Rencana ini perlu dikemas kini. |
Tokio Hotel | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Magdeburg, Jerman |
Genre | Rock |
Tahun aktif | 2001-kini |
Syarikat rakaman | Island (Universal) |
Ahli | Bill Kaulitz Tom Kaulitz Georg Listing Gustav Schäfer |
Tokio Hotel merupakan suatu pancaragam pop dibentuk pada 2001 di Magdeburg, Jerman.
Kembar Tom dan Bill Kaulitz sudah mula membuat persembahan pada umur yang kecil. Kemudian, mereka bertemu dengan Georg Listing dan Gustav Schäfer membentuk pancaragam bernama "Devilish" pada usia 12 tahun. Sejak 2001, mereka membuat persembahan di rancangan-rancangan bakat dan konsert-konsert yang kecil. Pada 2001, mereka berjumpa dengan Peter Hoffman, seorang eksekutif muzik, dan mengikat kontrak dengan label Universal Records. Pada tempoh ini, mereka menukarkan nama mereka kepada "Tokio Hotel" ("Tokio", sebab bandar raya yang besar dan cergas iaitu Tokyo di Jepun dan "Hotel", kerana mereka sering melawat dan tidur di hotel).
Tokio hotel telah menjual sekitar 975,000 album. (+600,000 untuk Schrei and +375.000 untuk Zimmer 483)
Rekod sulung mereka, "Durch den Monsun" ("Melawan Tengkujuh"), menjadi popular dengan cepat setelah ia dilepaskan dan muncul di carta Muzik Jerman di #15 pada 20 Ogos 2005 dan mencapai #1 pada 26 Ogos 2005; ia mencapai #1 di carta Muzik Austria juga. Rekod single kedua mereka ialah "Schrei" ("Jerit") yang mencapai #5 di carta Jerman. Mereka mengeluarkan album pertama, Schrei, pada 19 September 2005; penyanyi utama mereka, Bill Kaulitz, menulis kebanyakan lagu-lagu mereka. Pada awal 2006, single ketiga mereka, "Rette mich" ("Selamatkan aku") telah dilepaskan; ia mencapai #1.
Single sulung mereka dari album Zimmer 483 (Bilik 483), bernama "Übers Ende der Welt" ("Pada Penghujung Dunia"), dilepaskan pada 26 Januari 2007. Ia mencapai #1. Album Zimmer 483 dilepaskan 23 Februari 2007. Edisi "deluxe" album mereka juga ada. Lawatan Zimmer 483 dijadualkan untuk bermula pada Mac 2007, tetapi ia ditangguhkan selama dua minggu kerana anggota pancaragamnya ingin menggunakan pentas yang baharu. Malah, semua tiket yang sudah dibeli masih sah untuk digunakan.
Video rekod single terkini ialah "Spring Nicht" ("Jangan Lompat") yang pertama dipersembahkan di VIVA Live pada 12 Mac 2007 dan dilepaskan pada 7 April 2007.
Sebuah album dalam bahasa Inggeris dijangkakan untuk dilepaskan pada 28 Mei 2007 dan pancaragam dijangka menjalankan lawatan ke Amerika Syarikat pada musim luruh 2007 (berdasarkan kejayaan album Inggeris mereka).
Jörg Koshorst, A&R pancaragam ini di Universal mencapai kedudukan no.15 di carta A&R "World Top 100" di HitQuarters, kerana memperkenalkan Tokio Hotel kepada banyak negara.
Single sulung dari "Zimmer 483", "Übers Ende der Welt" baru-baru dilepaskan dengan nama "Ready, Set, Go!" ("Ke garisan, Bersedia, Mula!") dalam bahasa Inggeris.
Tahun | Album dalam bahasa Jerman | Kedudukan di carta | Jualan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jerman | Austria | Switzerland | Poland | Hungary | Republik Czech | Perancis | Belanda | Carta United World | |||
2005 | Schrei | ||||||||||
2006 | Schrei—so laut du kannst | 1 | 1 | 3 | 4 | 4 | 2 | 12 | ? | 600,000 | |
2007 | Zimmer 483 | 1 | 2 | 2 | 1 | 1 | 1 | 2 | 23 | 5 | 375,000+ |
Tahun | Lagu | Kedudukan di carta | |||
---|---|---|---|---|---|
Jerman | Austria | Switzerland | Poland | ||
2005 | Leb die Sekunde—Di Balik Tabir | 13 | 1 | 39 | |
2006 | Schrei Live |
Tahun | Single | Kedudukan di carta | Album | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jerman | Perancis | Austria | Switzerland | Poland | Denmark | Republik Czech | |||
2005 | "Durch den Monsun" | 1 | 8 | 1 | 5 | 1 | 8 | Schrei | |
2005 | "Schrei" | 5 | 3 | 18 | Schrei | ||||
2006 | "Rette mich" | 1 | 1 | 6 | 1 | Schrei—so laut du kannst | |||
2006 | "Der letzte Tag"/"Wir schließen uns ein" (klip yang tak dijangkakan) | 1 | 1 | 7 | 1 | Schrei | |||
2007 | Übers Ende der Welt | 1 | 2 | 1 | 2 | 29 | 3 | 91 | Zimmer 483 |
2007 | Spring nicht | 3 | - | 7 | 21 | - | - | - | Zimmer 483 |