Timur | |
---|---|
Pemerintahan | 9 April 1370– 14 Februari 1405 |
Pertabalan | 9 April 1370, Balkh |
Nama penuh | Shuja-ud-din Timur |
Keputeraan | 9 April 1336 |
Tempat keputeraan | Kesh, Khanate Chagatai (kini Uzbekistan) |
Mangkat | 19 Februari 1405 (umur 68) |
Tempat mangkat | Otrar, Farab, berdekatan Shymkent, Syr Darya (kini Kazakhstan) |
Dimakamkan | Gur-e-Amir, Samarkand |
Pendahulu | Amir Hussain |
Pengganti | Khalil Sultan |
Pasangan | Saray Mulk Khanum Chulpan Mulk Agha Aljaz Turkhan Agha Tukal Khanum Dil Shad Agha Touman Agha seoranh lagi isteri |
Anakanda | Miran Shah Shahrukh Mirza |
Kerabat diraja | Barlas Timur |
Ayahanda | Muhammad Taraghai |
Bonda | Tekina Mohbegim |
Agama | Islam |
Timurlang (Parsi: تيمور لنگ Temūr(-i) Lang ; Templat:Lang-chg Aqsaq Temür, 'Timur yang Tempang'; bahasa Inggeris: Tamerlane ), Timūr Gurkānī (Templat:Lang-chg Temür Küregen) atau nama ringkasnya Timur (Templat:Lang-chg Temür 'Besi'; 9 April 1336 – 14 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke-14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya sebagai pengasas Empayar Timuriyah di selatan Rusia dan Parsi.
Pemerintahan baginda dilihat banyak menyatupadukan Asia Tengah dengan kuat kepada dunia Islam sehingga ada mendapat pujian dalam penulisan sejarah berpengaruh Ibnu Khaldun; namun baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa dala penaklukannya terutamanya pemusnahan kota Baghdad dan Damsyik. Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah: ada kerajaan yang melihatnya sebagai suatu sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah.:341
Beliau dilahirkan di Kesh, lebih terkenal sebagai Shahr-i-Sabz, 'bandar hijau,' terletak sekitar 50 batu ke selatan Samarkand di Uzbekistan moden.
Bapanya Teragai merupakan ketua kaum Barlas. Cicit kepada Karachar Nevian (menteri kepada Chagatai Khan, anak kepada Genghis Khan, dan panglima tentera pasukannya), dan menonjol antara kaumnya sebagai yang pertama memeluk Islam, Teragai mungkin mewarisi pangkat tinggi tentera; tetapi seperti bapanya Burkul dia menggemari kehidupan bersara dan belajar.
Dibawah jagaan rapi, Timur ketika berusia dua puluh tahun bukan sahaja mahir bersukan luar tetapi mendapat reputasi sebagai pembaca tekun Al-Quran. Pada tempoh ini, dia menunjukkan sifat lembut dan mudah simpati.
Timur menghabiskan selama 35 tahun berperang dan bertempur untuk meluaskan kuasanya menakluk kawasan-kawasan milik saingan baginda pada kemuncaknya menuju menghampiri Laut Kaspia serta tebing-tebing sungai Ural dan Volga di sebelah barat sampai seluruh tanah Parsi termasuk Baghdad dari Ilkhanat, Karbala dan utara Iraq.
Timur menumpaskan bala tentera Sultan Bayezid di Ankara pada 20 Julai 1402.
Pada Disember 1404, Timurlang mula bergerak menuju kerajaan Ming China untuk memulakan peperangan di sana serta menahan seorang duta kerajaan tersebut. Baginda mengalami suatu kegeringan semasa dalam persinggahan di bandar Farab kawasan hulu sungai Syr Darya (kini Otrar di Kazakhstan moden); beliau mangkat di sana pada 17 Februari 1405. Cucundanya Khalil Sultan melepaskan para tahanan Ming ini tidak lama selepas kemangkatan ini.
Menurut catatan duta kerajaan Castilla Ruy González de Clavijo, mayatnya dimandikan kesturi dan air mawar serta dikafankan untuk dibawa ke Samarkand. Sebuah makam didirikan untuk menempatkan jenazahnya yang masih berdiri teguh di sana sehingga hari ini iaitu Gur-e-Amir.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Timurlang |