikan istilah am bagi seluruh Tibet, termasuk konsep-konsep lain yang berkaitan dengan Tibet seperti bahasa Tibet (藏文 , Zàngwén) dan kaum Tibet (藏族 , Zàngzú).
Istilah Tibet yang digunakan dalam bahasa lain seperti bahasa Melayu dan Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Arab Tubbat. yang pula dipetik melalui perkataan bahasa Farsi daripada perkataan bahasa Turkik Töbäd (kata majmuk bagi Töbän), iaitu "kemuncak". Dalam bahasa Cina Pertengahan, 吐蕃 (pinyin: Tǔfān, juga disebut Tǔbō), berasal daripada perkataan bahasa Turkik yang sama. Tǔfān disebut /t'o-bwǝn/ pada zaman Pertengahan.
Bagaimanapun, asal-usul tepat bagi nama ini masih tidak jelas. Sesetengah pengkaji percaya bahawa nama ini berasal daripada nama segolongan orang yang tinggal di rantau timur laut Tibet dan maka itu dipanggil 'Tübüt'. Inilah bentuk yang disesuaikan oleh para penulis Muslim yang menulisnya sebagai Tübbett, Tibbat, dsb., sejak seawal abad ke-9, dan kemudiannya memasuki bahasa-bahasa Eropah melalui laporan catatan Eropah zaman pertengahan oleh Piano-Carpini, Rubruck, Marco Polo dan rahib Capuchin bernama Francesco della Penna.
Para pengkaji Republik Rakyat China pula cenderung kepada teori bahawa "Tibet" berasal daripada Tǔfān.
ekonomi tibet adalah pertanian dan perlancongan
Di bandar-bandar Tibet, terdapat juga komuniti-komuniti kecil orang Islam yang dikenali sebagai Kachee (Kache), yang menjejaki asal-usul mereka kepada pendatang-pendatang dari tiga buah kawasan utama: Kashmir (Kachee Yul dalam bahasa Tibet kuno), Ladakh dan negara-negara puak Turki di Asia Tengah. Pengaruh Islam di Tibet juga datang dari Parsi. Selepas 1959, sekumpulan orang Islam Tibet telah mengemukan hujah untuk kewarnegaraan India berdasarkan asal-usul sejarah mereka di Kashmir dan kemudiannya kerajaan India telah mengisytiharkan semua orang Islam Tibet sebagai rakyat India pada tahun tersebut.
Terdapat juga komuniti Islam Cina yang tertubuh dengan baik (gya kachee), yang menjejaki leluhurnya kembali kepada kumpulan etnik Hui China. Dikatakan bahawa pendatang Islam dari Kashmir dan Ladakh pertama kalinya memasuki Tibet di sekitar kurun ke-12. Perkahwinan dan interaksi sosial secara perlahan-lahan membawa kepada pertambahan populasi tersebut hingga sebuah komuniti yang agak besar berkembang di sekitar Lhasa.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tibet |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Tibet. |